Tuesday, 15 November 2011

Milo Suam Blogger CAP AYAM



Rentetan daripada laporan akhbar oleh Utusan Malaysia mengenai hasrat TLDM untuk memiliki kapal 'halimunan', (klik SINI), berpusu-pusu Blogger Picisan (CAP AYAM) Pakatan Rakyat menulis dan mengkritik isu tersebut tanpa usul periksa. Majoritinya dilihat menulis dengan emosi yang tak terkawal, ikut sedap tekan keyboard tanpa melakukan sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Banyak aspek yang perlu dibuat bang oiii, kaji dulu faktor perbandingan harga dan spesifikasi kapal-kapal berkenaan dan apa yang lebih mengjengkelkan ialah blogger-blogger CAP AYAM ni menulis tidak berlandaskan KEWARASAN AKAL dan ditokok tambah oleh komen-komen dari pembaca yang mudah terpengaruh dan sememangnya negatif.
Yang ni namanya kancil..

Yang ni namanya mercedes

Untuk makluman semua Blogger CAP AYAM seperti MiloSuam merupakan pengkut tegar PAKATAN RAKYAT yang sememangnya akan mencari akal untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan jalan yang dia Nampak mudah ialah dengan mengkritik  TLDM sebab rakyat Malaysia tidak berpengetahuan dalam aspek asset maritim. Namun, beliau silap sama sekali, Blogger Milosuam lupa rupanya terdapat warga Malaysia seperti blogger Bidaman yang jelas berjaya mengemukakan fakta dan hujah tepat mengenai spesifikasi kapal-kapal berkenaan dan kelebihannya sekiranya beroperasi di perairan negara. 
Ini kapal perang ke????
Untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tahu serba serbi, Blogger Milosuam tokok lagi satu fitnah berkenaan kapal SGPV yang bakal dibina di Malaysia. Apa yang jelas Blogger Milosuam mempunyai kemampuan berfikir yang AMAT LEMAH apabila membandingkan harga pakej 6 buah SGPV yang akan dibeli Malaysia dengan harga kapal peronda Filipina. Ternyata Milosuam sedang membuat perbandingan harga kereta Kancil dengan Mercedes Mata Belalang.


Navy The Best

5 comments:

  1. Blogger Milosuam udah ngak ada apa-apa untuk bicara.... lho berita ngak benar juga ditulis.. nah sekarang apa lagi yang mahu dikomen? Tulis itu biar benar donk agar sama-sama dapat manfaatnya....

    ReplyDelete
  2. Milosuam takda gula jadi masamla.Dia taktau apa,kutip cerita yg dah bohong,tokok tambah lagi bohong,jadi over bohongla.Orang macam ni kita kena banyak sabar,kita bagi penerangan/bantu pimpin dia ke jln benar.Ini yg dituntut islam kan?

    ReplyDelete
  3. Khabare...wak pun rasa pelik kerana sejak akhir ini ramai juga yang minat dengan navy, baguslah kalau berminat untuk menyertai navy. Tapi wak kurang suka kalau sertainya sekadar untuk menghina tempat yang pernah Wak cari makan dulunya.

    ReplyDelete
  4. Semua Waras dan setuju dng WAK.Depa takan habispunya cari lemah, untuk modal politik.Saya kuatir juga nanti telur ayam pecah sebiji(dikata puluh ribu!)kat gelly sebab laut gelora pun jadi isu pembaziran he heh eh. Navy people kena jaga2la....

    ReplyDelete
  5. Benar pendapat Anon 16:44, banayk perkara yang harus difikirkan dan memerlukan perubahan, namun cadangan serta komentar yang diberi terhadap TLDM biarlah munasabah. Ini tidak main ikut sedap mulut saja, itu yang jadi Cap Ayam tu.

    ReplyDelete