Followers

Monday, 31 October 2011

TLDM & APMM Buktikan Kemampuan

KD LEKIU siap konar baring
Gabungan mantap TLDM dan APMM sekali lagi mengharumkan nama Negara apabila berjaya menyelamatkan kapal MT NAUTICA JOHOR BAHRU dan kru yang dirampas di posisi 60 batu nautika Timur Tanjung Gelang, Kuantan pada pagi 28 Okt 2011. Kapal kepunyaan Syarikat dari Malaysia itu telah dilaporkan dirampas pada jam 9.20 pagi.  Menerusi operasi bersama tersebut, kira-kira jam 3.20 petang, kapal yang dirampas tersebut telah dijumpai oleh pesawat helikopter APMM di posisi 85 batu nautika Timur Pekan, Pahang, sedang bergerak keluar perairan negara. Pesawat APMM juga telah memaklumkan bahawa kapal MT NAUTICA JOHOR BAHRU telah ditukar namanya kepada MT ICAJO oleh kumpulan perampas tersebut. 
MT Nautika
Kapal TLDM dan pesawat helikopter Super Lynk TLDM telah dimaklum posisi terbaru ini untuk dipintas seterusnya.  Bagaimanapun, kapal yang dirampas telah dibawa memasuki perairan ZEE RI sehingga mendekati Kepulauan Anambas. Apabila MT NAUTICA JOHOR BAHRU ditemui oleh KD LEKIU kapal telah berada 29 batu nautika dalam sempadan perairan ZEE RI.  Kapal tersebut enggan berhenti apabila diarahkan kapal TLDM malah meneruskan pergerakan mendekati Pulau Anambas. APMM telah menghubungi BAKORKAMLA untuk memaklumkan insiden ini dan memohon kelulusan operasi “kejar buru”(hot pursuit) di perairan Indonesia. Kelulusan telah diberikan dalam masa yang singkat oleh BAKORKAMLA.Kejayaan menumpaskan kes rampasan ini dan seterusnya menyelamatkan kapal MT NAUTICA JOHOR BAHRU menunjukkan keupayaan yang efektif  APMM dan TLDM, agensi yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan perairan negara.  Kerjasama yang diberikan dalam masa yang singkat oleh BAKORKAMLA juga telah membantu menangani ancaman kegiatan haram ini. Adalah diharapkan kerjasama yang erat ini dapat mencegah perlakuan jenayah dan aktiviti pelanunan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Sunday, 30 October 2011

DOSA SEBAR FITNAH-Part 2


Masih belum terlambat untuk Harakah

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.
Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.
Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Navy The Best

Saturday, 29 October 2011

DOSA SEBAR FITNAH-Part 1


HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.
Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.
Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim).

Navy The Best

Friday, 28 October 2011

DEFINASI ORANG BERAKAL

Nilah masalahnya...

Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian. Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia sememangnya tidak berakal. Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.
Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat. Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.



Navy The Best

Thursday, 27 October 2011

DAKWAAN HARAKAH TANPA USUL PERIKSA

Jampi serapah amalan khurafat
Kelak di akhirat azab ditanggung
Janganlah dituduh tanpa siasat
Kelak malu tiada tertanggung

Alangkah terkejutnya apabila menerusi Harakah Daily sebuah akhbar berkonsep perjuangan Islam membuat tuduhan tanpa usul (klik disini). Pada kefahaman NavyTheBest, menerusi pembacaan dan sedikit pengetahuan mengenai ajaran Islam, sebelum sesuatu tuduhan dibuat, ianya hendaklah disiasat samada usul yang diketengahkan tersebut benar atau satu tohmahan kerana ianya melibatkan aib seseorang mahupun sesebuah organisasi. Mungkin ada hadith atau kitab lain yang dirujuk oleh pihak Harakah, Wallah Huaklam. Namun seandainya cara sebeginilah yang digunakan oleh Harakah dalam memperjuangkan Hudud, maka tidak salahlah apabila banyak pihak yang tidak menyokong perlaksanaan hukum tersebut. Sebagai contoh yang boleh dikaitkan dalam isu ini ialah apabila:
"Abu mendakwa Ahmad mencuri basikal, maka diwawarkan digenap pelusok kampung bahawa Ahmad seorang penjenayah berat kerana mencuri basikal. 
Atas tuduhan tersebut Ahmad dipotong tangannya."
NavyTheBest yakin dakwaan tersebut akan disangkal oleh Harakah kan? Sebab NavyTheBest yakin pihak Harakah akan menyatakan bahawa:
"Dalam perlaksanaan hukum hudud, dakwaan yang dibuat terhadap sidituduh akan disiasat terlebih dahulu sehinggalah terbukti dia melakukannya, barulah perbicaraan dibuat dan seterusnya hukuman akan dijalankan."
Percaya atau tidak itulah jawapan yang akan diberikan. Berbalik kepada tuduhan yang dibuat oleh Saudara Kamarul Nizam bin Kassim (berbaju jingga disebelah kiri Ketua Penerangan Dewan PAS Sabah), persoalan yang wujud ialah kenapa Harakah tidak mengambil inisiatif yang sama, periksa dahulu, siasat dahulu, buat semakan dahulu dengan TLDM, benarkah dakwaan tersebut.....atau adakah cukup sekadar merujuk dengan Kamarul Nizam dan Calon PAS Sitiawan Barat????
Kalau inilah caranya, bukanlah bermakna NavyTheBest menolak aturan Allah Subhanahuwataala, namun hakikat bahawa perlaksanaan sesuatu hukuman yang dibuat oleh pihak PAS dan Harakah terhadap TLDM tidak sebagaimana yang diwawarkan kononnya bersikap telus dan adil. Jelaslah banyak lagi yang perlu Harakah pelajari.

Kepak kepuk kantong berbunyi
Ingatkan syiling rupanya kosong
Bertepuk biarlah mengikut tari 
Kelak disindir mulut terlopong

Navy The Best

Wednesday, 26 October 2011

Pembentukan Identiti Malaysia

Secara umumnya adat didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantungan. Adat mencangkupi cara hidup, tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya., dan ianya bersifat maya. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. 

Dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita perlu memahami akan kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Sebagai sebuah masyarakat yang bersifat majmuk dengan pelbagai aspek latar belakang, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab skepimpinan negara untuk meletakkan mereka di dalam kawah yang sama agar dapat diacu membentuk masyarakat 1Malaysia. 

Namun demikian dengan kegigihan yang telah dipamerkan oleh setiap pemimpin negara, Malaysia telah membuktikan kepada dunia akan kemampuannya untuk berbuat demikian yang sesuatu yang amat dibanggakan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

**PM Najib Sambut Deepavali Bersama Warga Akhbar Makkal Osai klik sini.

Navy The Best.

Tuesday, 25 October 2011

Happy Deepavali To All Indians

 
As all Malaysians look forward to the upcoming festive period, we are once again reminded of the rich diversity that our country proudly supports and nurtures. This festival of light will be all the more special as the seeds of our national transformation efforts really start to emerge. As Indians celebrate this special day in the Hindu calendar, we can look back on a year where we have worked hard and persevered together in our efforts to transform Malaysia.

What is important in this journey towards national transformation is that we are all in this together. Without the full commitment and support of each group, we will simply not achieve our collective ambitions for Malaysia. This is why the Government has always emphasised the need to engage with all Malaysians so that we can really come together to take the nation.

With regards to the Indian community, the Government’s efforts to engage and bring services directly to the people are beginning to show results. The special initiatives that we have undertaken over the last two years are yielding results that have a real and positive impact on Indian families and individuals. This has given us the confidence to further strengthen and widen our efforts so that we may reach all who need us. Our efforts will now expand to include direct initiatives to increase incomes amongst the Indian community. The Government is also committed to realising the full business prowess of the Indian community and will do what it takes to unlock this potential.

In order for us to achieve our vision to comprehensively uplift the community, I need the commitment and the trust of the Indian community to work with me. The hope or nambikeiof each Malaysian Indian is vital towards forging a full and effective partnership between the Government and the community that will ensure a better quality of life for this and coming generations. I also take this opportunity to issue a clarion call to the many professionals and corporate personalities as well as community leaders to work with Government and develop innovative and creative ways to directly and positively change the lives of members of the community.
In ending, I take this opportunity to wish all Malaysian Hindus, Deepavali Vaalthukal and a very happy Deepavali. Let us once again come together and join our friends and celebrate this festival with the hope that it brings the light of happiness and harmony to all Malaysians.

Happy Deepavali.

Navy The Best

Source: http://www.1malaysia.com.my

Monday, 24 October 2011

Renungan Buat Semua

Ada kalanya mendengar lebih berkesan dari bercakap...justeru Navy The Best sajikan suatu hiburan ringan untuk kita hayati bersama.


Navy The Best

Sunday, 23 October 2011

The Best Pangkalan Ever

Teringat cerita seorang rakan ketika makan di sebuah restoran tempoh hari. Katanya beliau teruja dengan Pangkalan TLDM Lumut selaku pangkalan utama TLDM. Beliau yang bersama rombongan sekolah rendahnya amat kagum dengan kebersihannya, susun atur prasarananya. Nama pintu Gerbang ‘Harimau 1’ saja dah buat orang gerun untuk memasukinya. Katanya lagi Pangkalan TLDM Lumut merupakan pangkalan tentera terbaik di Malaysia kerana semuanya wujud, seolah-olah macam satu bandar baru. Pusat membeli-belah, bowling centre, Hospital Angkatan Tentera, taman rekreasi, stadium, padang golf, kedai makan...perghhh pendek kata semuanya ada.


Pintu gerbang utama Pangkalan TLDM Lumut

            Pangkalan TLDM Lumut dibina pada Januari 1973 setelah  HMS Malaya, Woodlands Singapura. Kawasan ini dipilih berdasarkan lokasinya yang strategik bagi membina pangkalan. Sejak daripada tarikh tersebut, pelbagai pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan bagi memantapkan dan meningkatkan keupayaan pangkalan dan armada TLDM. Sistem kawalan keselamatan yang ketat juga dikenakan kepada mana-mana individu yang ingin memasuki pangkalan. Sepanjang lawatan di dalam pangkalan, mereka sentiasa ditemani oleh anggota TLDM bagi mengelakkan individu memasuki kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan masuk oleh orang awam. Bagi lawatan ke kapal pula, semua individu perlu menyerahkan telefon bimbit dan peralatan elektronik lain sebelum memasuki kapal. Ini kerana mereka sangat menitik beratkan keselamatan dan kerahsiaan negara. Begitu juga tahap kebersihan yang dipamerkan oleh setiap warga TLDM. Kapal-kapal diselenggara dan dijaga dengan baik. Setiap ruang di kapal disusun dengan kemas dan teratur. Sikap yang dipamerkan oleh setiap warga TLDM perlu dicontohi oleh setiap masyarakat di negara kita. Walaupun tidak berpeluang mengambil gambar semasa menaiki kapal namun pengalaman menaiki kapal-kapal TLDM amat bermakna dan berharga kepada mereka.


Armada TLDM

So...sebagai navy people kita semua harus bangga dengan pujian tersebut, tak salah kalau Navy The Best katakan bahawa Pangkalan TLDM Lumut sesuai dengan gelarannya “Pangkalan Tentera Yang Paling Cantik Dan Yang Terbaik Dalam ATM”. Terima kasih TLDM dan tahniah kepada navy people.

Navy The Best.

Saturday, 22 October 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

 
Hayatinya menerusi mata hati kita

 Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Navy The Best

Petikan: Sajak Dr. Mahathir Mohamad

Ungkapan Emas


Itu ungkapan Hitler pasal Yahudi. Dia suroh kita fikir, siapa Yahudi tu, macamana mereka gunakan dakyah jahat mereka untuk hancurkan Islam.

Ni lihat pula apa kata Power Rangers kepada KERABAT.


Navy The Best.

Friday, 21 October 2011

KERABAT Buat Hal Lagi

Ini saja layaknya KERABAT
Banyak perkara yang pelik dalam dunia ni, sebab tu ada 7 wonders in the world. Tapi itu tak pelik lagi, yang paling pelik ialah KERABAT. Persatuan yang tek berdaftar dengan mana-mana pertubuhan kononnya nak jaga kebajikan warga ATM


Nih katanya malam ni nak buat ceramah di Seri Manjung, Perak pulak malam ni jam 8 malam. Itu nak jerat puak-puak navy lah tu nampaknya. Yang datang katanya bukan main punya hero, DS Nizar, Nga Kor Ming dan ramai lagi lah untuk berucap. Rentikan lah Yeop, Navy dan Bekas Navy bukannya bodoh dengan dakyah KERABAT tu. Yang pasti malam ni KERABAT akan datang untuk kaut derma, nak bayar penceramah..biasalah tu. Apa korang ingat free ke ceramah DS Nizar dengan Nga Kor Ming tu...kirim salam. Bayar Beb..bayar. Sapa nak bayar?? KERABAT?? rentikan la. toksah dok membohong. Yang bayar pastinya mangsa-mangsa yang beri derma, KERABAT kenyang perut..BURPPPP..


Kepada warga Navy dan Bekas Navy, jangan di layan KERABAT tu. Sebagaimana artikel Navy The Best yang lalu, kenali dulu siapa Presiden dengan Naib Presiden tak bertauliah KERABAT tu, kenapa mereka tetiba saja join PKR, kenapa mereka tubuhkan KERABAT? Dua-dua kaki ngap Bro...Tak caya tanyalah ahli PBATM Cawangan Perak, semua orang kenal sapa depe tu.


CAP AYAM punya persatuan, TAK BERDAFTAR TU BRO.

Join the Navy and See the World


There are many great benefits you will be able to enjoy when you join the Navy. One of the oldest benefits is still one of the benefits which attract a lot of people to join is that you will be able to see the world. This is because the vessels that you will serve on will sail to the corners of the Earth and you will get to stop in many different ports. You will even be able to hook up with lodging at the different Navy bases and other military bases which are under different ensign. This will allow you to see even more great places while you are enlisted in the RMN.

Get the information you need to start your adventure by clicking here!

Another way that you can experience the different cultures is to live in them. This is possible when you are able to live at the different bases around the world. These different bases will allow you to enjoy a life that you have never experienced before. You will get to enjoy great cultures all while you work. Click on the link above to find out even more about the Navy.


Navy The Best.

FENNEC TLDM Buat Jasa Lagi



PDFPrintE-mail
fennec 1











Tentera Laut Diraja Malaysia sekali lagi berjaya membuat 
penerbangan ihsan membawa organ dari Hospital Raja 
Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur pada 
petang 19 Oktober 2011. Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, 
Markas Udara TLDM yang berpangkalan di Lumut telah berjaya 
membawa dua organ penting iaitu berupa jantung dan paru-paru. 
Dua organ ini terbangkan bagi dipindahkan kepada seorang 
penerima yang menunggu di Institut Jantung Negara (IJN), 
Kuala Lumpur. Dalam penerbangan ini, turut bersama ialah dua 
orang pakar jantung dari IJN iaitu Dr. Mohd Ezani Bin Md Taib 
dan Dr. Mohd Nazeri bin Nordin. Penghantaran organ melalui 
penerbangan dibuat mengambil kira jangka hayat organ tersebut 
yang hanya boleh bertahan sekitar empat jam sahaja selepas 
diperolehi dari penderma. Kecekapan TLDM mengatur gerak 
pesawat telah mempercepatkan lagi misi penghantaran organ 
tersebut berbanding penggunaan jalan darat dan telah memastikan 
organ tersebut berjaya sampai ke IJN dalam tempoh yang lebih singkat.

Menurut Puan Jamaliah bte Kario, Penyelia Jururawat 
merangkap Penyelaras Kanan Transplan Kebangsaan, Hospital 
Kuala Lumpur, penggunaan laluan udara membolehkan organ tersebut
dibawa dengan lebih pantas dan prosedur pembedahan pemindahan atau
transplantasi jantung dapat dijalankan segera sebaik sahaja organ tersebut 
tiba. Pesawat FENNEC diterbangkan oleh Juruterbang Leftenan Komander
Sirajuddin bin Kamaruddin TLDM serta dibantu oleh Leftenan Hazrizy bin 
Ramli TLDM telah diterbangkan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh 
pada jam 4.56 petang dan selamat mendarat di padang awam Hospital Kuala 
Lumpur sejam kemudian sebelum dibawa ke IJN.

Untuk rekod, penerbangan ihsan melibatkan pemindahan organ ini merupakan 
yang ketiga dilaksanakan oleh TLDM. Pada Februari 2010, TLDM berjaya 
membantu pemindahan organ jantung dengan menerbangkan organ dari 
penderma di Hospital Pulau Pinang ke IJN. Sementara, pada Disember 2009, 
pesawat TLDM berjaya membuat penerbangan pemindahan organ jantung 
dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam membantu Tan Geek Koon 
yang pada ketika itu berusia 40 tahun memperolehi jantung baru dalam
transplantasi jantung bagi menggantikan dan menamatkan penggunaan jantung 
mekanikalnya.


Navy The Best

Petikan dari Laman Web TLDM (klik sini)

Pasukan Simpanan Imbangi ATM


Semangat anak watan yang harus disegani dan diteladani
Tertarik Navy The Best dengan artikel yang dipaparkan menerusi Utusan Malaysia (klik sini) yang menyentuh keupayaan pertahanan negara. Tidak dinafikan tanggungjawab tersebut tidak seharusnya diletakkan di bahu ATM semata-mata malah ianya juga merupakan tanggungjawab bersama setiap warganegara. Struktur ATM sedia ada walaupun mampu untuk mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta, namun ianya boleh diperkukuhkan menerusi pasukan simpanan yang mampu dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa sekiranya negara menghadapi situasi darurat atau peperangan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Pasukan Simpanan ATM telah memainkan peranan yang signifikan dalam menguatkan keupayaan pertahanan negara. Mereka telah berganding bahu dan bekerjasama dengan angkatan tetap untuk memerangi musuh semasa pengisytiharan darurat serta konfrontasi Indonesia dan Malaysia.
Ia telah terbukti apabila hampir 180,000 sukarelawan tampil mempertahankan negara semasa menghadapi konfrontasi tersebut. Jelaslah bahawa kehadiran pasukan simpanan bukanlah seperti tohmahan sesetengah pihak yang berprasangka buruk mengenai penubuhan pasukan ini.

Ilmu kelautan yang tidak dapat dipisahkan dengan PSSTLDM
Sebagaimana negara lain, pasukan simpanan ATM bertindak sebagai sebuah angkatan yang menggandakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan strategik semasa darurat, membantu operasi keselamatan dalam negeri apabila keadaan memerlukan dan bersedia membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menghadapi bencana alam atau lain-lain kecemasan. Sehingga kini ATM mempunyai seramai 60,000 anggota sukarelawan di seluruh negara yang terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan latar belakang akademik.

Semangat kental sebeginilah yang harus diteladani dan dihargai. Syabas Pasukan Simpanan.

Sedia Berkorban. Navy The Best.