Followers

Friday, 13 April 2012

MANJUNG MARI LARI PAKAI CAWAT....HABIH KENA LONDEH

Malulah sikit kat ketayap tu Manjung Mari

Mafflah sebab tajuknya berbaur 18XXX, tapi tak ada kaitannya dengan XXX pon. Terkedu NTB bila lawat blog sahabat Taiping Mali melondehkan Saudara Mat Desa aka Manjung Mari sampai beliau terpaksa pakai cawat. Bukanlah niat nak memalukan dia tapi, itulah kata orang tua-tua, jangan terlalu berniat nak menghina orang, membuat tohmahan membabi buta, menghina tempat kita cari rezeki, nanti Allah Taala balas balik naya kita, jaga ADAB TUTUR KATA, jangan main serbu saja.

Akibat KECELUPARAN mulutnya Mat Desa dicari, tak caya baca artikel ini. Dia juga rupanya sakit hati dengan MB PERAK, tak caya baca ni. Hati manusia seperti Manjung Mari ni agaknya bila nak berubah. Cakap bukan main berdekah-dekah, berjuanglah hapalah, tapi itu semua auta, bohong. Tu lah Den dah kobaan, ekau jangan main sorkap jarang, kan terdodah ruponyo kau ni KAKI PAU orang no satu.Tak dinafikan sebab beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa, sebagai contoh rumah dia, rumah seorang Leading Pencen..handa ko bhai.
Mano nak lotak muko tu bhai

Manjung Mari tak malu ke lepas satu-satu keburukan awak didedahkan. Mana nak letak muka kita. Cukup-cukuplah Cik Mat Desa, jaga aib diri sendiri sekarang, jaga aib anak dan isteri, malu Cik Mat..malu, jagalah sikit tutur kata kita, malu kat kopiah tu.

Kemana Hilangnya NTB



Salam Jumaat, rasanya dah sekian lama NTB tidak bersua di gelanggang ini….Rami juga yang tanya “ kenapa? Lepas kena serang dengan Manjung Mari diam terus ke?”. Subhanallah…tak ada kena mengena dengan Saudara Mat Desa pun. Yang sebenarnya NTB baru balik dari mengerjakan UMRAH, +- dua minggu kat Tanah Suci dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, syukur Alhamdulillah. Tujuan nak cerita ni pun bukanlah bertujuan nak takbur apatah lagi riak, namun untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan.

Walaupun dah kembali ke Malaysia, namun kerinduan masih terhadap Baitullah, Kota Makkah betul-betul buat saya rindu dan teringat semula pengalaman mengerjakan umrah di sana. Rindu bila tengok balik gambar-gambar Al-Haram (masjidil Haram), melihat Kaabah yang jadi kiblat kita semua.  Subhanallah…hebatnya.

Alhamdulilah, berkat usaha kami keluarga menabung dan duit pencen TLDM akhirnya kami diberi rezeki Allah S.W.T untuk ke Mekah mengerjakan umrah. Syukur Alhamdulillah sebab masih dikurniakan kesihatan serta akal yang masih waras. Ikutkan, saya tak pernah terfikir langsung akan dijemput. Saya sedar siapa diri saya. Saya banyak lalai dan tak buat suruhan Allah. Kalau sebelum ni bila tengok Kaabah memang saya cakap dalam hati “agak-agak bilalah aku dapat pegang Kaabah. 

Ini umrah pertama saya. Tak banyak sangat pengalaman pelik-pelik. Mungkin sebab Allah pun tahu, Cuma saya sering dipesan agar jaga kebersihan hati 100% , lupakan Manjung Mari, lupakan tohmahan dia, maksimakan peluang yang ada untuk solat setiap waktu di Mesjid baik di Mekah mahupun Madinah.

Friday, 2 March 2012

PERANG TIOMAN BUKTI KESIAGAAN TLDM


PERANG TIOMAN 1/12
Latihan manuvra
Dewasa ini berbagai pihak yang menggunakan nama Anonimous di laman-laman blog PENABUR FITNAH yang mempertikaikan kewibawaan warga serta kesiagaan Armada TLDM sekiranya berlaku sesebuah konflik. Bagi yang kurang pendedahan mereka sudah tentu akan percaya dengan setiap dakwaan tersebut. Tapi malangnya mereka lupa bahawa Rakyat Malaysia mempunyai akses terhadap Portal TLDM (http://www.navy.mil.my/) dimana mereka diberi laluan untuk menilai sendiri keupayaan ARMADA TLDM serta informasi-informasi berkaitan TLDM menerusinya. 

Latihan Laut merupakan satu aspek kesiagaan Armada TLDM yang dilakukan secara berkala, contoh yang terbaik ialah Perang Pangkor dan Perang Tioman. Warga kapal akan diuji dengan pelbagai bentuk senario serta latihan bagi memantapkan pengetahuan perang serta ilmu navigasi mereka. Bukankah ini bukti bahawa TLDM sentiasa siap siaga?
Latihan Heaving Line
Justeru, janganlah dibuat sesebuah tohmahan tanpa periksa. Propaganda murahan yang dimainkan oleh sesetengah blogger berkaitan TLDM hanya mencerminkan kebodohan BLOGGER ITU SENDIRI.

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM