Thursday, 21 June 2012

MAHKAMAH PERANCIS - SUARAM KANTOI MENIPU LAGI


Kini SUARAM terkantoi lagi, mana ada perbicaraan isu Scorpene di Perancis! Siasatan pihak Perancis akan mengambil masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini. Selama siasatan pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis bukannya SUARAM. 

Muka Penipu dan Kaki Fitnah

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.


Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia. Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.



Hanya SUARAM yang menjadi pencacai pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia. Kerana pilihanraya semakin hampir dan pembangkang ketandusan isu dan terpalit dengan pelbagai dosa dan kelemahan, itu saja!

1 comment:

  1. Salam buat NTB, terima kasih kerana menyedarkan saya betapa Pakatan Rakyat dan SUARAM banyak membohongi saya. Saya dah cuba link yang sauadara beri dalam kenyataan sebelum ini dan memang saya tak jumpa apa-apa yang menyentuh perbicaraan kapal selam. Semoga ramai yang sedar bahawa kita semua ditipu oleh Pakatan Haram Jadah tu.

    ReplyDelete