Followers

Tuesday, 11 September 2012

PENCEMARAN KERAHSIAAN PERTAHANAN NEGARA



ATM merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan umum mengenai aset persenjataan dan juga perihal aset strategik negara. Perkara ini perlu diterima oleh masyarakat kerana perihal aset persenjataan dan aset pertahanan negara bukanlah perkara yang boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada masyarakat umum.

ATM turut sering diasak dengan pelbagai dakwaan fitnah dan persepsi buruk untuk menghentam kerajaan.  Pakatan pembangkang tidak mempedulikan soal keselamatan negara hingga banyak mendesak agar pihak ATM mendedahkan maklumat maklumat sulit yang sensitif. Ianya boleh mencemarkan kerahsiaan pertahanan negara.


DAP melalui YB Tony Pua mempersoalkan perolehan kapal selam Scorpene hingga mendesak agar spesifikasi kapal selam itu didewan rakyat. Apa yang mengejutkan beberapa bulan kemudian pihak Singapura didedahkan telah menandatangani dengan syarikat DCNS untuk membeli 4 buah kapal selam Scorpene. Ini menunjukkan negara jiran kita juga berminat untuk memiliki aset ini kerana kebolehannya. Tiada apa lagi yang boleh dipersoalkan 

Untuk berpolitik pun kita harus tahu hadnya jangan hingga menjejaskan keselamatan negara. Bukankah tindakan beberapa ahli parlimen pakatan seolah membantu dan boleh dikaitkan peranan mereka dengan negara luar yang mahukan maklumat aset keselamatan negara? Janganlah kerana kepentingan politik, kepentingan keselamatan negara dijual. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab.



PHN TENTUKAN SEMPADAN MARITIM NEGARA


Lencana Kepakaran Hidrografi

Sejarah pengukuran hidrografi di perairan Malaysia bermula sejak kurun ke-18 oleh Tentera Laut Diraja British (TLDB).Pengunduran British dari Tanah Melayu telah memberi ruang kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mewujudkan perkhidmatan hidrografinya sendiri tanpa bantuan daripada TLDB. Pada awal 1965, kumpulan pertama pegawai dan anggota hidrografi TLDM telah dihantar menjalani latihan di Australia.


KD Perantau
Penubuhan Cawangan Hidrografi dalam TLDM direalisasikan pada 1969 dan kapal penyapu periuk api yang telah diubah suai merupakan aset pertama digunakan sebagai alat pengukuran hidrografi. Pada 31 Oktober 1972, TLDM dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab melaksanakan pengukuran hidrografi di Malaysia oleh Kabinet.


Sejak itu, pembangunan dan peranan yang dimainkan oleh Cawangan Hidrografi TLDM terus berkembang selaras dengan penglibatan negara dalam Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) pada 1975. Melalui penglibatan tersebut, secara tidak langsung Ketua Pengarah Hidrografi merupakan wakil rasmi kerajaan Malaysia ke persidangan IHO yang diadakan setiap lima tahun.

Ketinnggian air yang diukur oleh hidrografi

Dari segi aset pengukuran, kapal hidrografi pertama iaitu KD Mutiara telah diperoleh pada 1977 bagi meningkatkan keupayaan pengukuran hidrografi TLDM sekali gus membolehkan penerbitan carta nautika yang pertama dibuat pada 1984. Ia diikuti perolehan kapal hidrografi kedua iaitu KD Perantau pada 1998 yang dilengkapi sistem pengukuran terkini dan tercanggih di rantau Asia Tenggara ketika itu. Dalam pada itu, proses penerbitan Carta Pandu Arah Elektronik (ENC) telah mula diterbitkan pada 2000 dan sehingga kini, 103 sel ENC telah diterbitkan untuk pasaran antarabangsa atau kegunaan domestik.

Carta yang dihasilkan oleh PHN

Penubuhan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) secara dasarnya telah dicadangkan di bawah program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (Perista) sejak 1979. Bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu pembangunan PHN hanya dapat dilaksanakan pada 2002 dan siap sepenuhnya pada 2005. Pembangunan PHN dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melibatkan kawasan paya bakau yang ditebus guna seluas 50 hektar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.


Monday, 10 September 2012

PANGKALAN TLDM TAWAU, PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA


Imej Google Earth Pangkalan TLDM Tawau

Kerja-kerja menaik taraf Pangkalan TLDM di Tawau sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan. Menteri Pertahanan berkata, kerja menaik taraf pangkalan yang menelan belanja kira-kira RM 50 Juta berjalan mengikut jadual.

Kawasan konflik

Projek menaiktaraf Pangkalan TLDM Tawau adalah bagi memperagai pangkalan hadapan TLDM di sekitar kawasan pantai Sabah. Keperluan pangkalan ini penting dalam keperluan semasa negara berikutan permasalahan yang timbul daripada tuntutan bertindih di beberapa kawasan berhampiran seperti Batuan Unarang.

Menara Suar NKRI di Ambalat

Atas nama kedaulatan negara, TLDM harus memastikan kedaulatan sempadan negara dipertahankan tanpa adanya sebarang provokasi dari pihak luar mahupun pihak kita sendiri. Sedia Berkorban..

Sedia Berkorban

Friday, 7 September 2012

SEJARAH PENJAJAHAN TANAH MELAYU YANG DISEMBUNYIKAN



Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.

1508: Alfonso de Albuqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) Dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi. Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus ASA…

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,…

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . Seminggu selepas itu….

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: Selamat pagi

Perisik 1: Begini lah Tuan, lupakan saja niat Tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang.

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah Dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu Hang.
Perisik 3: Betoi tu Tuan…antaranya..Hang Sihat, Hang Buat Apa, Hang Apa Khabar, Hang Lagu Mana, Hang Pi Mana, Hang Nak Pi Mana, Hang Kat Mana, Hang Singgah Dulu, Bapak Hang, Mak Hang, Adik Hang, Tok Hang dan macam macam lagi Hang Ada Kat Sana…..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri. Ini kan pula nak berhadapan beribu ribu Hang kat situ. itulah sebabnya, Kedah, dan negeri-negeri utara tidak ditawan oleh Potugis...~~