Friday, 28 October 2011

DEFINASI ORANG BERAKAL

Nilah masalahnya...

Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian. Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia sememangnya tidak berakal. Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.
Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat. Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.



Navy The Best

2 comments:

  1. Sapa Mod Navy The Best ni ahh. Salute from Angry Lady Bird. Dalam maksud tu..

    ReplyDelete
  2. VMT Lady Bird atas pujian tersebut. Namun diingatkan bahawa tujuan penubuhan blog ini bukanlah untuk meraih populariti, Navy The Best cuma ingin berkongsi maklumat sekaligus untuk memperjelaskan isu-isu yang dikaitkan dgn TLDM kepada umum.

    ReplyDelete