Followers

Tuesday, 22 July 2014

TENTERA: NAK JIHAD KE TAK NAK?




1. Manusia yang paling terlatih dalam peperangan ialah Angkatan Tentera, bukan polis, bomba, kastam atau Pos Laju.

2. Menyandarkan harapan pada pihak yang berkeupayaan, itu satu perkara rasional.

3. Benar, chain of command dalam pasukan tentera up to Field Marshal mengikat kesetiaan tentera bawahan. Command juga pernah berlaku dengan menyaksikan kudeta seperti di Thailand, Egypt, Libya, Pakistan, Indonesia (Suharto-sukarno) dan banyak lagi. Ada yang berlaku dengan pertumpahan darah, ada yang berlaku secara aman.

4. “Arasy ar-Rahman telah bergegar kerana kematian Saad bin Muaz” [HR Bukhari]

Saad Bin Muaz adalah ahlul kuwwah (angkatan bersenjata) yang mengetuai angkatan perang Bani Aus yang memberi nusrah (pertolongan) kepada Rasulullah saw sehingga tegaknya negara Madinah.

Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang seperti mereka? Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang cerdas yang akan mengulangi sejarah mereka, para tokoh pahlawan itu?

5. Dari sibuk mereka alasan "Kenapa Tentera tak boleh jihad", lebih elok berusaha membangkitkan umat khususnya ahlul kuwwah dengan kesedaran Islam. Dengan keperwiraan Islam. "Syurga itu di bawah banyangan pedang" ]HR Bukhari dan Muslim].

6. Kewajipan JIHAD itu bukan saja terpikul kepada Angkatan Tentera Malaysia, tetapi buat masa sekarang, keutamaan pada Tentera Mesir, Lubnan, Jordan dan Turki serta sekitarnya untuk menyelamatkan Gaza dan Syam dari kekejaman musuh.

7. Jihad akan menyebabkan negara berpecah dan lemah? Buang dulu kotak pemikiran yang mengurung wilayah Islam sebatas Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak. Islam bukan sebatas Malaysia tetapi Islam itu negara yang expand kekuasaannya.

“Islam pasti mencapai wilayah yang diliputi oleh siang dan malam. Allah tidak akan membiarkan rumah yang megah mahupun sederhana melainkan akan memasukkan agama ini (Islam) ke dalamnya dengan memuliakan orang-orang yang mulia dan menghinakan orang-orang yang hina; mulia kerana Allah memuliakannya dengan Islam; hina kerana Allah menghinakannya dengan kekafiran” [HR Ahmad].

Allahualam.

~Sabri Yaacob~

DIMANAKAH RELEVENNYA ARAHAN TEMBAK APABILA BERURUSAN DENGAN PENCEROBOH BERSENJATA DI SABAH?


Kumpulan Abu Sayyaf (KAS)

Sewaktu perdebatan tercetus mengenai sama ada tentera laut Malaysia perlu diberi SOP (Prosedur Operasi Tetap) tembak-apabila-nampak apabila berurusan dengan penceroboh bersenjata di Sabah, lebih banyak butir-butir pemimpin Abu Sayyaf, Alhabsi Misaya telah muncul.

Alhabsi dan kumpulan militan bersenjatanya dipercayai telah menjadi dalang dalam banyak kes penculikan yang berlaku tanpa henti di Sabah selama ini.

Cabaran penentangan bersenjata mereka terhadap kedaulatan Malaysia telah menghancurkan sumber pendapatan No 1 Sabah – pelancongan di pantai timur negeri ini.

AlHabsi
Menurut laporan AsiaOne pada 18 Julai, Alhabsi telah dirakam dalam video membaca ayat Al-Quran sewaktu pemberontak bersenjata Abu Sayyaf memenggal tebusan mereka.

Abu Sayyaf dikatakan telah menculik anggota polis marin, Kons. Zakiah Aleip, 26 tahun, sebagai tebusan di selatan Filipina selepas menculiknya dari sebuah resort di Sabah pada 12 Julai.

Alhabsi adalah salah seorang daripada lelaki bersenjata yang bertanggungjawab memenggal kepala tujuh orang pekerja kilang di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2007, seperti yang dipaparkan dalam sebuah video dalam talian.

Klip video sepanjang 14 minit itu yang direkodkan oleh Alhabsi sendiri, memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata membawa tebusan ke tempat-tempat yang berbeza di dalam hutan di mana tindakan kejam itu dilakukan.

Mangsa yg disembelih Alhabsi
Alhabsi boleh didengari membaca ayat Al-Quran sewaktu tebusan yang pertama telah dipaksa memandang ke bawah sebelum dia dibunuh.

Tebusan seterusnya kemudian dibawa pergi beberapa ratus meter dari situ sebelum menemui nasib yang sama, yang disambut gembira Alhabsi, yang didengari ketawa kecil dan melaungkan "Allahuakbar" sewaktu tebusan itu disembelih seperti haiwan.

Rakaman itu memaparkan pembunuhan ngeri setiap pekerja itu secara terperinci, dan pada satu ketika, Alhabsi memfokus kameranya kepada kepala yang telah dipenggal sambil memberi komen gembira.

Kemudian dia merakam dirinya sendiri sejenak, dan muka yang dapat dilihat dengan jelas adalah kepunyaan lelaki yang dikenal pasti oleh perisikan tentera Filipina dan Malaysia sebagai pemimpin yang semakin meningkat dalam kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Add caption
Klip video bertajuk "Tujuh orang yang tidak bersalah dipancung oleh kumpulan Abu Sayyaf di Jolo, Sulu" telah dimuat naik di YouTube oleh Penny Raymond pada Julai tahun lalu, dan telah ditonton lebih 5,000 kali setakat ini.

Alhabsi yang pada waktu itu seorang ahli baru kumpulan pengganas itu, kemudian telah mendapat kedudukan yang lebih tinggi selepas mengumpulkan berjuta-juta peso wang tebusan dari rentetan penculikan di pantai timur Sabah, menurut laporan itu.

Zakiah telah diculik dari resort itu apabila lapan lelaki bertopeng dan bersenjata berpakaian seragam tentera mencerobohi Pulau Mabul.

Lelaki-lelaki bersenjata itu juga membunuh seorang lagi anggota polis, Abdul Rajah Jamuan, 32 tahun.

Jadi, adakah Alhabsi dan kumpulannya haiwan atau manusia bertamadun?

Haruskah atau adakah mereka berhak dilayan seperti manusia oleh pasukan keselamatan kita?

Sekali lagi, untuk mereka yang masih menyatakan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak perlu diberi SOP tembak-apabila-nampak, dan militan ini berhak untuk dilayan sebagai manusia bertamadun, beritahunya kepada mereka yang telah kehilangan orang tersayang kepada penceroboh bersenjata itu.

Friday, 27 June 2014

KOLEJ PERISIKAN ATM BERTARAF DUNIA



Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman telah diberikan penghormatan untuk menyempurnakan upacara Perbarisan Penyerapan Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) ke dalam Organisasi Kolej Perisikan ATM yang diadakan di Kem Mentakab, Pahang pada 25 Jun 14. Perbarisan dianggotai 16 Pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat  diketuai oleh Leftenan Kolonel  Abu Hashim bin Jamaluddin.
 
Dato' Nasaruddin (KS Mk ATM)
Penyerapan PULARIS ke dalam Kolej Perisikan ATM telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 6 Januari 2014. Kolej Perisikan ATM bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus kerjaya Kor Risik Diraja (KRD) dan kursus-kursus kepakaran berteraskan kebersamaan (Jointness) bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM (Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara). 

Upacara Tandatangan Sijil Penyerapan
Penubuhan institusi latihan tersebut adalah selaras dengan transformasi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kepada Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) termasuk mengambil kira Plan Rancangan Keupayaan Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF) melalui modul dan latihan kepakaran perisikan di peringkat ATM.
 
Penyerahan Rasmi PULARIS ke Kolej Perisikan ATM
Visi.

 Kolej Perisikan ATM adalah untuk menjadi nadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Latihan dan Penciptaan Ilmu Perisikan kepada ATM dan negara.

Misi.

 Kolej Perisikan ATM menyediakan platform pembelajaran dan latihan perisikan semasa kepada anggota ATM. Selain itu, institusi latihan ini menerajui pembangunan dan penciptaan disiplin perisikan termasuk pengaplikasian sains serta teknologi berdasarkan doktrin perisikan moden, versatile dan unggul. 


Upacara Menurunkan Bendera PULARIS

Objektif Kolej Perisikan ATM

Berasaskan kepada kualiti dan kecemerlangan merangkumi penyediaan kemudahan prasarana dan pengetahuan profesional serta Latihan Perisikan Semasa (LPS) bagi penambahbaikan semua program akademik terencana dan LPS seiring dengan Wawasan BSPP. Kolej Perisikan ATM komited terhadap pengendalian pengajian akademik secara sistematik, cekap dan berkesan berasaskan Piawaian Doktrin Perisikan Bersama BSPP/ATM. Melalui latihan yang dilaksanakan, Kolej Perisikan ATM berupaya menghasilkan operator perisikan yang unggul dan versatile untuk kepelbagaian kepakaran modal insan dalam semua bidang perisikan secara kompetitif sejajar dengan hasratnya untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Perisikan (Centre of Excellence for Intelligence).