Tuesday, 19 June 2012

PERGINYA SEORANG PATRIOT


Salam saudara Admin, mohon budi baik Admin untuk menyiarkan artikel ini buat tatapan rakan-rakan seperjuangan diluar sana….

PERGINYA SEORANG PATRIOT


          Tanggal 18 Jun 12 jam 1545H, TLDM digemparkan dengan kehilangan seorang Pegawai PASKAL yang amat disegani. Lt Kdr Samrus Che Dan anak kelahiran Utara tanahair telah pulang mengadap ilahi. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang cahaya mata yang masih kecil serta tidak mengenal erti kehidupan…..

          Sepanjang tempoh berkawan dengan beliau, Arwah merupakan seorang yang cukup ceria, mudah dihampiri dan sering berseloroh dengan loghat utaranya…cukup disenangi ramai. Walaupun seorang anggota pasukan elit TLDM namun beliau tidak pernah angkuh dengan kemampuan yang dimilikinya..itulah hakikat yang ada pada Samrus bin Che Dan atau lebih dikenali dengan panggilan Sam.
           Walau apapun kini semuanya tinggal kenangan dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan apatah lagi 3 tahun dilanyak bersama…. ZAIN DIVISION …itulah yang jadi kebanggaan kami.


          Untuk isteri dan anak-anak Arwah, tabahkanlah hati kalian, redholah dengan kepergiannya….walaupun beliau sudah tidak bersama kita lagi namun ketahuilah bahawa TLDM dan Int 45 bersama kalian. Janganlah kalian jadikan pemergian ini sebagai suatu asbab untuk lemah, bangkitlah..buktikan kepada dunia bahawa darah patriot yang mengalir di tubuh kalian tidak pernah luntur dan tidak gentar untuk mengharungi arus kehidupan.

          Penutup kalam, sama-samalah kita sedekah ALFATIHAH buat arwah semoga beliau ditempatkan dikalangan shuhada dan solehin…amin…

Takziah dari Navy The Best

13 comments:

  1. Eh ini EX CO KD YU kan....Allah..dia ni baik gila bos...memang cool gila. Tak sangka dah tak ada dia, alfatihah buat arwah..amin.

    ReplyDelete
  2. Ni lah Co gua yang paling best, serious tapi praktikal bro. Cool abis wa cakap lu. Semoga Allah Taala tempatkan tuan bersama orang-orang yang soleh, amin.

    ReplyDelete
  3. Kenapa dengan pegawai ni? Apa sebab, accident ke dia.

    ReplyDelete
  4. semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  5. Al fatihah utk beliau.... Semoga Allah merahmari arwah...

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah...Saya cuma pegawai PSSTLDM. Pernah bertemu muka dengan beliau semasa menjalani latihan lanjutan di KD SRI SANDAKAN 2010. Takziah buat keluarga Arwah..

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah utk beliau, smoga rohnya d tmpatkan brsama-sama org yg soleh..aminnn. I bukan PASKAL tpi i pernah brkhidmat brsama arwah d KD SRI SEMPORNA. Seorang yg sentiasa senyum dan peramah tak pernah nak brcakap besar dan angkuh akan statusnya sebagai Pegawai maupun PASKAL. Dalam sedar tak sedar menitis air mata bila menulis ketika ini...Takziah juga buat keluarga arwahh..

    ReplyDelete
  8. Siapa tak sayu dan hiba apabila rakan sepengambilan pergi tanpa diduga. Kami training sama-sama, dari division yg sama, kena lanyak sama, kena hell sama-sama..arwah cukup best dan terbaeek. Semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada, amin.

    ReplyDelete
  9. Salam takziah....semuga rohnya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Kepada kaum keluarga, semuga tabah menghadapi dugaan. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  10. ALLAHYARHAM SEORANG YANG SETIA SBG SAHABAT..,IKHLAS SERTA SUKAR DICARI GANTI..BAPANYA MENINGGAL DITANAH SUCI MAKKATUL MUKARRAMAH SBG SYUHADA KETIKA MENGERJAKAN IBADAH HAJI 3BULAN SETELAH PEMERGIAN ANAKNYA..SANGAT SAYU KETIKA SAYA MENGIMBAS KEMBALI PERKARA YG BERLAKU DIHADAPAN MATA..SUBHANALLAH..SEMOGA KEDUA AYAH DAN ANAK DIRAHMATI ALLAH SWT SERTA DITEMPATKAN BERSAMA SYUHADA & SAHABAT SAHABAT RASULULLAH SAW.. AL-FATIHAH.. CAPTAIN TG ZAMZAIRUL

    ReplyDelete
  11. My ex CO KD YU... al fatihah... Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete