Jangan dok buat kerja gila wehhhh |
Lately kita digemparkan dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 bertemakan "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery. Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Kononnya mereka berhak mendapatkan kebebasan dengan mengamalkan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Dengan bersandarkan kepada prinsip Human Right. Human.
So, Navy The Best nak seru semua warga TLDM agar menolak kempen ini bersandarkan pandangan berikut. Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini. Allah SWT mencipta manusia dengan fitrah bahawa manusia hidup berpasang pasangan lelaki dan perempuan dan perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.
Firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah ar Ruum: ayat 21)
Asas larangan tersebut ialah untuk memelihara fitrah manusia sekaligus mempertahankan tamaddun ummah dari kepincangan sosial dan malapetaka yang bakal menimpa ekoran tercetusnya kemurkaan Allah SWT sebagaimana murkanya Allah SWT ke atas kaum Nabi Luth A.S yang mengamalkan gaya hidup homoseksual.
Letakkan mouse pada huruf E
dibawah,klick dan drag ke huruf U
E ven you can't see Him, GOD is there for U
Budaya gay dan lesbian adalah budaya songsang yang tidak sewajarnya diperjuangkan dan diamalkan oleh ummat manusia amnya dan ummat Islam khasnya. Malah ia sangat bertentangan dengan nilai moral dan fitrah kemanusiaan serta tamaddunnya. Jika budaya ini menjadi amalan bagi manusia selaku penduduk di bumi ini, nescaya suatu ketika kelak akan pupuslah generasi ummat manusia sedang Nabi saw berbangga dengan lahir ummatnya yang ramai.
Sabda Rasulullah saw
تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة
Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak. (Riwayat Imam Ahmad)
Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sedang Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud radhiyallahu 'anhu :
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء
Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Navy The Best
Dari Pencinta Islam
ReplyDeleteInilah rasionalnya Dewan Pemuda PAS menasihati dan menegur pemerintah agar tidak meluluskan penganjuran konsert Elthon John (icon gay tu)di Malaysia sebagai langkah menutup pintu - pintu mungkar yang mengundang kemurkaan Allah swt.
Memang ramai yang kata Elthon John tak akan menyeru rakyat Malaysia meniru gaya hidupnya, tapi bukankah itu satu pengiktirafan yang diberikan kepada beliau menyuburkan budaya gay di Malaysia yang semakin hari semakin menular.
Kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama. Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, aqal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas ticket kebebasan. Sebaliknya manusia mesti hidup berasaskan peraturan - peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan.
Contoh yang paling mudah untuk kita fahami seperti memandu kereta. Sungguh pun kereta itu milik kita yang sah, pula kita telah membayar road tax dan insuransnya, maka atas nama kebebasan lalu kita bebas untuk memandu laju tanpa menghirau peraturan lalulintas. Ini sangat merbahaya terutama pemanduan dengan had kelajuan melampau seperti 160 kmj di selekoh tajam yang bertanda 20 kmj. Awas ! Ini bukan lagi bebas tetapi babas.
Hidop Islam, Hidop PAS.Takbir!!!!
Katanya si Ambiga sokong gila bro aktiviti ni, sah dia dalam kumpulan LGBT, ni lah masanya kerajaan nak tibai Minah Garek ni. Ni aku tengok kerajaan diam saja, apa ke bangang la kerajaan ni. Cuba korang tengok PAS awal-awal lagi dah tepis isu ni, bukanlah maksud aku sokong PAS tapi paling tidak dia cakap, ni aku tengok kerajaan buat dono je...bodoh tol le..
ReplyDeleteDari Pencinta Islam
ReplyDeleteUsah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh pengalaman hidup yang dialami oleh Elthon John sendiri selepas beliau berkahwin dengan kaum sejenis atau pasangan gaynya, keinginan atau naluri mahu memiliki anak tetap menguasai dirinya lalu mendorong beliau mendapatkan anak melalui ibu tumpang. Kan ke bodoh namanya tu.
Setuju Bro Pencinta Islam, sebab ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal.
ReplyDeleteSori lah Beb, gua tak kata Pencinta Islam tu salah dan Anon yang lain tu salah, komen lu orang tu betol kalau bab agamalah, tapi janganlah lu orang dok guna ruang blog ni jadi lapang sasar politik plak kan.
ReplyDeleteDah...malas gua nak bincang pasal tu. Ni gua memang banyak baca pasal isu gay dan pesta dia ni. Gua tak tau la apalah masalah mereka ni, dah hilang akal agaknya. Kepada adik-adik gua dalam navy, lu orang jangan carik pasal join mangkok-mangkok gay ngan lesbian ni. Kat akhirat Nabi tak ngaku lu umat, kat dunia ni hidop lu merasa pasal HIV dan kalau lu carik pasal dalam navy kira tu tempah balak lah. Kena buang dengan keji Beb...mana mak bapak lu orang nak letak muka.
Khabare..Wak pun rasa peliklah, kenapa ya orang dizaman ini buat kelakuan yang tak senonoh. Dulu di kampung Wak ada juga seorang jantan lembut, kesian orang tuanya, asyik kena tegur dengan orang kampung saja. Dalam orang kampung bercakap ada juga yang cuba cari makan, dasar manusia brengset..Tapi Wak tak terlibat saman walaupun bayak kali juga budak tu kenyit mata sama Wak. Tapi Wak saber, Wak masih normal..
ReplyDelete