Followers

Wednesday 19 October 2011

Terima Kasih Banyak TLDM

Kita terima kasih banyak sama TLDM

Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Unit Udara TLDM Lumut sekali lagi telah berjaya membuat penerbangan ihsan bagi memindahkan seorang ibu mengandung dari Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ke Hospital Ipoh pada 18 Oktober 11. Dalam penerbangan ini, seorang ibu muda yang sarat mengandung, Muna A/P Rahim berusia 20 tahun mengalami kesakitan di bahagian perut sejak dua hari lalu dan hilang selera makan, diterbangkan dari Pos Gob kira-kira jam 1:40 petang. Beliau yang turut ditemani suami Tony A/L Adik, 29 tahun, dijangka akan bersalin pada bila-bila masa dan memerlukan pemeriksaan segera di hospital.

Permohonan yang dibuat oleh Unit Pengangkutan dan Perhubungan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia kepada Markas Armada telah mendapat kelulusan segera dari kepimpinan TLDM . Pesawat FENNEC yang Cuma mengambil masa 1 jam untuk tiba di Pos Gob, Gua Musang telah selamat membawa pesakit dan mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh pada jam 2:20 petang. Penerbangan ihsan merupakan sebahagian daripada sumbangan TLDM kepada masyarakat selain daripada tugas teras mempertahankan kedaulatan negara. Penerbangan ihsan ini juga telah membuktikan bahawa TLDM sentiasa siaga untuk mengoperasikan aset-asetnya apabila diperlukan.

Tahniah TLDM.

Navy The Best.
Petikan dari Laman Web TLDM.

No comments: