Followers

Thursday 15 August 2013

ISU SURAU TOKONG. LAWYERS FOR LIBERTY HINA SULTAN JOHOR TALIBAN



Akibat mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa, kumpulan peguam yang menggelarkan diri mereka sebagai Lawyers for Liberty (LFL) yang sebelum ini cukup terkenal sebagai pejuang Liberalisme, Pluralisme dan LGBT telah menyamakan Sultan Johor sebagai Taliban kerana mengarahkan 'Surau Tokong' dirobohkan.

Di dalam suatu artikel di Malaysiakini dan juga di laman sosial Twitter mereka telah mempersoalkan tindakan polis dan menyamakan tindakan Majlis Agama yang bercadang untuk merobohkan 'Surau Tokong' sebagai tindakan ala Taliban. Mungkin kerana kekurangan informasi berkaitan isu 'Surau Tokong' tersebut kumpulan LFL ini telah mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan seperti itu kerana arahan merobohkan adalah datang daripada Sultan Johor itu sendiri.

Menyamakan seorang Sultan yang begitu mengambil berat hal ehwal rakyat seperti Sultan Johor adalah suatu tindakan yang melampau dan siasatan pihak berkuasa berkaitan hinaan kepada Sultan Johor seperti ini perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kekacauan dan perbalahan.

Titah DYMM Sultan Johor agar merobohkan surau berdasarkan beberapa alasan yang relavan diantaranya ianya telah disalahgunakan, binaan yang tidak mendapat kebenaran, struktur bagunan dan arah kiblat yang mengelirukan dan beberapa alasan lain lagi. Namun, jika tiada satupun alasan yang relevan bagi pandangan mereka, tindakan kumpulan LFL ini menghina SUltan Johor adalah tidak dapat dimaafkan sama sekali. Ianya lebih mengeruhkan keadaan. Sudahlah surau tersebut dicemari dengan kesyirikan. Ditambah pula lagi dengan kutukan dan hinaan terhadap Sultan Johor yang kita sayangi. Perkara ini sangat menyedihkan umat Islam di Malaysia khususnya di Johor dan Sedeli.


Mohon tindakan segera pihak berkuasa menyiasat hal sebegini supaya keharmonian dapat dijaga dan kesucian agama terpelihara. Tindakan kurang hajar seperti ini wajib diambil tindakan bagi memberi kededaran kepada golongan ini supaya tiada lagi kumpulan lain yang akan mengikut sepertimana tindakan kurang hajar kumpulan ini.




Tuesday 13 August 2013

JAWATAN KOSONG TLDM OGOS 2013




Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.
  
Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my mulai 29 Jul 2013 hingga 31 Ogos 2013.


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP) Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925

Laman Web: www.navy.mil.my

Monday 12 August 2013

GEMPAR 8 TENTERA MALAYSIA TERBUNUH DI LAHAD DATU ??



Malaysia menolak dakwaan "tidak berasas" bahawa lapan askar yang terbunuh oleh lelaki bersenjata Sulu dalam serangan hendap di Lahad Datu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan jurucakap bagi pihak kumpulan yang diketuai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada usaha propaganda untuk menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat.

"Mereka membuat pelbagai dakwaan untuk mewujudkan keharmonian dan rasa takut di kalangan rakyat.Saya menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut yang tidak berasas oleh individu-individu (Sulu) yang menggunakannya sebagai propaganda," katanya ketika dihubungi pada Isnin mengenai laporan dalam beberapa akhbar Filipina bahawa kumpulan bersenjata Sulu telah memmbunuh lapan tentera.

 Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan itu dan mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu.

Laporan berita itu memetik jurucakap kumpulan berkenaan, Abraham Idjirani sebagai berkata bahawa "tentera" Sultan yang diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram (lebih dikenali sebagai Azzimuddie) telah memaklumkan kepadanya bahawa lapan anggota pasukan Malaysia terbunuh selepas diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulan "Pasukan Keselamatan Diraja" Sultan yang diketuai oleh pegawainya Utuh Ubie di kawasan Felda di Lahad Datu pada Jumaat.

Idjirani mendakwa beliau dimaklumkan oleh Agbimuddie mengenai kejadian tembakan itu menerusi panggilan telefon.

"Tidak ada asas terhadap dakwaan itu. Tiada sebarang insiden sama sekali," kata Mohammed, sambil menambah bahawa keselamatan diperketatkan berikutan terdapat khabar angin bahawa kumpulan lelaki bersenjata Sulu merancang untuk mengadakan serangan "gelombang kedua" semasa Hari Raya.

"Ia adalah Hari Raya yang tenang, jadi tidak ada sebab untuk orang ramai bimbang atau panik," katanya.

Mohammad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau memerlukan apa-apa penjelasan mengenai sesuatu insiden boleh menghubungi Bilik Operasi mereka di 089 863181 di Lahad Datu.

"Ia beroperasi 24 jam seminggu dan orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa," katanya.