Followers

Friday 27 June 2014

KOLEJ PERISIKAN ATM BERTARAF DUNIA



Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman telah diberikan penghormatan untuk menyempurnakan upacara Perbarisan Penyerapan Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) ke dalam Organisasi Kolej Perisikan ATM yang diadakan di Kem Mentakab, Pahang pada 25 Jun 14. Perbarisan dianggotai 16 Pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat  diketuai oleh Leftenan Kolonel  Abu Hashim bin Jamaluddin.
 
Dato' Nasaruddin (KS Mk ATM)
Penyerapan PULARIS ke dalam Kolej Perisikan ATM telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 6 Januari 2014. Kolej Perisikan ATM bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus kerjaya Kor Risik Diraja (KRD) dan kursus-kursus kepakaran berteraskan kebersamaan (Jointness) bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM (Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara). 

Upacara Tandatangan Sijil Penyerapan
Penubuhan institusi latihan tersebut adalah selaras dengan transformasi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kepada Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) termasuk mengambil kira Plan Rancangan Keupayaan Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF) melalui modul dan latihan kepakaran perisikan di peringkat ATM.
 
Penyerahan Rasmi PULARIS ke Kolej Perisikan ATM
Visi.

 Kolej Perisikan ATM adalah untuk menjadi nadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Latihan dan Penciptaan Ilmu Perisikan kepada ATM dan negara.

Misi.

 Kolej Perisikan ATM menyediakan platform pembelajaran dan latihan perisikan semasa kepada anggota ATM. Selain itu, institusi latihan ini menerajui pembangunan dan penciptaan disiplin perisikan termasuk pengaplikasian sains serta teknologi berdasarkan doktrin perisikan moden, versatile dan unggul. 


Upacara Menurunkan Bendera PULARIS

Objektif Kolej Perisikan ATM

Berasaskan kepada kualiti dan kecemerlangan merangkumi penyediaan kemudahan prasarana dan pengetahuan profesional serta Latihan Perisikan Semasa (LPS) bagi penambahbaikan semua program akademik terencana dan LPS seiring dengan Wawasan BSPP. Kolej Perisikan ATM komited terhadap pengendalian pengajian akademik secara sistematik, cekap dan berkesan berasaskan Piawaian Doktrin Perisikan Bersama BSPP/ATM. Melalui latihan yang dilaksanakan, Kolej Perisikan ATM berupaya menghasilkan operator perisikan yang unggul dan versatile untuk kepelbagaian kepakaran modal insan dalam semua bidang perisikan secara kompetitif sejajar dengan hasratnya untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Perisikan (Centre of Excellence for Intelligence).


Monday 9 June 2014

MENGAPA TENTERA DIBERI SKIM GAJI PALING TINGGI DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN SELARAS DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA?



Mesti ada sebabnya. Org ramai mengatakan sebab utk menarik minat. Mengapa kena perlu mcm tu? Sebabnya tiada siapa mahu bekerja siang dan malam 24/7/365 dan bila2 masa boleh dikerahkan. Pepatah dalam tentera, setiap nafas dibayar sehingga tamat perkhidmatan!

Ada yg mengatakan tentera ni hanya duduk makan minum sambil kilat kasut dlm kem membazir beras dan biskut kerajaan. Tapi mereka tidak pula berkata tentera melakukan operasi di perbatasan negara lebih kurang 3 bulan sekali pergi tinggalkan anak bini, pelbagai eksesais dan aktiviti siang malam demi memastikan tentera sentiasa bersiap siaga apabila keadaan memerlukan, bertugas di kem 24/7/365, standby apabila ada rusuhan dan bencana alam dll dan banyak lagi.
 
Ibu bapa asyik bertanya kenapa tak balik kampung selalu? Isteri asyik bertanya kenapa selalu balik lambat? Isteri mengeluh sabtu ahad pun bekerja anak2 terbiar. Kenapa selalu kursus sana sini plg kurang sebulan. Kenapa eksesais sana sini? Dan byk lagi tak larat nak cerita semua. Semua ini menambahkan tekanan.

Bila mengutamakan keluarga apabila ada penugasan penting dikatakan mengada ngada tak pentingkan kerja. Bila mengutamakan kerja, dibenci keluarga. Nampak mudah utk berkata utamakan mana yg penting dulu, realitinya tak semudah itu percayalah.

IKRAR KESATRIA

1. Beriman kepada tuhan dan bertaqwa kepadanya.
2. Setia kepada negara dan BERKORBAN demi kepentingannya tanpa mengenal menyerah.
3. Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
4. MENGUTAMAKAN perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Sudah terang lagi bersuluh tentera sedia dikorbankan demi memastikan rakyat dapat tidur lena dan bahagia. Bukan mengeluh, tetapi mengingatkan tentera juga manusia biasa punyai hati dan perasaan dan pada masa sama terpaksa mengutamakan tugas.