Followers

Wednesday 29 February 2012

KAPAL TLDM KD LAKSAMANA HANG NADIM SELAMATKAN MANGSA BOT KARAM


 KAPAL TLDM KD LAKSAMANA HANG NADIM SELAMATKAN TIGA PEMANCING MANGSA BOT KARAM
Fuhhhhh leha...Syukur Alhamdulillah

Tidak kurang dari 24 jam yang lalu, KD LAKSAMANA HANG NADIM dari Skuadron Korvet ke-24 Kelas Laksamana, telah berjaya menyelamatkan tiga orang pemancing mangsa bot karam. Dalam kejadian tersebut, tiga orang pemancing Marzuki bin Daraman, 52 tahun, Zulkhairi bin Abdul Rahman, 47 tahun dan Mualim bin Giyar, 40an, dari Teluk Muroh ditemui sedang terapung-apung di lokasi 30 batu nautika Barat Daya Pulau Pangkor berdekatan dengan Pulau Jarak.
Mangsa ditemui sewaktu KD LAKSAMANA HANG NADIM sedang dalam siri rutin rondaan dan pengawasan keselamatan maritim di Perairan Selat Melaka.
Inilah yang dikatakan dugaan Ilahi
Menurut mangsa, bot yang dinaiki mereka sedang bersauh di kira-kira 400 meter arah Selatan Pulau Jarak kerana berlindung dari cuaca buruk, ombak dan angin kencang mulai jam 1 pagi 27 Feb. Pada kira-kira jam 3 pagi angin kencang dan ombak kuat telah menghanyutkan bot ke arah Pulau Jarak. Cubaan mereka untuk membongkar sauh dan meninggalkan kawasan perairan tersebut telah gagal akibat enjin bot tidak dapat dihidupkan. Akibatnya bot telah dipukul ombak kuat sehingga menyebabkannya terhempas ke batu besar dan pecah. Demi meyelamatkan nyawa mereka terpaksa berapung dan kehadiran HANG NADIM pada kira-kira jam 12.45 tengahari benar-benar melegakan mereka. 
Terima kasih kepada navy
Navy The Best
Sumber:Portal TLDM


Monday 27 February 2012

"BUDI PSSTLDM CHENDERING KU BAWA MATI"

Terima kasih tuan-puan...syukur alhamdulillah
Berhadapan detik memilukan dengan keadaan atap bocor setiap kali musim hujan bukan lagi satu kesulitan buat seorang bapa tunggal di Teluk Bidara. Namun segala kesulitan tersebut hilang buat selama-lamanya apabila rumahnya dibaik pulih dalam satu program gotong-royong inisiatif Pasukan Simpanan TLDM Chendering, Kuala Terengganu pada 25 Feb yang lalu.


Bagi Mahmud Mat Zin, 52, keprihatinan pihak PSSTLDM Chendering tidak dapat diluah dengan kata-kata, beliau amat terharu dengan bantuan tersebut dan menghargai setiap bantuan yang diberikan kepadanya yang hanya merupakan seorang nelayan. Mahmud yang terpaksa memikul tanggung jawab sebagai bapa dan ibu kepada anaknya yang berusia antara empat hingga 27 tahun sejak isterinya, Fauziah Mat Ali, meninggal dunia setahun lalu itu berkata, dengan pendapatannya sebagai nelayan, dia tidak mampu untuk membaiki rumahnya. Namun itulah kekuasaan Allah Taala, siapa sangka niat murni 53 anggota PSSTLDM Chendering merubah segalanya.


Navy The Best
Sumber: Sinar Harian

SELAMAT PULANG BUNGA MAS 5



     Syukur Alhamdulillah, kapal auxiliary TLDM BUNGA MAS 5 telah selamat tiba di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut pada kira-kira jam 9 pagi 26 Feb 12. BUNGA MAS 5 yang telah beroperasi hampir 8 bulan di Perairan Teluk Aden bagi menenuhi keperluan Operasi Fajar 12. 

     Operasi yang dilancarkan telah mampu menjaga keselamatan serta kepentingan kapal-kapal yang diiringi dan dalam tempoh tersebut juga sejumlah 19 konvoi terlaksana dengan mengiringi 14 buah kapal.

  Operasi yang bertujuan melindungi kapal dagang negara dilihat telah menghasilkan pulangan yang amat tinggi kepada TLDM, ATM dan negara. Keupayaan dan kejayaan TLDM dalam misi yang diamanahkan ini telah meletakkan TLDM sebagai sebuah angkatan laut bertaraf dunia.

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

JAWAPAN UNTUK PENGKRITIK NAVY


Selalunya NTB guna bahasa baku dalam mengolah sesuatu isu, namun ramai yang tidak berpuas hati dan ada juga yang kurang faham..terutamanya orang-orang kampong NTB..justeru izinkan NTB guna sekali bahasa kampong NTB kot-kot mana tahu mereka faham…dan kali ni memang macam kereta api kat India panjangnya.

Ado sebuah komen dari pengunjung yang NTB raso kono kongsi dan menjomput pengunjung untuk bori komen, komen dio berbunyi begini…

Paling penting dalam kita berbicara adalah realiti dan kenyataan! Cakap bukan boleh sebarang cakap,cakap biar berfakta! Berapa kali pernah buat bancian dgn penderitaan yang ditanggung oleh BEKAs anggota TLDM? Bila ORG bercakap soal kepincangan,Fitnah! apa yang benar,bagi tahu dan sanggah dengan fakta1 Jangan duk asyik dgn ulitkan fitnah...fitnah...bila menulis asyik duk COPY N PASTE dari blog TLDM je...nampak sangat integriti boleh dipersoalkan! Memberi buah fikiran biarlah ada CLASS sikit! Kalau tak setuju dengan KAWAn tu,balas je dengan fakta dan sanggah hujahnya....ni pusing2 x kenang budi....pusing2 fitnah,itu je ke duk ngaji sebelum pencen. Nanti satu satu didedahkan KEBAIKKAN TLDM dan KEPINCANGAN perlaksana,nak?

Terima kasih atas komen saudara Anon 1139. Biarlah Den rungkaikan kemelut persoalan pertamo saudaro. NTB sememangnya minat terhadap TLDM secara mendalam dan berblogging bukanlah rutin harian mahupun mata pencarian NTB. Namun selepas bersara, perasaan untuk melihat perkembangan TLDM masih kuek di hati, namun apokan dayo Bhai..dah pencen. Paparan yang dibuat sememangnya diolah semula dari Portal TLDM bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan orang-orang kampung NTB, paling tidak warga Gemas tidak mendapat dakyah buruk pihak tertontu terhadap TLDM. Namun ada kalanya NTB terpaksa meluahkan apo yang terkandung di lubuk hati NTB apabila terlalu ramai pihak yang bertujuan menjatuhkan imej TLDM.

Jawapan bagi soalan seterusnya mudah saja, dah tontu-tontu Den ni orang pencen Bhai, Den tak raso pon masalahnyo, tak do lah pulak Den tanggung penderitaan sebagaimana yang cuba saudara Anon gambarkan. Bukan Den bongkak ko sombong ko hapa ko..bukan Den sorang, ramai lai kek sini Bhai, yang buek kobun ado, yang bolo lombu ado, yang bukak restoran ado...Den jomput kau datang sini, kau cariklah..baik kek Gomeh, Pasir Bosa, Sg Kelamah, Tampin, Gomenceh..kau sobut sajo. Bolum Den jumpo sorang pon yang hidup melarat.

Sobab tu Den kobaan..bilo dah pencen buek caro pencen..cariklah kojo Bhai, tak salah Do kalau kau poi motong..apo disobabkan maso kau dalam navy dulu kau jadi incas mako sekarang kau nak kokalkan caro kau...buleh..tapi merano lah kau Bhai. Kito ni konolah rajin, kalau kito dah tahu nak bosa kan anak, konolah rajin berusaha. Berbelanjo tu kono lah jimat..kalau kau asyik berpolitik, cerito pasal kefedapan kau kek kodai kopi…mako ranaplah kau Bhai. Tak salah kalau kau nak berburak, jumpo kawan lopeh semayang asar..tapi berpado-padolah..

Kau cakap kerajaan tak perihatin…Den tak setuju..Banyak ruang yang disediakan oleh kerajaan, sebagai contohlah kalau kau tak tahu..bantuan Mara ado..secaro percumo Bhai untuk kau memulokan perniagaan kocil-kocilan. Dokek JHEV pon ado sediokan program pinjaman teksi baru-baru ni, kalau mohon tak do yang tak dapek do..Lopeh tu dokek pejabat pertanian program pekobun kecil dan banyak lagilah...kito konolah mencari Bhai, takkanlah kau nak rezeki datang bergolek dopan mato kau..Lopeh tu masoklah persatuan bekas TLDM. Kau tengok kek Negeri Sembilan ni..Mail Pundut dah dapek Datuk dah sekarang...itu GI Den dulu tu. Apo sobab…dio rajin dan berjayo dalam hidup…Ado pegawai kek lumut tu RSd dah dapek Datuk..siap ado limbungan..Manjung Mari sendiri kojo kek dockyard lumut..yang penting kojo Bhai…

Barang naik..memanglah barang naik kalau dah negaro maju..hargo pon konolah naik…tak kan lah kau nak dari zaman bolum porang jopun ssampai sekarang hargo kelapo kokal 80 sen…nayolah Den Bhai..den konolah jual seringgit setongah..ini tidak kau asyik nak salahkan orang sajo..salah kerajaanlah..salah navylah..cubo kau kaji Bhai apo pasal Cino tak pornah komplen..dio totap berniago..Den tahu kau nak cerito pasal Buku Jingga Bhai…Den dah tahu dah trik kau…Den dah bacolah risalah tu…mengarut yang lobih…

Nasihat Den, kojo Bhai kono rajin..tapi kalaulah kito tergolong dalam kumpulan yang sembilan tu..ha..memanglah sorik Bhai..sobab tu dulu, navy dah kobaan jangan dibuek hal, jangan hisap dadah, jangan kau buek masalah...ini tidak kau nak jugak tunjuk hero kau..kau hambiklah..Maaflah Bhai, den cukup tak goma dongan jonih sembilan kumpulan tu, kau nak kato apo kau katolah..

Pasal tak konang budi..itu memang kenyataan. Kau bayangkan Bhai, kau masok navy cumo dongan SPR, navy bagi kau SPAT..mungkinlah kau terpelajar..pangkat bosa..tapi bagi Den kalau dah tahu kito ni berpelajaran rondah, dapek kojo gaji tinggi, dapek poi kursus, buleh melawat negaro orang, cukup maso poi bord naik pangkat..lulus naik pangkat, apo itu tak cukup ko. Bilo beronti kau boleh poi kursus sampingan dan peralihan..belajar percumo siap dapek gaji ponuh Bhai..apo tak cukupkah…

Kau nak cerito pasal kepincanganlah.. pasal nak dodahkan masalah kepimpinan lah…apo kato Bhai kito dodahkan dulu kepincangan dan masalah serta kepincangan kito sendiri. Setelah semuo tu di buek..kau nak doodah kau dodahlah..tapi Den berani jamin kau tak akan doodah kepincangan diri kau..sobab jarang orang nak londehkan seluar sendiri..yang kito tahu nak londehkan seluar orang yo..sobab apo..nak bori dio malu..biar padan muko dio..kito ni Bhai jangan piker tinggi sangat..kalau setakat kito leading..kito fikir secara leading..kalau kito duo balak setongah..kito fikir setakat duo balak setongah…apo sobab…banyak yang kito tak tahu Bhai. Kalau kita tahu sekalipun dah tontu-tontu cetek…Den mungkin bori contoh yang tak pandai..tapi Den nak jugak bori satu contoh…kau nampak bawak wheel kapal to sonang, bilo budak seaman bawak kau komplen kapal dipandu macam ular kono palu…kononnya bondo sonang pon tak boleh nak buek…nah kau cubo tengok…kesimpulannya mudah Bhai..bondo yang kito Nampak dopan mato selalu sonang, tapi bilo kito sendiri yang kendalikannya bolum tontu kito terdayo Bhai….

Navy The Best

Sunday 26 February 2012

2 NAVY PEOPLE BERSAING DI LE TOUR DE LANGKAWAI 2012



Sebut saja LTdL semua orang tahu, paling tidak kalau tanya orang kampung dia akan cakap "tu lah yang lumba basikal tu".... Yang bangganya kali ni, perlumbaan Le Tour de Langkawi 2012 pada kali ini disertai oleh 2 Navy People.yang juga merupakan pelumba basikal negara, LK 1 PNK Mohd Nor Rizuan Zainal dan LK 1 PAP Mohd Zamri bin Saleh.


NTB doakan semoga mereka berjaya meraih tempat pertama dan mengharumkan nama TLDM sebab kalau nak suruh NTB kayuh jawabnya lima tahun lagilah baru sampai ke garisan penamat...dah tak dayo Bhai....

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

Saturday 25 February 2012

WELL DONE NAVY PEOPLE


Ini yang kita banggakan
Baru-baru ini telah diadakan pertandingan akhir Kumpulan Inovatif & Kreatif peringkat KEMENTAH bagi tahun 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Pertandingan pada kali ini telah menyaksikan sejumlah 16 penyertaan dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta perkhidmatan awam. Anugerah ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian/Cawangan/Markas/Formasi/. Selain itu, ia juga memupuk budaya kreatif dan inovasi dalam amalan kerja seharian seterusnya memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi oleh agensi lain bagi menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian terhadap pengurusan pelanggan.


TAHNIAH!!!!!! TLDM (Depot Bantuan TLDM) telah mendapat tempat kedua dari dengan projek ‘Flowmeter Sight Glass’. Kejayaan tersebut jelas membuktikan bahawa warga TLDM tidak pernah tercicir dalam aspek kreativiti. Usaha untuk terus berinovasi ini tidak terhad kepada sekelompok kumpulan sahaja, malahan setiap individu TLDM yang lain perlu mempunyai sikap berinovasi dalam berfikir, berfikiran terbuka, dinamik serta kreatif. Dalam arus globalisasi, inovasi dan kreativiti merupakan faktor utama yang membezakan kecemerlangan bagi sesebuah organisasi. Seiring dengan transformasi TLDM dalam menjadikan budaya inovasi sebagai teras kecemerlangan Navy People.

BZ From Navy The Best

Sumber: Portal TLDM

Friday 24 February 2012

HAKIKAT YANG PERLU DIFIKIRKAN BERSAMA

Adakalanya NTB rasa terharu dengan luahan hati bekas warga TLDM yang telahpun bersara, ada yang dakwa mereka merempatlah, ada yang dakwa mereka tak cukup makanlah, ada yang dakwa tak ada kerjalah dan berbagai lagi.  Sebagai contoh nyata ialah kenyataan berikut yang NTB petik dari blog Manjung Mari:

“Zambry hanya pandai berjanji - Bekas Tentera Desak Tunai Janji. Dasar manusia-manusia yang bermazhab UMNO....Untuk warga TLDM Lumut,, sedarlah,,, anda dalam perkhidmatan tak ada apa-apa masaalah, apa bila pencen nanti baru terasa alam dunia baru,, dunia orang awam,,,, gaji tinggal separuh, segala bentuk elaun dah tak ada...anak-anak semakin membesar,,, nak harap UMNO.... tak payahlah....

Buat apa Hj Imran nak sibuk,,, kalau ikutkan beliau dah pencen dah boleh hidup senang dah,, tetapi mengenangkan kawan-kawan yang lain,, maka terpaksa perjuangan diteruskan .....”

Persoalan yang wujud ialah; adakah benar warga TLDM yang telah bersara mengalami kesukaran dalam hidup? Adakah benar mereka merempat? Adakah benar mereka tak cukup makan? Subhanallah...janganlah dibuat tohmahan sedemikian. Belom pernah saya jumpa yang sedemikian. Mungkin ada tetapi berlandaskan sebab-sebab berikut:
(1)          Yang dibuang dengan keji dari perkhidmatan
(2)          Yang diberhentikan sebab dadah
(3)          Yang diberhentikan sebab masalah disiplin melampau
(4)          Yang disuruh pergi kursus naik pangkat, tapi tak nak pergi, nak elak naik kapal, kekal dengan pangkat yang disandang, pencen dapat sikit
(5)          Yang sememangnya telah salah gunakan wang ganjaran berhenti
(6)          Yang masih tidak mahu berubah, hanya tahu nak goyang kaki, dalam service kuat belit
(7)          Yang dari dulu sampai sekarang suka berhutang
(8)          Yang tak pernah bersyukur
(9)          Yang pendapatan cuma sekole beras tapi masak sekawah

Bukanlah niat NTB untuk menghina mahupun menjatuhkan sesiapa, namun itulah hakikat yang kita perlu terima. Kenapa serba-serbi kita perlu kaitkan dengan politik, macam dah ada isu lain yang hendak diketengahkan. Kenapa kita tak ketengahkan bekas TLDM yang dah berjaya, kenapa MAnjung Mari tak dedahkan rahsia mereka. Ini tidak, segalanya nak dikaitkan dengan TLDM dan politik.

Thursday 23 February 2012

WARGA TLDM DI KUANTAN JANGAN TERPENGARUH DAKYAH KOBAT



Cukup hairan bila memikirkan sesetengah blogger Pro Pakatan Pembangkang yang dilihat terdesak dalam apa jua aktiviti yang mereka anjurkan. Terkini ialah seruan sebuah laman blog, KOBAT PKR yang secara terang-terangan cuba menghasut warga ATM agar bersama mereka untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 yang akan dilakukan di Kuantan, Pahang. Kononnya perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman dan tidak bermotifkan politik. 
Navy People bijak dan matang dalam berfikir
Dah tentu-tentu ianya bertujuan untuk menentang projek Lynas dan penganjurnya pula Pakatan Pembangkang, justeru nampak sangatlah ianya bermotifkan politik. Warga ATM terutamanya TLDM perlu tahu bahawa ATM adalah APOLITIKAL, tak ada faedahnya nak join perhimpunan haram anjuran Pakatan Pembangkang tu....tak ada faedahnya. Kita semua pun tahu nawaitu sebenar Pakatan Pembangkang, mereka hanya janji manis sahaja lepas tu akan hentam TLDM dari belakang. NTB nampak motifnya satu sahaja, kalaulah warga TLDM hadir untuk aktiviti haram tersebut, maka mereka akan manipulasikan bahawa ATM/TLDM bersama menyokong Pakatan Pembangkang. So tak payahlah nak join tak tentu pasal...kat sana tu berbagai orang ada yang yang perlu kita ingat ialah MATO-MATO GOLAP
Ya Allah jauhilah ibu-bapa aku dari terlibat dengan perhimpunan haram yang sememangnya haram ni...
Ingatlah bahawa awak semua pekerja kerajaan dan tertakluk kepada dua akta, akta ATM dan akta Awam. Ingat sikit masa depan keluarga dan anak-anak, jangan diturut kata dan hasutan Pembangkang yang ternyata berniat jahat. Sebarang pembabitan warga di dalam demonstrasi itu kelak akan mengundang pelbagai spekulasi negatif terhadap ATM. 

Navy The Best

BLOGGER MANJUNG MARI TIDAK KREDIBLE SELEPAS DILONDEH


NTB ingin berkongsi maklumat dengan para pengunjung serta pembaca berkaitan satu kenyataan yang diberi oleh seorang pengunjung . Komennya seperti berikut dan pastinya ramai yang terkejut….

Aduh...mano nak lotak muko Bhai...

Oleh Angry Lady Bird
Dah lama sangat aku tak komen kat blog navy nie. Bukan tak minat tapi sibuk cari rezeki nak bantu suami tambah pendapatan selepas tamat kontrak dengan navy dan nak besarkan anak-anak. Terkejut berok aku bila baca cerita kali ni pasal pendedahan siapa Manjung Mari. Ni budak aku dulu lah woiii dia pangkat last LK STN(L), nama dia Mohd Desa Ahmad ke Ahmed aku tak berapa ingat (anak buah stor ramai nak buat camner), asal Taiping, Kg Air Putih kalau tak salah la dan tinggal kat Sri Manjung Fasa 1A. Memang betul, sepanjang masa dia tahu nak draft ke Pelandok-Depot Logistik, Depot Logistik-Pelandok, unit last dia Maritim Lumut. Sepanjang 22 tahun service dia, base-base-base, PPA selalu pertikaikan dia, asal keluar Draft Order naik kapal saja, berjela-jelalah surat dia keluarkan, kebajikanlah, kesihatanlah, habis pegawai dia mintak tolong untuk sign surat permohonan pembatalan pertukaran dia ke kapal. Aku bukan nak api-apikan blog ni tapi memang mangkok ni selalu susahkan orang. Banyak kali dah budak STN(L) yang tak bersalah jadi mangsa dia, elok baru nak rasa duduk Base tak pasal-pasal kena naik kapal sebab mangkok ni punya sebab. Korang tahu tak, bila junior naik pangkat mulalah dia buat muka fed-up, dok complain gaji tak naik lah, welfare tak jagalah, kerja dia rajin lah....pigi dah...aku ingat lagi dia pernah buat surat menolak tawaran PPA bahawa dia tak akan buat sebarang complain kalau perkembangan kerjaya dia terhalang disebabkan masalah dan alasan yang dia selalu bagi kat navy...standard lah kan ***, cakap berapi tapi macam sial.

Wooo kalau nak ceritakan detail pasal si Mat Desa ni, banyak dalam kantong aku. Aku tak tahulah camana orang PAS boleh terima dia, korang tahu tak masa dia kat Depoh Besar Logistik dulu, banyak kali supplier complain pasal mangkok Mat Desa ni, kaki PAU duit No 1, percent jangan kiralah, kalau tak mana boleh hidup wehhh..gaji koperal, anak ramai (3 lelaki, 1 perempuan). Kaki telan duit tuuu..tak caya buatlah semakan dengan Protela ke PPA ke, bersepah. Tapi navy kesian kat dia sebab anak ramai, isteri tak kerja, kebajikanlah, macam-macam lah lagi. Bagi peluang kat dia, tapi last-last dia makan tuan. Ni lah dikatakan melepaskan anjing tersepit, digigitnya kita balik. Masa berhenti dulu bukan main nak berubah kononnya, nasihatkan yang junior supaya kerja rajin, jaga imej STN(L), menyampah aku. Dasar kaki RASUAH. Korang tahu tak dia ni banyak buat duit, tak caya tengok tempat dia kerja sekarang, sebelom aku berhenti dulu dia di Bahagian Perolehan Dockyard Lumut, kan ke tempat buat duit tu....Nasihat aku, jangan dibuat kawan orang macam ni...makan tuan.....

Oleh Angry Lady Bird

Semua terkejutkan. Kesahihannya NTB tidak tahu, namun kalau benarlah bagai didakwa, maka ternyatalah Manjung Mari seorang yang tidak harus dipercayai dan umpama duri dalam daging. Betul juga kata Angry Lady Bird, macamana pihak PAS boleh melantik orang sebegini sebagai pendakwah mereka, selain banyak rekod buruk tutur kata yang kesat menjatuhkan imej PAS. Mengata Dulang Paku Yang Serpih.

Navy The Best

Wednesday 22 February 2012

MANJUNG MARI TERLONDEH SUDAH


Di kalangan blogger, nama Manjung Mari agak dikenali apatah lagi paparan yang dikeluarkan semuanya mengkritik Kerajaan Barisan Nasional dan sering membuat tohmahan terhadap TLDM. Ramai yang tertanya-tanya sia dia, bagaimana dia ada akses tentang maklumat dalam TLDM dan berbagai lagi. Namun segala-galanya terbongkar apabila ada dikalangan sahabat blogger yg tidak berpuas hati dengan beliau yang sering menggunakan kata-kata kesat dan tidak bermoral terhadap individu-individu tertentu.

Nak tahu siapa dia..cuba lihat gambar ini…


Mengikut blogger Taiping Mali, beliau sebenarnya tidak mengenali MM secara dekat, namun asakan serta tohmahan yang dibuat terhadapnya membuatkan beliau mencari sampai ke lubok cacing siapa itu Manjung Mari dan Alhamdulillah berkat usaha tersebut maka segala yang diingini terhasil… MM merupakan seorang bekas anggota TLDM berpangkat Laskar Kanan yang dikaitkan dengan Laksma Haji Imran yang sama-sama berusaha untuk menumpaskan MB Perak Dato’ Seri Dr Zamri dengan apa cara sekalipun.

Saudara MM atau lebih tepat Mohd Desa bin Ahmed telah berkhidmat dengan TLDM selama hampir 22 tahun dan bersara pada tahun 2002 dengan pangkat di sandang Laskar Kanan TNS(L). Agak menghairankan NTB, kenapa beliau pencen sebagai LK…tidak berniat untuk MENGHINA apatah lagi untuk MENYERANG MM secara peribadi, namun hasil semakan dengan sahabat-sahabat lama yang turut sama pencen terutama di kalangan warga BEKALAN, masalah ke kapal adalah masalah utama beliau dengan TLDM. Beliau dikatakan sanggup tidak menghadiri kursus Bintara Muda, sanggup tak naik pangkat asalkan jangan jawatkan beliau ke kapal. Wallahhuaklam…kata mereka lah, betul atau tidak hanya saudara Mat Desa@MM yang mampu menjawabnya.

Dari segi rekod perkhidmatan NTB tak ada akses dan biarlah kelemahan beliau kekal sebagai maklumat sulit, kerana seandainya NTB turut mendedahkan kelemahan beliau maka NTB tak ubah seperti blogger pro pembangkang yang sememangnya suka mengaibkan orang. Menurut maklumat TM juga Saudara Mat Desa kini bekerja di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang berpangkalan di TLDM Lumut.

Persoalan yang timbul ialah, tidakkah Saudara Mat Desa rasa segan dengan perwatakan saudara bercorak ulamak namun suka menggunakan kata-kata nista dan kesat terhadap individu tertentu? Adakah itu yang dididik oleh PAS atau mana-mana ulamak. Adakah fitnah itu menjadi asas perjuangan saudara? Kalau itulah prinsip saudara, NTB rasa, eloklah lucutkan kopiah di kepala, janganlah berwatak sebagai ulamak. Sebaiknya berseluar pendek dan bersinglet sahaja. Dimanakah nilai-nilai murni yang telah diterapkan oleh TLDM kepada saudara? Dan yang terakhir, lengkapkah perkhidmatan mahupun pengetahuan saudara jika disepanjang perkhidmatan sekalipun kaki tidak dijejakkan ke KAPAL DIRAJA.

Nasihat NTB, berubahlah sikap yang sedia ada, Allah Taala menjanjikan balasan yang setimpal akan apa yang kita lakukan. NTB harap Bro MM berubahlah, berblogginglah secara positif, elakkan kata-kata nista dan kesat, janganlah seronok mengaibkan orang sebelum DILONDEHKAN orang lain di khalayak ramai. Sebagaimana isu terkini Bro Manjung Mari dok jatuhkan kredibiliti PTL dan seolah-olah seronok memalukan beliau. Nah sekarang tidakkah Bro MM takut kalau-kalau setiap inci permasalahan Bro semasa perkhidmatan dulu dibuka untuk tatapan umum!!! Namun saya yakin ianya tidak akan berlaku sebab sebagaimana yang NTB sedia maklum PTL bukanlah bersifat sedemikian dan orangnya sentiasa cool, tak luak sedikit pun pangkat mahupun gaji beliau, malah beliau lebih dihormati. Masih belum terlambat untuk Bro MM, paling tidak kita minta maaf dengan orang yang kita sakiti. 


Navy The Best
Sumber: Taiping Mali

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL OLEH WARGA MAWILA 1



Pada setiap kali tibanya ulangtahun keputraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, tentunya berbagai majlis akan di adakan oleh sekalian umat Islam. Warga MAWILA 1 turut meraikannya pada 21 Feb yang lalu dengan mengadakan perarakan dari Pintu Gerbang Utama Pangkalan hingga ke Auditorium Al-Haimi disulami dengan selawat kepada baginda. Tema bagi sambutan tersebut ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”, sejajar dengan tema Maal Hijrah 1433H.

Tujuan sambutan ini dilaksanakan selain memperingati hari keputeraan Baginda, ianya turut menunjukkan kasih dan cinta serta penghargaan warga Baginda yang tidak pernah berputus asa dalam memimpin umat Islam. Ceramah Maulidur Rasul tersebut telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Rujhan bin Razali, Pendakwah dan Perunding Motivasi dari Jerantut, Pahang. 

NAvy The Best
Sumber: Portal TLDM

MAWILA 1 PILIHAN NO 1


Colours...sejak pencen ni dah lama tak tengok istiadat ni

“Markas Pilihan Nombaor 1” itulah moto baru yang diterapkan oleh PANGWILA 1 terhadap warganya. Atas keperluan tersebut jugalah beberapa projek penambahbaikan infrastruktur pangkalan termasuk bangunan markas, Auditorium Al-Haimi, Café One, Shoppe One, Astaka Bola Sepak dan Lapang Sasar disasarkan bagi membuktikan kesungguhan MAWILA 1 dalam usaha merealisasikan moto tersebut.
Anugerah kepada warga yang cemerlang, tahniah..
Sebagai langkah awal, PANGWILA 1 telah menyatakan hasrat itu melalui perbarisan tahunan markas tersebut. Beliau menasihatkan semua warga MAWILA 1 agar terus menjaga kemudahan tersebut dengan baik demi keselesaan dan kesejahteraan seluruh warga Pangkalan TLDM Tg Gelang di sepanjang masa. Selain itu, beliau juga mahukan semua warga MAWILA 1 serta unit-unit bawah naungannya supaya terus meningkatkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi bagi mengelakkan imej MAWILLA 1 terjejas.

Selain itu, PANGWILLA 1 turut menaruh harapan untuk MAWILA 1 menggondol kejuaran di dalam Sukan Mini Olimpik TLDM kelak dan mahukan semua atlet yang terlibat memberikan komitmen yang tinggi bagi mengharumkan nama MAWILLA 1. 

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

KENANGAN INDAH PANGWILA 2



Datang dan pergi merupakan faktor yang tidak dapat dipisahkan apatah lagi apabila ianya membabitkan peningkatan dalam jawatan, kerjaya mahupun bersara. Peristiwa yang sama turut dilalui PANGWILA 2 Laksda Dato’ Anuwi bin Hassan. Beliau yang diamanahkan untuk mentadbir MAWILA 2 setelah hampir 2 tahun 6 bulan terpaksa melepaskan tangggungjawab tersebut kepada orang baru demi peningkatan kerjayanya sebagai AKS BOLP. Rata-rata warga MAWILA 2 terharu dengan perpisahan tersebut apatah lagi konsep pemerintahannya yang dikagumi ramai. Beliau sendiri melahirkan rasa bangga atas beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh wilayah tersebut. Berteraskan “Kita Wujud Kerana Armada”, maka beliau amat menitik beratkan Strategi Pembangunan Sumber Manusia, Kepimpinan Strategik, Budaya TQM Dan KKI, Fokus Kepada Aspek Proses Kerja Dan Penerapan Konsep Kebersamaan di dalam konsep kerja warga MAWILA 2.

Selaku Panglima beliau amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan warganya baik dalam aspek kemampuan operasi yang tinggi mahupun melaksanakan projek peningkatan keupayaan sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak pengurusan tertinggi TLDM. 

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

Tuesday 21 February 2012

TAHNIAH KEPADA KEPTEN YANG DIPERTUA TLDM


Panglima Angkatan Tentera Perancis Edouard Guillaud (kiri) menyampaikan pingat 'Commandeur de la Legion d'Honneur' kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dianugerahkan pingat “Commandeur de la Legion d’Honneur” oleh Presiden Perancis Nicolas Sarkozy pada 20 Feb 12. Anugerah itu yang mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Sultan Sharafuddin sebagai Sultan Selangor dan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia  disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Perancis, Edouard Guillaud di French Residence.


Congratulation
Sultan Sharafuddin diiringi anakanda baginda, Tengku Zatashah, pada majlis penyampaian anugerah itu. Turut hadir Duta Besar Perancis ke Malaysia, Martine Dorance. Dalam ucapan baginda, Sultan Selangor bertitah baginda amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij itu dan melahirkan harapan hubungan antara Malaysia, bukan Selangor sahaja dan Perancis akan terus berkembang.
“Sebagai Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, beta amat bangga dengan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Perancis. Dua buah kapal selam Scorpene kami (Malaysia) dikagumi oleh banyak pihak di rantau ini.
“Dan latihan anggota tentera laut kami, kebanyakannya di Brest, di mana mereka turut belajar bahasa Perancis, memperkukuhkan lagi hubungan kami,” titah baginda.


Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Edouard Guillaud (empat dari kiri) dan Martine Dorance (tiga dari kanan) pada majlis penganugerahan Commandeur in the Legion of Honour di Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur
Guillaud, dalam ucapannya berkata, anugerah tertinggi Perancis itu dianugerahkan pada pemimpin penting dan warganegara negara yang menjalin hubungan dua hala baik dengan negara itu. “Inilah bagaimana Presiden Republik Perancis memberikan merit kepada baginda (Sultan Sharafuddin) dalam perkhidmatan di Malaysia, angkatan tenteranya, angkatan tentera lautnya dan juga dalam perkhidmatan kepada rakyat di Selangor,” katanya.
Beliau juga melahirkan penghargaan atas bantuan Sultan Sharafuddin dalam membantu mereka membina program kapal selam antara TLDM dan Tentera Laut Perancis.




Navy The Best mengucapkan tahniah kepada Kapten Yang Dipertua TLDM atas pingat yang diterima..Bravo Zulu!!

Friday 17 February 2012

KISAH 3 PENUNTUT MRSM KEM TERENDAK


Syabas dik...

Maktab Rendah Sains Mara Terendak yang majoriti penghuninya adalah anak-anak warga ATM telah berjaya mengharumkan nama negara apabila ciptaan mereka  memenangi pingat emas di Pameran Reka Cipta Pemuda Antarabangsa, Taiwan pada 11 hingga 13 Februari lalu. Selain itu ciptaan mereka turut mendapat perhatian khas beberapa syarikat baik dalam mahupun luar negera untuk membeli hak cipta tersebut. Tiga pelajar tingkatan lima Maktab tersebut iaitu adik Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal, Mohd. Syafiq Abd. Aziz dan Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal telah membuat penemuan baru dalam aspek tenaga iaitu dengan menghasilkan sel garam bagi menjana tenaga elektrik. Ianya adalah sebagai alternatif kepada bateri sel kering yang digunakan kini. Inisiatif mereka bertiga tidak harus diperkecilkan dan ianya membuktikan bahawa anak-anak warga ATM mampu untuk diketengahkan sekiranya diberi peluang.

"Cuba kita kaitkan kejayaan 3 penuntut Maktab berkenaan dengan satu pepatah yang berbunyi: kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi"

Navy The Best
Sumber: BERNAMA

Thursday 16 February 2012

KURSUS CO DESIG ANJURAN TLDM PERTAMA KALI DISERTAI PEGAWAI UK


Majlis Perasmian Kursus oleh Panglima Pendidikan TLDM

Suatu waktu dahulu, TLDM sering menghantar ramai pegawainya untuk berkursus di luar Negara bagi membolehkan mereka menimba ilmu seterusnya diaplikasikan di dalam TLDM. Hasil usaha gigih serta perancangan yang teratur tersebut oleh kepimpinan TLDM, akhirnya membuahkan hasil apabila TLDM mula mengorak langkah untuk melaksanakan semua bentuk latihan di dalam Negara. Setelah sekian lama ianya berlangsung, dunia luar mula membuka mata akan kemampuan warga TLDM dalam melatih generasi barunya. Atas kemampuan tersebut jugalah maka buat pertama kalinya Kursus Pegawai Memerintah Muda (Junior Officer Command Course-JOCC) atau lebih sinonim dengan panggilan CO Desig Siri Ke-33 telah disertai peserta daripada United Kingdom (UK) iaitu Leftenan (Lt) Martyn Mayger yang berkhidmat di bawah Royal Navy (RN), UK. Selain beliau, turut disertai ialah pegawai dari Indonesia iaitu Kapten Laut (P) Mochamad Reza Achwandi TNI-manakala dari Sudan ialah Mejar Abdallah Ahmed Abdallah Ahmed.

 

Kedatangan mereka selaku duta kecil ke negara ini selain mampu mempertingkatkan hubungan bilateral, ia turut membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman setiap peserta. 

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM


Sebagai sebuah keluarga yang harmoni, kepimpinan TLDM amat menganjurkan warganya agar sentiasa maju dalam kerjaya masing-masing, tidak kira di dalam apa jua lapangan yang diceburi. Sebagai buykti yang nyata, YBhg Panglima Tentera Laut YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar telah menyampaikan Skim Insentif Sukan TLDM kepada para atlet TLDM yang telah berjaya menyumbang pingat di Sukan SEA ke-26 di KD SRI GOMBAK pada 14 Feb 12. Turut hadir salam majlis tersebut ialah Pengarah Majlis Sukan Negara; YBhg Dato’ Zolkples bin Embong, pegawai-pegawai kanan TLDM serta seramai 133 orang atlet TLDM yang terdiri dari persatuan-persatuan sukan TLDM.

Sebagai seorang bapa, ketua tertinggi di dalam TLDM, YBhg PTL, menerusi ucapannya benar-benar rasa bangga kepada atlet-atlet TLDM setelah berjaya menyumbangkan sebanyak 21 pingat daripada keseluruhan 132 pingat yang dikutip oleh kontigen Malaysia. Lebih membanggakan beliau ialah apabila sembilan pingat emas yang berjaya diperolehi merupakan sumbangan dari atlet TLDM. Kecerian yang terpacul pada raut wajah YBhg PTL jelas membuktikan keikhlasannya dalam melahirkan rasa bangganya. Atas sebab itu jualah, YBhg PTL telah menyampaikan sumbangan peribadinya kepada atlet-atlet TLDM yang mengambil bahagian dalam acara berpasukan. 

Dalam majlis tersebut juga, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz juga menyampaikan rasa puas hatinya di atas komitmen dan kesungguhan semua peringkat pengurusan persatuan sukan TLDM dan atlet –atlet terlibat yang telah banyak membantu dan menyumbang kejayaan TLDM untuk menjuarai Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan sebanyak empat kali berturut –turut iaitu pada 2008, 2009, 2010 dan 2011.

Tahniah untuk semua Atlet Navy People dar Navy The Best

Sumber: Portal: TLDM