Monday, 2 July 2012

FUNGSI DAN PERANAN JHEV

Portal Rasmi JHEV

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ditubuhkan bertujuan menguruskan pengagihan manfaat persaraan termasuk pencen dan program kebajikan bagi veteran ATM dan tanggungan mereka yang layak.

Perkhidmatan yang disediakan JHEV
Melalui JHEV, kerajaan menyediakan peruntukan jutaan ringgit setahun untuk menanggung sebahagian besar kos perubatan anggota dan ahli keluarga ATM serta bantuan pendidikan anak-anak mereka selepas menamatkan perkhidmatan.

Fungsi dan Peranan JHEV
Antara keistimewaan veteran ATM berbanding perkhidmatan awam yang lain ialah mempunyai kemudahan rawatan perubatan percuma kepada semua veteran ATM tidak kira yang berpencen dan tidak berpencen.

Misi dan Visi JHEV
Pengorbanan anggota tentera untuk mempertahankan maruah, keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dihargai oleh kerajaan dan rakyat. Sehubungan itu kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarganya semasa bertugas dan selepas tamat perkhidmatan secara berterusan dan berkekalan.


No comments:

Post a Comment