Hari ini banyak berita baik untuk warga tentera. Baru jer kerajaan umumkan kenaikan pencen pada bekas tentera, LTAT pulak umumkan bonus dan dividen 15% bagi tahun 2011..Tahun lepas dapat 14%....Tahun ni naik lagi..Untung pada semua warga ATM...
"Dividen dan bonus itu merangkumi tujuh peratus dividen biasa, satu peratus bonus dan tujuh peratus bonus khas dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif. Pembayaran bagi dividen dan bonus itu berjumlah RM680.4 juta, yang naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun lalu"
Bangunan LTAT di Jalan Bukit Bintang |
"Pada keseluruhannya, berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, LTAT mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM862.7 juta, meningkat sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada 2010, sekaligus merupakan rekod tertinggi keuntungan LTAT sejak ditubuhkan 39 tahun lepas" Antara petikan ucapan dari Menteri Pertahanan.
Navy The Best mengucapkan tahniah kepada LTAT atas pencapaian mereka. Harap-harap bonus macam ni sentiasa dikekalkan pada tahun-tahun akan datang. Yang untungnya warga ATM jugak.......
Terima kasih LTAT |
Apa yang hebat sangat ni. Kawan baru balik belayar ni. Kira boleh biat keluar lah dividen tu ke camana.
ReplyDelete