Followers

Tuesday 17 April 2012

Menyingkap 78 Tahun Pengorbanan TLDM


SEDIA BERKORBAN
Dalam diam tak diam, 27 April 2012 nanti genaplah 78 Tahun TLDM mengabdikan dirinya untuk kesejahteraan Malaysia dalam aspek pertahanan maritim. Sepanjang tempoh tersebut TLDM telah tempuh pelbagai cabaran selain berdepan dengan laluan berliku yang penuh pahit-getir. Namun TLDM tetap setia, berbekalkan motto “SEDIA BERKORBAN” segalanya diharungi dengan penuh tabah. Banyak perubahan telah berlaku baik dalam aspek kepimpinan, pembangunan aset, pembangunan modal insan serta role and task TLDM (transformasi dari Brown ke Green dan dari Green ke Blue Water Navy).

Satu ketika dulu mungkin tidak terlintas di benak fikiran kita bahawa Malaysia sebagai sebuah negara 'kerdil', mampu memiliki kapal selam serta aset-aset ketenteraan yang canggih. Namun itulah hakikat perubahan yang berlaku dalam TLDM. Tidak keterlaluan jika NTB katakan rakyat dan dunia harus akur bahawa segala pencapaian yang dikecapi sekarang adalah hasil pengorbanan yang dicurahkan TLDM. Pengorbanan TLDM bukan sahaja untuk negara, malah meliputi keselamatan antarabangsa seperti penghantaran kapal serta anggota ke Teluk Aden bagi menangani ancaman lanun. Walaupun pelbagai pengiktirafan dunia diperolehi namun TLDM tidak pernah mendabik dada dan jauh sekali berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai.

TLDM akan terus kekal tranformasi menerusi anjakan paradigma bagi mengekalkan kredibilitinya. Pucuk pimpinan TLDM sentiasa merancang agar TLDM kekal relevan dan terus maju bagi mencapai misinya untuk menjadi World Class Navy. Masih terngiang di telinga NTB akan satu amanat Panglima Tentera Laut di suatu ketika dulu “TLDM kini telah memiliki Armada yang dilengkapi keupayaan perang tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah air. Justeru, Armada masa depan adalah angkatan laut yang seimbang dalam keupayaan tiga dimensi tersebut. TLDM akan meneroka, membangun, menguji dan mengguna pakai konsep dan teknologi terkini sebagai rangka kerja untuk transformasi apabila berurusan dengan keupayaan sistem pertahanan maritim masa depan."

 

IsnyaAllah berkat usaha gigih semua warga TLDM, visi untuk menjadi "Tentera Laut yang berkualiti" dan misi "menyedia dan mengatur gerak angkatan laut untuk melindungi kepentingan maritim Malaysia semasa aman dan memastikan kemenangan ketika perang" akan dapat direalisasikan, InsyaAllah. Walaupun terdapat pihak tertentu yang cuba mencalarkan imej TLDM, namun hakikat yang mereka perlu sedar ialah, tanpa TLDM, pertahanan Maritim Malaysia akan polos.

Navy The Best - SEDIA BERKORBAN