Followers

Friday, 29 June 2012

HARI TERBUKA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL


Hari Terbuka PHN

TLDM memberi peluang kepada masyarakat umum terutamanya penduduk setempat di sekitar Lembah Klang untuk turut hadir ke Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah, Klang  pada 30 Jun dan 1 Julai 2012 bagi memeriahkan Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional.

National Hydrographic Centre
 
Sambutan diadakan bersempena dengan Hari Hidrografi Sedunia yang disambut pada 21 Jun pada setiap tahun semenjak 2005. Matlamat utama hari terbuka ini adalah untuk memperkenalkan bidang Hidrografi dan peranan PHN kepada masyarakat umum. Pelbagai program telah dirancang bagi menarik minat para pengunjung seperti aktiviti pameran dari beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dalam bidang hidrografi di Malaysia.

Bangunan Pusat Hidrografi Nasional
Para pengunjung awam turut diberi peluang melawat KD PERANTAU dan KD KELANTAN di jeti PHN serta melihat dengan lebih dekat pesawat Super Lynx. Beberapa siri pertandingan seperti futsal dan acara sukaneka turut dibuka kepada golongan dewasa dan juga kanak-kanak.
Jeti KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

Wednesday, 27 June 2012

KERAJAAN BANTU PESARA TENTERA


Ternyata hari ini, pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tenyata menceriakan rata-rata pesara tentera yang memilih berhenti awal dan tidak berdaftar di bawah skim pencen. Kerajaan membelanjakan RM 82 Juta dalam tempoh 3 tahun terakhir kepada 79,000 pesara tentera melalui bantuan secara purata RM 1,000 setiap tahun dalam jangka masa seumur hidup.


Bantuan yang diberikan ini dilihat lebih baik berbanding bayaran one off yang dituntut oleh Ali Tinju yang kononnya memperjuangkan kebajikan bekas tentera. Malah bantuan ini juga lebih baik berbanding bantuan negara maju lain yang hanya memberi bantuan kepada pesara berpencen sahaja.

Akta Veteran Tentera juga akan dikuatkuasakan setelah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menandatanganinya dan memperkenankan akta itu. Tujuan akta ini adalah bertujuan bagi mengkoordinasikan pengagihan bantuan secara adil dan sama rata kepada semua persatuan tentera yang didaftarkan. 


Kepada semua pesara yang tidak berpencen diminta untuk mendaftar sebagai ahli persatuan bekas tentera. Jangan kerana dek kealpaan dan kelalaian diri sendiri, kita menyalahkan kerajaan kerana tidak menjaga kebajikan bekas tentera. Tanggungjawab kerajaan telah dilaksanakan maka tinggal tanggungjawab kita untuk mendaftar sekarang ini..Ayuh kita berdaftar!!!!!!