Followers

Tuesday, 14 February 2012

70 TAHUN PERGINYA LT ADNAN


Pengorbananmu tidak akan dilupa

Paparan ini tiada kena-mengena dengan TLDM. Namun Navy The Best berpendapat tidak salah kalau dipaparkan artikel ini sebagai menghargai pengorbanan jasa wira Negara. Tanggal 14 Febuari sering dikaitkan dengan Hari Mengingati Kekasih atau lebih sinonim dengan Valentine Day. Namun jarang yang ambil tahu bahawatanggal 14 Febuari juga adalah tarikh keramat dimana tahun ini genaplah 70 syahidnya Leftenan Adnan di Bukit Chandu, Singapura.

Al Fatihah kepada Allahyarham Leftenan Adnan Saidi yang maut dalam menjaga kedaulatan Negara di tangan Jepun. Sebagai anak watan yang masih wujud, ayuh kita ambil semangat juang beliau untuk menentang musuh negara baik dalam apa jua landasan tidak lain DEMI UNTUK MEMPERTAHAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. 

Navy The Best

Jasa Navy People Dihargai



Anak-anak kapal adalah segala-galanya bagi sebuah kapal dan tidak dapat lari ‘CO’ yang sering digelar sebagai Old Man adalah bapanya. Pertalian antara mereka cukup akrab, walaupun berlainan bangsa dan anutan, namun mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Sebagai seorang bapa, tentunya beliau akan memberi sedikit perhargaan kepada anak-anak yang berjaya dalam hidup sebagai contoh peperiksaan, konsep ini sebagai pemangkin kepada anak-anak yang lain untuk turut sama maju dan berjaya dalam hidup. Dalam memenuhi tuntutan tersebut, KD MAHAWANGSA telah mengambil langkah yang sama dengan menghargai anak-anak kapalnya melalui konsep Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik KD MAHAWANGSA. 2012 adalah langkah baru bagi KD MAHAWANGSA untuk merealisasikan aktiviti tersebut sekaligus sebagai pembuka tirai untuk aktiviti kualiti kapal.

Dua warga KD MAHANGSA iaitu 820330 BM PAP (AT) Ramli bin Sendet dan 828985 P/LK TLS Mohd Hafiz bin AB Razak telah dinobatkan sebagai Pemenang Bintara dan Laskar Terbaik KD MAHAWANGSA. Sekalung tahniah dari Navy The Best untuk kedua-dua navy people dan diharapkan konsep ini akan menjadi pemangkin untuk warga navy people yang selebihnya untuk terus maju dan berusaha bersungguh demi mengharumkan imej dan nama baik unit amnya dan TLDM khasnya.


Navy The Best


Sumber: Portal TLDM

EKS MILAN 2012 ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI TENTERA LAUT




Mengikuti sesebuah latihan di laut merupakan cabaran bagi setiap warga seaman kerana menerusinya kecekapan, pengetahuan, skill akan dapat dinilai. Namun itu semua tidak menjadi halangan bagi Pemerintah dan warga KD SELANGOR yang terpilih untuk menyertai MILAN 2012 di Port Blair, India. Pelayaran yang bermula pada 30 Jan dan diduga dengan lambaian gelombang benar-benar menguji ketabahan warga kapal. Namun berteraskan ‘Imej TLDM Didahulukan dan Kredibiliti KD SELANGOR Diutamakan’, tiada halangan yang mampu menggugat mereka. Ketibaan di jeti Port Blair, India pada 1 Feb sekali lagi merangsang semangat juang yang telah tersemai apabila disambut meriah oleh kumpulan pancaragam dan navy children school. 

MILAN merupakan aktiviti dua tahun sekali yang berorientasikan menyemai hubungan persahabatan antara lautan melalui aktiviti kerja, sukan dan sosial. Selain KD SELANGOR (Malaysia), turut serta ialah negara sahabat lain seperti Brunei, Indonesia, Australia, Bangladesh, Maldives, Mauritius, Myanmar, New Zealand, Filipina, Seychelles, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. 
CO khusyuk..
Resepsi kapal pada malam 1 Feb merupakan pembuka tirai bagi warga Port Blair mengenali KD SELANGOR. Acara diteruskan dengan perlawanan bola sepak menentang Indonesia dan Bangladesh.  Walau bagaimanapun, KD SELANGOR terpaksa berputih mata di peringkat semi-final. Krew kapal turut menyertai sukaneka yang diadakan di MILAN Ground.

Selain itu, KD SELANGOR turut dibuka untuk lawatan dengan jumlah sebanyak 1760 pelawat dalam masa lima jam. Ternyata kehadiran aset bongsu TLDM mampu menarik minat negara sahabat dan warga Port Blair tanpa mengira cuaca yang panas dan kering pada waktu tersebut. Bagi aktiviti sosial pula, MILAN 2012 melaksanakan pelbagai aktiviti seperti malam kebudayaan yang menyaksikan setiap negara memperkenalkan makanan dan kebudayaan kepada negara sahabat disamping beramah mesra tanpa mengira bangsa dan warna kulit.  Manakala, majlis beach party dilaksanakan di Coconut Groove bagi meraikan anggota dari setiap negara manakala pegawai diraikan pada malam mesra di Ross Island.
Opp...hati-hati
Panglima Markas Wilayah Laut 3 iaitu Laksamana Pertama Dato’ Mior Rosdi bin Dato’ Mior Mohd Jaafar bersama Pegawai Memerintah KD SELANGOR, Kdr Azhar bin Baharum turut terlibat dengan beberapa seminar, table talk dan perbincangan sepanjang berada di Port Blair. Acara kemuncak MILAN 2012 adalah city parade yang membariskan kontijen dari Angkatan Tentera India iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara bersama kontijen negara sahabat yang lain. Acara yang penuh warna warni ini turut dihiasi oleh kumpulan pancaragam Polis Andaman dan Nicobar serta Tentera Darat dan Tentera Laut India.

Setelah lima hari berkampung mengabadikan pengalaman dan kenangan, tanggal 6 Feb KD SELANGOR belayar meninggalkan Port Blair dan menyertai PASSEX bersama KDB Darulaman ke Pelabuhan Lumut. 

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

Monday, 13 February 2012

Kdr Nur Mahani Inspirasi Warga Wanita TLDM


Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak pernah dihalang malah digalakkan oleh kepimpinan tertinggi TLDM. Kenalkah kita semua dengan seorang pegawai wanita pertama berketurunan Orang Asli di dalam TLDM. 
Kdr Nur Mahani

Komander Nur Mahani Che Mat TLDM merupakan wanita pertama dalam ATM yang menerima pembiayaan penuh menyambung pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Kewangan di Universiti Wollonggong, Sydney, Australia. Beliau bakal mengikut jejak langkah suaminya, Komander Nur Azmel Awaludin, 40, yang turut melanjutkan pengajian di universiti sama dalam bidang Polisi Maritim. Inilah bukti kepada warga TLDM yang lain bahawa TLDM menganjurkan warganya untuk terus maju kehadapan, bak kata pepatah "Di mana ada usaha, disitu ada jalan".

Kdr mahani yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyifatkan tawaran tersebut sebagai cabaran kepadanya sebagai seorang isteri, ibu dan anggota TLDM.

"Saya berterima kasih kepada TLDM kerana memberi peluang kepada saya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan sudi memberi pembiayaan penuh dalam usaha saya mendapatkan Ijazah Sarjana. Walaupun gembira dengan tawaran serta pembiayaan tersebut, saya sedar cabaran yang menanti selepas ini lebih besar kerana saya memikul beban banyak pihak yang ingin melihat saya berjaya selain perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan pelajaran. Bagaimanapun, saya tidak mahu ia menjadi batu penghalang untuk mencapai kejayaan. Saya akan pastikan, saya pulang dengan segulung Ijazah Sarjana serta merealisasikan hasrat kepimpinan tertinggi TLDM."

Asisten Ketua Staf (Sumber Manusia), Laksma Yaakub Husin menyifatkan pemberian pembiayaan itu kepada Nur Mahani sebagai titik tolak kepada perkembangan karier warga wanita dalam TLDM dan ATM. Menurut Laksma Yaakub; "Kami memilih Nur Mahani kerana beliau merupakan seorang anggota yang memberi komitmen tinggi sewaktu menjalankan tugas, berdisiplin serta mempunyai rekod bersih. Kami berharap Nur Mahani akan menjadi sumber inspirasi kepada anggota wanita lain. Kami juga berdoa dan berharap beliau pulang dengan kejayaan."

Syabas oleh Navy The Best

Friday, 10 February 2012

Kebajikan Anggota dan Keluarga ATM Terus Terbela


Panglima Angkatan Tentera
Lawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Pangkalan TLDM Lumut merupakan lawatan beliau yang pertama ke sana..Beliau disambut oleh 1,000 orang pegawai dan anggota TLDM.

"ATM akan terus memastikan kebajikan anggota serta keluarga dalam ketiga-tiga perkhidmatan tentera terus dijaga dan dibela. Beliau berkata, tanggungjawab itu turut dipikul semua pegawai atasan bagi memastikan kebajikan semua anggota di bawah jagaan mereka sentiasa dijaga"

Panglima Angkatan Tentera dan Ketiga-tiga Panglima Perkhidmatan

"Mereka (anggota) adalah modal insan yang penting kepada negara. Secanggih mana sekali pun aset atau peralatan, namun jika modal insan tidak berkualiti, pasukan akan gagal mencapai apa yang ditetapkan."Selain itu, kita juga akan kalah dalam pertempuran disebabkan modal insan yang tidak berkualiti serta lemah," katanya ketika berucap pada Taklimat Ulung Panglima ATM.

Panglima ATM juga menegaskan agar semua  mahu kemudahan perubatan, pelajaran anggota serta keluarga, perumahan dan infrasruktur sentiasa dijaga setiap masa. Beliau turut menyarankan supaya budaya kerja yang diamalkan anggota TLDM dicontohi organisasi lain termasuk Tentera Darat (TD) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

"Hasil lawatan kerja sehari mendapati warga TLDM berjaya mentadbir urus pangkalan dan semua aset dengan baik. Sebagai contoh, kira-kira 5,000 unit rumah kediaman anggota di sini tetap cantik... terpelihara walaupun sudah berusia lebih 30 tahun. Begitu juga dengan aset lain... masih boleh berfungsi dengan baik hasil penyelenggaraan berkala yang dijalankan. Syabas dan tahniah kepada semua anggota," katanya. 

Navy the best mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg Panglima Angkatan Tentera untuk mengunjungi Pangkalan TLDM Lumut. Semoga Tan Sri akan selalu datang lagi ke sana..Fair Wind and Following Sea!!!!



Thursday, 9 February 2012

Bonus 15% Peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)


Hari ini banyak berita baik untuk warga tentera. Baru jer kerajaan umumkan kenaikan pencen pada bekas tentera, LTAT pulak umumkan bonus dan dividen 15% bagi tahun 2011..Tahun lepas dapat 14%....Tahun ni naik lagi..Untung pada semua warga ATM...

"Dividen dan bonus itu merangkumi tujuh peratus dividen biasa, satu peratus bonus dan tujuh peratus bonus khas dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif. Pembayaran bagi dividen dan bonus itu berjumlah RM680.4 juta, yang naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun lalu" 

Bangunan LTAT di Jalan Bukit Bintang

"Pada keseluruhannya, berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, LTAT mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM862.7 juta, meningkat sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada 2010, sekaligus merupakan rekod tertinggi keuntungan LTAT sejak ditubuhkan 39 tahun lepas"  Antara petikan ucapan dari Menteri Pertahanan.

Navy The Best mengucapkan tahniah kepada LTAT atas pencapaian mereka. Harap-harap bonus macam ni sentiasa dikekalkan pada tahun-tahun akan datang. Yang untungnya warga ATM jugak.......
Terima kasih LTAT

Pesara Tentera Dapat Kenaikan Pencen Baru

Kerajaan dah umumkan kenaikan pencen baru pesara tentera naik antara 2.5% hingga 8%. Sedikit sebanyak inisiatif kerajaan dapat membantu pesara tentera yang dalam menaikkan taraf hidup mereka. Kadar pencen baru tentera meliputi seramai 100,300 pesara tentera selaras dengan pembentangan Bajet 2012 berjumlah RM600 juta membabitkan 600,000 pesara kerajaan di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).



Banyak juga inisiatif yang kerajaan bagi pada bekas tentera ni..Senarai macam kat bawah nie!!

  1. Waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak, akan ditentukan berdasarkan pemindahan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan
  2. Pesara tentera akan menerima pencen bulanan minimum lebih tinggi berbanding RM720 yang diterima sebelum ini
  3. Pesara tentera akan menikmati kenaikan pencen sehingga 8 peratus ekoran pelarasan pencen oleh JPA dan JHEV di bawah skim saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012)
  4. Pembayaran  pencen baru tentera akan dilakukan secara berperingkat mulai hujung bulan Februari 2012 ini
  5. 20,000 pesara yang menamatkan perkhidmatan selepas 1 Oktober 2004 yang mana akan menerima bayaran pencen dengan kadar baru itu
  6. Baki 80,300 pesara atau penerima pencen sebelum tarikh itu akan diselaraskan selepas mendapat kelulusan penggunaan jadual gaji baru yang diluluskan di bawah SBPA ATM dan sifir pemindahan gaji oleh JPA
  7. JHEV akan membuat penyelarasan bayaran tunggakan bagi kadar pencen baru yang berkuat kuasa Januari 2012
Alhamdulillah..Terima kasih kepada kerajaan sebab sentiasa perihatin pada kebajikan semua bekas tentera. Jasa dan pengorbanan yang mereka telah curahkan dalam mempertahankan tanah air tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Navy the best harap semua warga ATM dan bekas tentera bersyukur dengan keprihatinan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan warganya..Thank You So Much n Bravo Zulu....


Thursday, 26 January 2012

BR1M BUKTI KERAJAAN HARGAI WARGA TLDM


Bukti Kerajaan Prihatin
Warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut berterima kasih kepada kerajaan yang memperkenalkan bantuan itu dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.
Kecerian yang terpapar pada wajah warga TLDM

Semua anggota yang menerima bantuan berasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, En Azri jaafar yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di D20 KD MALAYA. Sebanyak RM 235,500 nilai baucer telah disampaikan kepada anggota tentera terlibat.
Jangan joli ye..
Turut hadir Pegawai Memerintah KD MALAYA iaitu Kepten Khairuddin bin Mohd Ariff TLDM bersama Pegawai Daerah Manjung, En Ahmad Fitri Muhassim.

Seluruh warga TLDM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan mereka kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia di atas sumbangan tersebut.
Inisiatif Mohd Jal Jaapar harus diteladani
“Bantuan yang diberikan ini akan digunakan bagi keperluan keluarga dan selebihnya disimpan untuk keperluan di masa hadapan,” kata Mohd Jal Jaapar, dari 96, Hospital Angkatan Tentera (HAT), penerima BR1M di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.
Masdan Hamidun 
Masdan Hamidun, dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, dekat Seri Iskandar berkata, beliau berharap bantuan BR1M tersebut dapat diteruskan di masa depan bagi menampung kenaikan barangan keperluan seharian.
Qrill Mubara Dolhan "Terima Kasih PM."
 Qrill Mubara Dolhan, berkata wang RM500 yang diterimanya itu akan digunakan untuk membuka akaun simpanan di bank buat anak beliau. “Ianya akan ditabung bagi keperluan persekolkahan anak di masa hadapan,” katanya yang berasal dari Serian, Sarawak.

Navy The Best