Wednesday, 26 October 2011

Pembentukan Identiti Malaysia

Secara umumnya adat didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantungan. Adat mencangkupi cara hidup, tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya., dan ianya bersifat maya. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. 

Dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita perlu memahami akan kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Sebagai sebuah masyarakat yang bersifat majmuk dengan pelbagai aspek latar belakang, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab skepimpinan negara untuk meletakkan mereka di dalam kawah yang sama agar dapat diacu membentuk masyarakat 1Malaysia. 

Namun demikian dengan kegigihan yang telah dipamerkan oleh setiap pemimpin negara, Malaysia telah membuktikan kepada dunia akan kemampuannya untuk berbuat demikian yang sesuatu yang amat dibanggakan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

**PM Najib Sambut Deepavali Bersama Warga Akhbar Makkal Osai klik sini.

Navy The Best.

No comments:

Post a Comment