Friday, 13 April 2012
Kemana Hilangnya NTB
Salam Jumaat, rasanya dah sekian lama NTB tidak bersua di gelanggang ini….Rami juga yang tanya “ kenapa? Lepas kena serang dengan Manjung Mari diam terus ke?”. Subhanallah…tak ada kena mengena dengan Saudara Mat Desa pun. Yang sebenarnya NTB baru balik dari mengerjakan UMRAH, +- dua minggu kat Tanah Suci dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, syukur Alhamdulillah. Tujuan nak cerita ni pun bukanlah bertujuan nak takbur apatah lagi riak, namun untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan.
Walaupun dah kembali ke Malaysia, namun kerinduan masih terhadap Baitullah, Kota Makkah betul-betul buat saya rindu dan teringat semula pengalaman mengerjakan umrah di sana. Rindu bila tengok balik gambar-gambar Al-Haram (masjidil Haram), melihat Kaabah yang jadi kiblat kita semua. Subhanallah…hebatnya.
Alhamdulilah, berkat usaha kami keluarga menabung dan duit pencen TLDM akhirnya kami diberi rezeki Allah S.W.T untuk ke Mekah mengerjakan umrah. Syukur Alhamdulillah sebab masih dikurniakan kesihatan serta akal yang masih waras. Ikutkan, saya tak pernah terfikir langsung akan dijemput. Saya sedar siapa diri saya. Saya banyak lalai dan tak buat suruhan Allah. Kalau sebelum ni bila tengok Kaabah memang saya cakap dalam hati “agak-agak bilalah aku dapat pegang Kaabah.
Ini umrah pertama saya. Tak banyak sangat pengalaman pelik-pelik. Mungkin sebab Allah pun tahu, Cuma saya sering dipesan agar jaga kebersihan hati 100% , lupakan Manjung Mari, lupakan tohmahan dia, maksimakan peluang yang ada untuk solat setiap waktu di Mesjid baik di Mekah mahupun Madinah.
No comments:
Post a Comment