Followers

Tuesday 29 November 2011

KAPAL TLDM TAHAN PENCEROBOHAN BOT PANCUNG INDONESIA

KD PENDEKAR

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menahan dua buah bot nelayan dari Pantai Labu, Belawan pada 26 November 2011 sekitar jam 9 pagi. Bot tersebut telah dikesan sedang menangkap ikan dalam kawasan perairan Malaysia iaitu  41 batu nautika utara Pulau Jarak. Terdapat tujuh orang awak-awak bersama dua orang tekong yang tidak mempunyai pengenalan diri yang sah semasa bot tersebut ditahan. Turut ditemui bersama bot  tersebut adalah 150kg ikan yang ditangkap dalam kawasan milik negara. Bot-bot tersebut telah dibawa ke Lumut dan akan diserahkan pada pihak APMM untuk tindakan selanjutnya.
Bot nelayan Indon yang ditangkap

Bot-bot tersebut telah ditemui pada sekitar jam 10 pagi oleh Kapal Diraja PENDEKAR, semasa dalam rondaan Op PATKOR MALINDO. Op PATKOR MALINDO merupakan satu operasi bersama TLDM dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) yang berlangsung selama sembilan hari iaitu dari 21 hingga 30 November 2011. Op PATKOR MALINDO melibatkan empat buah kapal, masing-masing dua buah dari setiap negara iaitu KD PENDEKAR DAN KD GANYANG dari TLDM dan KRI BOA dan KRI SILIMAN dari TNI-AL.

TLDM RANGKUL TIGA KATEGORI ANUGERAH INOVASI KEMENTERIAN PERTAHANAN

Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Integriti peringkat Kementerian Pertahanan bagi tahun 2011 dengan tema ‘Kreativiti Pencetus Inovasi’ telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Abdul Latif bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan.



Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan pada tahun ini telah menyaksikan sejumlah 64 penyertaan dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta perkhidmatan awam. Anugerah ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian/Cawangan/Markas/Formasi/Pangkalan/ Pasukan. Selain itu, ia juga memupuk budaya kreatif dan inovasi dalam amalan kerja seharian seterusnya memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi oleh agensi lain bagi menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian terhadap pengurusan pelanggan. 



TLDM telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori Pengurusan Projek melalui Depot Peluru dan Letupan TLDM (projek MINUE MOD38, markah sebanyak 90.60%), diikuti dengan tempat kedua iaitu Cawangan Materiel, Pangkalan Udara Gong Kedak (projek BD3/MBD3 Test Panel, markah sebanyak 82.36%) dan tempat ketiga dari Jabatan Arah Jurutera, Markas Tentera Darat (projek Jiwa Murni Menaiktaraf Jalan Balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan Sarawak, markah sebanyak 80.70%).


Manakala Markas Angkatan Kapal Selam (projek Sound Analysis Integrated Training System (SAINT), markah sebanyak 78.60%) turut memenangi tempat pertama bagi kategori Pengurusan Sumber Manusia, diikuti dengan tempat kedua iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (projek Klinik Kaunseling 1 Mindef, markah sebanyak 77.38%) dan tempat ketiga oleh Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat (projek TDM V1 KLIK, markah sebanyak 74.50%). 


Bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat pula, sekali lagi TLDM meraih tempat pertama melalui Pusat Hidrografi Nasional (projek Carta Panduarah Elektronik (MYENC), markah 79.25%), diikuti oleh Bahagian Staf Perisikan Pertahanan,Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (projek Cryptographic Equipment for Information System (CEIS5.1), markah 79%) di tempat kedua dan Pangkalan Udara Subang (projek E-Publication Management System (EPMS), markah 77.13%) di tempat ketiga.



Sesungguhnya, usaha untuk terus berinovasi ini tidak terhad kepada prosedur dan proses kerja malahan setiap individu ATM perlu mempunyai sikap berinovasi dalam berfikir, berfikiran terbuka, dinamik serta kreatif. Dalam arus globalisasi, inovasi dan kreativiti merupakan faktor utama yang membezakan kecemerlangan bagi sesebuah organisasi. Seiring dengan transformasi kerajaan dalam menjadikan budaya inovasi sebagai teras kecemerlangan, ATM turut berusaha dalam mengambil langkah yang sewajarnya untuk menerapkan nilai-nilai inovasi dalam pelbagai skop tugas seharian agar memperolehi output yang lebih signifikan dari semasa ke semasa.

Well done and Bravo Zulu to TLDM.

NAVY THE BEST
SUMBER: PORTAL TLDM

Tuesday 22 November 2011

LAGI ISU SUBMARINE YANG TIDAK JELAS FAKTANYA OLEH MALAYSIA TODAY

OUR THIRD SUBMARINE STIRS UP MUDDY WATERS
How much did the Malaysian taxpayer pay for the Agosta-class submarine? When was it purchased and when was it decided to hand it over to Ali Rustam?
Why has there been no mention of the Ouessant until we hear that it will be made into part of Malacca’s maritime museum? Gaining ownership of the Ouessant is akin to learning to drive in a 20-year-old Proton Saga, then buying the car for RM200,000 only to use it as a reban ayam (chicken coop).
Mariam Mokhtar, Free Malaysia Today
When the Malaysian government signed a deal in 2002 with the joint naval builders, DCNS of France and Navantia of Spain, to commission two Scorpene-class submarines, it did not realise that the purchases would create an international scandal.
The controversy surrounding the Scorpene-class submarines refuses to sink into oblivion. Now, attention is focused on the little known Agosta-class submarine, the Ouessant (S623), which was completed in 1978 and served the French navy until she was decommissioned in 2001. It appears Malaysia also owns the Ouessant.
A few readers may recall very sketchy details about a third submarine which was used to train the Malaysian submariners. That was the Agosta-class Ouessant, which the “Asia Sentinel” described in its reporting on the Scorpene scandal as a “retired submarine manufactured by a joint venture between DCN and Spanish company Agosta”.
Opposition politicians have bombarded Umno with questions about the submarine deal but have been thwarted by unintelligent and conflicting answers from the Defence Ministry.
Now, the curious case of the Agosta-class submarine, the Ouessant (S623), is only just surfacing.
“The Asia Sentinel” stated in April 2010 that this third ageing submarine was leased for training purposes.
However, we are now told that the Malaysian Navy has bought the Ouessant, the Agosta-class submarine.
If so when? And, for how much?
Why has there been no mention of the Ouessant until we hear that it will be made into part of Malacca’s maritime museum? Gaining ownership of the Ouessant is akin to learning to drive in a 20-year-old Proton Saga, then buying the car for RM200,000 only to use it as a reban ayam (chicken coop).
So, was the Agosta thrown in as as sweetener for the purchase of the two Scorpenes? Did the French try to appease the Malaysians because one of the Scorpenes was faulty?
Malaysians first read of the Agosta-class submarine in a rather obscure report by Bernama on April 22, 2011, when the Royal Malaysian Navy (RMN) chief Admiral Abdul Aziz Jaafar said that the Ouessant was unsuitable for naval operations but would be converted into a museum piece to show the progress made by the RMN.
Abdul Aziz said, “We are expecting its arrival in August. There will be a signing ceremony between the Defence Ministry secretary-general and the French side before it is handed over to us.
“It is a second-hand submarine we bought for training RMN personnel. Now that its services are no longer needed, it will be brought to the Lumut naval base in August”.

RM12.6 million museum project

Abdul Aziz explained that the Ouessant had been used as a training submarine for the submariners of the two Scorpene-class submarines KD Tunku Abdul Rahman and KD Tun Abdul Razak, which were commissioned in 2009 and 2010.
Then on the Sept 23, the Malaysian Ambassador to France, Abdul Aziz Zainal and the Director of International Development in the French Defence Ministry Yves Blanc, signed the documents for the transfer of ownership of the Ouessant.
The submarine was then transported on a floating dock to Malaysia in early October in an operation organised by Felda Transport. After being at sea for 32 days, the Ouessant arrived off the Malacca coast.
Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam said that the submarine would be transported to the exhibition site at the 1Malaysia Square, Klebang.
During the site visit, Ali explained that the Malacca government had been given custody of the French-made Ouessant. The submarine museum project, he said, had cost RM12.6 million and would attract more tourists to Malacca.

Monday 21 November 2011

Let The Sun Shine On Monday Morning


We always says that it is a black Monday, why?? Forget about that Black Monday, let the sun shine on Monday morning. Let us share this joke:

A Petty Officer, An AB Seaman and a Master Chief are off the ship together for lunch. While crossing a park they come upon an antique oil lamp. They rub it and PUSHHHH!! a Genie comes out in a puff of smoke. 

The Genie says, "I usually only grant three wishes, so I'll give each of you just one." "Me first!" says the Petty Officer. "I want to be in the Bahamas, driving a speedboat, a beautiful woman at my side and not a care in the world." Poof! He's gone.
"Me next!" says the First Class. "I want to be in Hawaii, relaxing on the beach with my personal masseuse, an endless supply of pina coladas and a beautiful woman." Poof! He's gone. "You're next," the Genie says to the Master Chief.

The Master Chief says seriously, 

"I want those two back on the ship 
right after lunch."

Navy The Best

Sunday 20 November 2011

Friday 18 November 2011

PENGIKTIRAFAN DUNIA UNTUK PANGLIMA TENTERA LAUT

Ketokohan PTL yang terserlah

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kepimpinan TLDM sering menjadi perhatian dunia. Ini dapat dibuktikan apabila Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar sekali lagi dipilih menjadi moderator untuk The 20th International Sea Power Symposium(ISS-20) 2011 yang berlangsung pada di US Naval College, Newport Rhode Island. Beliau pernah dipilih untuk menjadi moderator di ISS-19 pada dua tahun lalu dan atas kecemerlangan dan maklum balas positif para peserta simposium ISS pada tahun 2009 maka beliau sekali lagi dipilih oleh penganjur sebagai moderator bagi bagi ISS -20 pada tahun ini.
gamba2
Tengok tu...ramai...Tahniah Tan Sri
Pelantikan sebagai moderator merupakan satu rekod tersendiri di dalam TLDM kerana beliau merupakan satu-satunya Panglima Tentera Laut TLDM yang telah diberi penghormatan menjadi moderator ISS sebanyak dua kali berturut-turut dan berkemungkinan besar akan dipilih sekali lagi sebagai moderator pada tahun 2013. Ini jelas membuktikan kepimpinan dan ketokohan beliau diiktiraf oleh komuniti tentera laut antarabangsa terutamanya Tentera Laut Amerika Syarikat sekaligus menepis dakyah sesetengah pihak yang cuba untuk discredit kredibiliti beliau.


Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

Jom Layan Rabbani


Navy The Best

Thursday 17 November 2011

Hari Ni Keputusan UPSR

Pulkan yang ikhlas membantu emosi yang tidak terkawal

Dalam diam tak diam keputusan UPSR 2011akan diumumkan sekejap saja lagi. Pastinya berdebar-debar adik-adik kita yang telah jadi calon UPSR tahun 2011 ini dan yang parah lagi apabila peluh sejuk mula membasahi badan para ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menunggu keputusan UPSR 2011. Ini selalu berlaku, anak-anak tak seberapa, ibubapa yang terlebih aksi (awak pun apa kurangnya).

Punyalah canggih sekarang ni, semakan boleh dibuat melalui system SMS, dial saja 15888 insyaallah keputusan akan diperolehi, tapi kata orang SMS tak best, koyak kertas baru best sebab nak dapatkan feel nya. Apa pun kepada warga TLDM yang mempunyai anak-anak sebagai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tabahlah dengan apa jua keputusan yang keluar. Walau apa pun keputusannya, peluklah anak anda, beri ucapan tahniah kepada mereka, janganlah kita herdik, sindir atau kutuk mereka. Perasaan mereka harus kita jaga agar minda mereka tidak diracuni dengan sifat dendam dan kebencian.

Dapat 5A tidak menjamin ia bakal menjadi insan berguna dan dapat 5C bukanlah satu nokhtah bahawa mereka akan gagal selama-lamanya. 

Navy The Best

KARNIVAL 1MINDEF

2
Hebat gerai TLDM....

KARNIVAL  1MINDEF  yang telah diadakan di Plaza Angsana, Johor Baharu selama empat hari mulai 11-14 November baru-baru ini telah dibanjiri oleh 5000 pengunjung dan semua yang hadir berpuas hati dengan inisiatif tersebut. Karnival tersebut merupakan karnival keempat bagi tahun ini. Karnival 1Mindef memperlihatkan gabungan pameran integriti daripada pasukan berunifom Angkatan Tentera Malaysia (ATM), warga Mindef, Pertubuhan Veteran ATM dan PERHEBAT.  Ia membabitkan 30 gerai pameran yang dibuka kepada orang ramai.
4
Belajar rajin-rajin..nanti bila dah besar masuk navy tau...
TLDM telah diwakili oleh warga KD SULTAN ISMAIL, telah melaksanakan tugasan yang diberi dengan amat memuaskan dan booth atau gerai TLDM ibarat tapak jual goring pisang panas, tak lekang dari pengunjung yang ingin melihat dengan lebih dekat model kapal-kapal TLDM selain memnyediakan hadiah cenderahati kepada para pengunjung. 


Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

Wednesday 16 November 2011

MALZEA MANTAPKAN ARMADA TLDM

KD JEBAT
“Training will make you perfect” merupakan ungkapan yang sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk memantapkan aset organisasi masing-masing. TLDM amat memandang serius dalam aspek latihan bertujuan untuk memperlengkapkan warganya dengan pengetahuan yang cukup bagi menghadapi apa jua situasi. MALZEA 6/2011 telah digunakan oleh warga TLDM untuk memperkemaskan pengetahuan mereka menerusi Latihan Bilateral Tahunan Malaysia dan New Zealand yang berlangsung mulai 14 hingga 19 Nov 2011 di Pangkalan TLDM Lumut.

HMNZS TE KAHA


Eksesais Bilateral TLDM, RNZN dan turut melibatkan insupport elemen (TUDM) melibatkan seramai 300 orang peserta. Eksesais MALZEA 6/2011 yang berlangsung selama 6 hari ini tentunya berjaya meningkatkan keupayaan, kerjasama dan persefahaman dalam pelaksanaan operasi bersama di antara TLDM dan RNZN terutamanya dalam aspek taktikal. Menerusinya juga tahap interoperability di antara TLDM dan RNZN akan meningkat sekaligus menyediakan platform interaksi dan pertukaran maklumat secara profesional di antara TLDM dan RNZN dalam semua aspek. Usaha yang berterusan ini diyakini akan mematangan kedua-dua ornasisasi dari aspek pelaksanaan dan pencapaian sesebuah rancangan latihan dapat mengukuhkan lagi profesionalisme kedua-dua buah angkatan laut. BZ untuk warga Armada TLDM dan RNZN.

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

Tuesday 15 November 2011

Milo Suam Blogger CAP AYAM



Rentetan daripada laporan akhbar oleh Utusan Malaysia mengenai hasrat TLDM untuk memiliki kapal 'halimunan', (klik SINI), berpusu-pusu Blogger Picisan (CAP AYAM) Pakatan Rakyat menulis dan mengkritik isu tersebut tanpa usul periksa. Majoritinya dilihat menulis dengan emosi yang tak terkawal, ikut sedap tekan keyboard tanpa melakukan sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Banyak aspek yang perlu dibuat bang oiii, kaji dulu faktor perbandingan harga dan spesifikasi kapal-kapal berkenaan dan apa yang lebih mengjengkelkan ialah blogger-blogger CAP AYAM ni menulis tidak berlandaskan KEWARASAN AKAL dan ditokok tambah oleh komen-komen dari pembaca yang mudah terpengaruh dan sememangnya negatif.
Yang ni namanya kancil..

Yang ni namanya mercedes

Untuk makluman semua Blogger CAP AYAM seperti MiloSuam merupakan pengkut tegar PAKATAN RAKYAT yang sememangnya akan mencari akal untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan jalan yang dia Nampak mudah ialah dengan mengkritik  TLDM sebab rakyat Malaysia tidak berpengetahuan dalam aspek asset maritim. Namun, beliau silap sama sekali, Blogger Milosuam lupa rupanya terdapat warga Malaysia seperti blogger Bidaman yang jelas berjaya mengemukakan fakta dan hujah tepat mengenai spesifikasi kapal-kapal berkenaan dan kelebihannya sekiranya beroperasi di perairan negara. 
Ini kapal perang ke????
Untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tahu serba serbi, Blogger Milosuam tokok lagi satu fitnah berkenaan kapal SGPV yang bakal dibina di Malaysia. Apa yang jelas Blogger Milosuam mempunyai kemampuan berfikir yang AMAT LEMAH apabila membandingkan harga pakej 6 buah SGPV yang akan dibeli Malaysia dengan harga kapal peronda Filipina. Ternyata Milosuam sedang membuat perbandingan harga kereta Kancil dengan Mercedes Mata Belalang.


Navy The Best