Friday, 29 March 2013

GERAKSARAF & PERANGSARAF DALAM TRANSFORMASI RAKYAT



GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur” manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya
.
Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur.

GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).


Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.

Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan.


BARISAN BEKAS JENERAL TENTERA: TAMAK KUASA



Admin merasa agak terkilan dan kecewa dengan tindakan sebilangan kecil barisan bekas jeneral tentera yang kini bersekongkol dan rela diper"Kuda"kan oleh Pakatan Pembangkang (PP). Dimanakah 'Ikrar Kesetiaan'mereka??? Segala dakwaan barisan Jeneral tersebut pula dilihat lebih cenderung kepada unsur tohmahan, fitnah dan pembohongan. Kononnya mereka kini sedang memperjuangkan nasib warga dan bekas tentera.....dulu semasa dalam perkhidmatan kenapa mereka tidak membela nasib dan kebajikan warga tentera......mana mungkin mereka mampu berbuat demikian!!!!???? 


Perjuangan mereka lebih bersifat kepentingan peribadi yang 'tamak kuasa'. Mereka mengharapkan PP mencalonkan mereka sempena PRU 13 yang semakin hampir. Inilah "manusia opportunist" yang sanggup melakukan apa saja demi memenuhi cita-cita peribadi mereka. Barisan bekas Jeneral bukanlah 'authority' untuk bercakap mengenai pengurusan dan sistem perolehan aset pertahanan KEMENTAH/ATM. Inilah juga manusia yang boleh dilabelkan sebagai golongan 'Melayu Mudah Lupa'.


Tidakkah mereka sedar bahawa kerajaan memerintah adalah 'stake holder' mereka dan bukannya Ketua Pembangkang!!! Apabila 'tamak kuasa' menghantui diri, pertimbangan minda berkecelaruan......keputusan bersama PP akibat naluri dan nafsu serakah tidak terkecuali untuk mendapat "habuan" tertentu......inilah nilai maruah diri barisan bekas Jeneral tersebut. Admin berdoa agar warga dan bekas tentera serta rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda mereka.

KEMENTAH/ATM kekal prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera tidak terkecuali kerajaan memerintah yang telah menyalurkan pelbagai inisiatif demi meningkatkan kualiti hidup warga dan bekas tentera termasuk keluarga.


Wednesday, 27 March 2013

PASUKAN KHAS LAUT (PASKAL)


Insignia PASKAL

Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Crest Paskal
Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.

Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas. Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM.

PASKAL dan Kelengkapan Khas
Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.

Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas. Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air.

Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.


LAPORAN POLIS TERHADAP BEKAS PEGAWAI ATM



Badan Bukan Kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia, (JMM) siang tadi membuat laporan polis terhadap dua bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana mendedahkan rahsia ketenteraan serta membuat tohmahan terhadap ATM. Mereka ialah bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim Hussein dan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir Abdul Hamid.


Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang. Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim dituduh mendedahkan rahsia ketenteraan seperti lapisan pertahanan negara dan kandungan aset ketenteraan bagi setiap lapisan pertahanan negara ketika berceramah di Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak 15 Mac lalu.


Manakala Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR 13 Mac mendakwa Bahagian Perisikan Pertahanan, BSPP telah hilang kepakaran kerana digunakan untuk operasi politik di samping mendedahkan bahagian dalaman BSPP.


Tindakan laporan polis yang dibuat tidak mengejutkan malahan sudah menjangka ramai bekas tentera tidak berpuas hati dengan kenyataan pak-pak jeneral kitar semula tunggangan pembangkang. Pakatan Jeneral expired tersebut sanggup menggadaikan maruah dan  mengingkari janji taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong dengan membocorkan rahsia-rahsia Angkatan Tentera Malaysia.