Followers

Wednesday, 7 November 2012

ADAKAH PEMIKIRAN KITA SUDAH MAJU


Aset kebanggaan TLDM
Rentetan daripada artikel yang NTB keluarkan baru-baru ini berhubung perolehan asset strategik negara Scorpene dan posting yang dibuat menerusi laman social Kelab RMN Best…sedikit sebanyak telah menjadi medan pertempuran pendapat di kalangan pengunjung…

Berdiskusi secara ilmiah sememangnya dituntut namun apabila dicampur aduk dengan emosi maka seringkali mesej yang ingin disampaikan tidak akan kesampaian dan lebih mengecewakan ia akan hanya mengundang perbalahan dan kemarahan pelbagai pihak…NTB amat sedih apabila membaca komentar yang diberikan kerana tiada satu pun yang bersifat ilmiah melainkan bersifat provokasi…
NTB membaca berulang kali apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut..adakah terdapat sebarang cacat-cela mahupun kenyataan yang tidak benar dari beliau…pelbagai kaedah analisis digunakan…namun secara jujur dan professional NTB katakan tiada satu kenyatan YBhg PTL yang tidak boleh difahami..semuanya jelas…namun NTB terpaksa terima hakikat bahawa terdapat segelintir blogger dan pihak-pihak yang berkepentingan serta rendah martabatnya…tidak tahu menilai sesebuah maklumat…apa yang mereka tahu hanyalah mendustakan kenyataan serta MEMANIPULASIKAN kenyataan orang lain demi kepentingan politik peribadi mereka.Dalam aspek ini NTB sering tertanya..sampai bilakah kita harus bersikap begini dan sampai bilakah pemikiran orang kita akan terperosok di bawah tempurung????

Navy The Best

Sunday, 4 November 2012

SCORPENE TINGKAT KEGAGAHAN TLDM KAWAL SAMUDERA NEGARA



Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memasuki era baharu pada 2002 apabila ia memperoleh dua kapal selam Scorpene buatan Perancis berharga RM 3.4 bilion untuk meningkatkan kemampuannya melindungi kedaulatan perairan negara.

Menurut TLDM, langkah penting itu diambil untuk mengelak berulangnya “episode 1511” apabila armada Portugis menyerang dan menawan bandar pelabuhan Melaka, yang ketika itu terkenal sebagai pusat perdagangan utama di Asia Tenggara.

Menurut Sejarah Melayu, setelah tiga hari menerima tentangan hebat daripada bala tentera kerajaan Melaka, tentera Portugis akhirnya berjaya menawan jambatan Sungai Melaka dan seterusnya menguasai bandar bersejarah itu.

Walaupun perajurit Melaka berjuang bermati-matian untuk mempertahan tanah air mereka daripada dijajah, namun kekurangan dari segi peralatan senjata memaksa mereka untuk menerima kekalahan.

Berbanding perajurit Melaka yang hanya bergantung pada keberanian dan senjata tradisional seperti keris dan lembing, tentera Portugis dilengkapi peralatan lebih moden termasuk senapang dan meriam, yang mampu membunuh dari jauh.

Selepas Portugis, Melaka dijajah Belanda pada 1644, sebelum jatuh pula ke tangan British berikutan perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani di London pada 1824.

KAPAL SELAM

Sejarah hitam yang dialami Melaka itu membuktikan betapa pentingnya sektor pertahanan negara sentiasa diperkasa dan dilengkapi peralatan moden untuk membolehkannya menghadapi sebarang kemungkinan.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata kehadiran dua kapal selam tersebut membantu meningkatkan kekuatan pertahanan negara dalam memelihara kedaulatan perairan Malaysia daripada ancaman musuh.

Bercakap kepada wartawan yang menyertai program kunjungan media ke pangkalan TLDM di sini baru-baru ini, Abdul Aziz berkata walaupun  pemerolehan dua aset penting pertahanan negara itu mendapat reaksi negatif daripada sesetengah pihak, namun beliau yakin dengan kemampuan dua kapal selam itu dalam melindungi kedaulatan Malaysia.

TAN SRI ABDUL AZIZ JAAFAR DILANTIK SEBAGAI PANGLIMA TLDM.

Kapal selam berkenaan, yang masing-masing mengambil sempena nama dua bekas perdana menteri Malaysia, menggunakan kuasa diesel. KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak beroperasi secara ‘stealth’ serta mampu memberi kejutan kepada kapal yang cuba menceroboh perairan negara.

Setiap satu daripadanya, yang mampu membuat serangan dari dalam air ke permukaan laut, membawa 32 anak kapal dan berupaya berada di dalam air selama 45 hari secara berterusan.

PUSAT LATIHAN

Abdul Aziz berkata pangkalan TLDM di sini akan menjadi pusat latihan kapal selam Scorpene pertama dunia apabila kemudahan latihan simulator keduanya berharga kira-kira Euro 27 juta (RM 135 juta) siap untuk beroperasi awal tahun depan.

“India dan Chile telah menyatakan minat mereka untuk menghantar anggota tentera laut mereka menjalani latihan di pangkalan ini.

“Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara pesisir, maka TLDM perlu meningkatkan kemampuannya dari segi Kapal Tempur Pesisir (LCS),” kata beliau sambil menjelaskan bahawa usaha itu merupakan sebahagian daripada rancangan pemodenan Angkatan Tentera Malaysia.
 
(Zon pesisir adalah bahagian laut, tasik atau sungai yang terletak berhampiran pantai. Bagi negara berpantai, zon pesisir menganjur dari tikas air pasang, yang jarang ditenggelami air, hinggalah ke kawasan pinggir pantai yang sentiasa ditenggelami air.)

Selepas Perang Dunia Kedua, Darurat dan Konfrontasi, TLDM melaksanakan pelbagai program pemodenan dan kini dianggap antara angkatan laut paling kuat di Asia Tenggara.

TLDM mempunyai kira-kira 20,000 anggota dan dilengkapi aset paling moden di rantau ini.

Ia mempunyai sebuah pangkalan udara yang dilengkapi dua skuadron helikopter laut. Selain dilengkapi kapal peronda pelbagai kelas, TLDM juga memiliki aset pasukan udara yang terdiri daripada helikopter Agusta Westland Super Lynx 300 dan Eurocopter AS 555 Fennec.

TLDM juga mempunyai sebuah pasukan khas dikenali sebagai “Paskal”.

Sumber: Bernama

Wednesday, 31 October 2012

SURAT SEORANG WARGA MARHAEN KEPADA PM MENGENAI PENYERAHAN TANAH TENTERA DI KOTA BELUD



Dato' Sri.......

Saya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai kenyataan PAT untuk penyerahan tanah askar di Kota Belut (1,020 ekar). pandangan tersebut adalah:

1. Kenapa harus tanah latihan tentera itu diserahkan kepada kerajaan sedangkan tentera perlu mengadakan latihan secara konsiten dan berterusan?. Kalau tanah ini diserahkan, ke mana lagi askar nak buat latihan?. 

2. Adakah Kerajaan negeri bersedia menganti tanah sebegitu luas sedangkan semua tahu tanah adalah terlalu mahal dan `scarce'?.

3. Kenapa tanah itu tidak dibangunkan untuk menjaga kebajikan anggota tentera yang sedang bertugas mahupun yang telah bersara?. Tanah itu lebih baik dibangunkan untuk membina rumah kepada anggota tentera dan bekas pesara dan dijual dengan harga murah.

4. dalam keadaan sekarang, PBTM tidak lagi mampu memberi kebajikan kepada bekas pesara?

5. Langkah ini akan memberi kesan besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan yang dilihat tidak memberi perhatian kepada ATM secara keseluruhannya khususnya menjelang PRU13. Ditakuti pembangkang akan mengeksploitasi isu ini bagi kepentingan mereka.

6. Keadaan ATM telah `berubah' tidak sepertimana ketika Dato Sri dulu. Tolonglah Dato Sri bantu anggota tentera.

**Apakah pandangan tuan/puan mengenai isu ini. Wajarkah tindakan yang dilakukan oleh ATM merupakan tindakan yang bijak atau sebaliknya. 

# Artikel mengenai penyerahan tanah askar boleh lihat sini.


Monday, 22 October 2012

PESARA ATM DIMOHON DAFTAR PERSATUAN BEKAS TENTERA



Pesara TLDM dimohon untuk  mendaftarkan diri dengan persatuan Bekas Pegawai TLDM atau Persatuan Bekas TLDM di negeri masing-masing bagi memastikan kehidupan mereka terus terbela meskipun selepas bersara. Persatuan terbabit akan menjaga kebajikan anggotanya dengan menyalurkan maklumat terkini pasukan selain merapatkan hubungan antara pesara dan warga TLDM melalui aktiviti anjuranya.

Pesara TLDM yang diraikan
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyeru agar pesara TLDM terus mengemukakan cadangan, komen dan idea bernas bagi penambahbaikan pasukan. Ini kerana di sebalik kecanggihan sistem dan peralatan yang diperolehi TLDM sejak 78 tahun kegemilangannya, aset utama yang menjadi penentu kejayaan ialah sumber manusia. Beliau berucap semasa Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai bekas anggota dan pegawai TLDM yang telah meninggalkan perkhidmatan.



Kejayaan TLDM tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa hasil kerja dan komitmen yang diusahakan secara kolektif oleh warga TLDM. Pengalaman pesara TLDM dapat dikongsikan dan melalui pendekatan yang relevan serta boleh diguna pakai bagi membantu melonjakkan TLDM ke tahap yang lebih baik.