Semalam ada terbaca
dari wall Presiden PBTM yang menyatakan akan ada perhimpunan untuk semua
persatuan bekas tentera yang akan diadakan di Dewan Seroja, Kementah pada 5
July 12 (Khamis) jam 9 Pagi. Dinyatakan dimana wang derma Rayuan Hari Pahlawan
akan diagihkan kepada semua persatuan bekas tentera untuk diagihkan kepada
semua ahlinya dalam menjaga kebajikan pesara oleh Menteri Pertahanan sendiri.
Posting dari Presiden PBTM |
Penulis menyarankan
kepada bekas-bekas tentera yang masih belum mendapat pembelaan atau mempunyai
masalah kebajikan bolehlah untuk hadir ke majlis tersebut. Sekurang-kurangnya
mereka dapat menyuarakan masalah yang dihadapi oleh bekas tentera kepada
Menteri Pertahanan dan pihak yang sepatutnya. Tidak perlulah mereka ini hanya menyalahkan pihak kerajaan
walhal mereka sendiri tidak berusaha untuk membawa masalah mereka kepada orang
yang wajar mereka temui. Pada majlis tersebut juga, pesara boleh menemui JHEV
dan PBTM bagi menyelesaikan kemelut isu kebajikan yang sering dimanipulasikan
oleh orang-orang yang berkepentingan yang cuba menjatuhkan kredibiliti Menteri
Pertahanan dan ATM.
Rakyat Sejahtera, Jasa Pahlawan Dikenang |
Persatuan tumbuh macam cendawan tapi tak berfungsi buat apa wehh...Kalau kau tak caya ko pegi Ipoh kau check sorang ex navy nama Dol Mazi ex KNA..kena stroke..sapa ada lawat..haram persatuan nak pegi..JHEV Ipoh kirim salam lah
ReplyDelete