Monday, 16 July 2012

LT KDR (K) DATUK LEE CHONG WEI PSSTLDM

Bravo Zulu Lt Kdr (K) Datuk Lee Chong Wei

Demam EURO 2012 masih lagi terasa bahangnya bagi peminat tegar  bola sepak. Kini demam menjelang Sukan Olimpik London 2012 juga semangkin hampir. Berbagai persiapan dan latihan telah dilaksanakan oleh atlet-atlet negara dalam menghadapi temasya sukan terbesar dunia ini. Bagi jaguh badminton negara, Datuk lee Chong Wei yang sebelum ini telah ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, anugerah tersebut telah memberi dorongan kepadanya dalam menghadapi Sukan Olimpik London 2012.

 
NTB mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas penganugerahan ini dan berharap lebih ramai lagi ahli sukan profesional bagi menyertai badan beruniform seperti PSSTLDM. Penganugerahan pangkat kehormat adalah untuk mengiktiraf peranan sektor awam dan swasta dalam usaha menarik minat lebih ramai golongan profesional. Datuk Lee Chong Wei dipilih berdasarkan kecekalan beliau sebagai pemain perseorangan badminton pertama dunia selama 4 tahun berturut-turut. Ini membuktikan beliau seorang yang begitu tabah dan gigih dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. 

Malaysia Boleh!!!
Semoga Datuk Lee Chong Wei dapat memberikan pingat emas pertama kepada kontinjen Malaysia pada tahun ini..Semoga berjaya.

1 comment:

  1. Akan bertambah mantap Tim Badminton TLDM selepas ini.

    ReplyDelete