Followers

Friday 2 March 2012

PERANG TIOMAN BUKTI KESIAGAAN TLDM


PERANG TIOMAN 1/12
Latihan manuvra
Dewasa ini berbagai pihak yang menggunakan nama Anonimous di laman-laman blog PENABUR FITNAH yang mempertikaikan kewibawaan warga serta kesiagaan Armada TLDM sekiranya berlaku sesebuah konflik. Bagi yang kurang pendedahan mereka sudah tentu akan percaya dengan setiap dakwaan tersebut. Tapi malangnya mereka lupa bahawa Rakyat Malaysia mempunyai akses terhadap Portal TLDM (http://www.navy.mil.my/) dimana mereka diberi laluan untuk menilai sendiri keupayaan ARMADA TLDM serta informasi-informasi berkaitan TLDM menerusinya. 

Latihan Laut merupakan satu aspek kesiagaan Armada TLDM yang dilakukan secara berkala, contoh yang terbaik ialah Perang Pangkor dan Perang Tioman. Warga kapal akan diuji dengan pelbagai bentuk senario serta latihan bagi memantapkan pengetahuan perang serta ilmu navigasi mereka. Bukankah ini bukti bahawa TLDM sentiasa siap siaga?
Latihan Heaving Line
Justeru, janganlah dibuat sesebuah tohmahan tanpa periksa. Propaganda murahan yang dimainkan oleh sesetengah blogger berkaitan TLDM hanya mencerminkan kebodohan BLOGGER ITU SENDIRI.

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM