Hebat gerai TLDM.... |
KARNIVAL 1MINDEF yang telah diadakan di Plaza Angsana, Johor Baharu selama empat hari mulai 11-14 November baru-baru ini telah dibanjiri oleh 5000 pengunjung dan semua yang hadir berpuas hati dengan inisiatif tersebut. Karnival tersebut merupakan karnival keempat bagi tahun ini. Karnival 1Mindef memperlihatkan gabungan pameran integriti daripada pasukan berunifom Angkatan Tentera Malaysia (ATM), warga Mindef, Pertubuhan Veteran ATM dan PERHEBAT. Ia membabitkan 30 gerai pameran yang dibuka kepada orang ramai.
Belajar rajin-rajin..nanti bila dah besar masuk navy tau... |
TLDM telah diwakili oleh warga KD SULTAN ISMAIL, telah melaksanakan tugasan yang diberi dengan amat memuaskan dan booth atau gerai TLDM ibarat tapak jual goring pisang panas, tak lekang dari pengunjung yang ingin melihat dengan lebih dekat model kapal-kapal TLDM selain memnyediakan hadiah cenderahati kepada para pengunjung.
Navy The Best
Sumber: Portal TLDM
Aduhhh ni bila dibuatnya ni, kenapalah tak dibuat di Batu Pahat ni, kalau dibuat disini Wak gerenti Wak mampir punya. Tapi tak boleh lama lah nanti bisnis tempe Wak tak jalan. Kalau nak ke Johor tu jauh sangat, proton Wak semput nanti. Mintaklah ye buat kat Batu Pahat nanti, bolehlah Wak kasi try tempe Wak, percuma sebagai promosi, manalah tahukan kalau navy berminat boleh Wak bekalkan. Bisnis kena jaga juga ye tak.
ReplyDelete