Pengorbanan anggota
tentera perlu diberi ganjaran setimpal sama ada ketika mereka masih aktif
berkhidmat atau telah bersara tanpa melupakan anggota keluarga mereka.
Mengingati jasa tentera tidak memadai dengan setahun sekali meletakkan kalungan
bunga di Tugu Negara pada Hari Pahlawan serta mengadakan tahlil di Masjid
Negara.
Tentera berkorban
mempertahankan negara sepanjang masa. Apresiasi lebih bermakna perlu
dilaksanakan, penghargaan lebih setimpal perlu difikirkan atas segala jasa dan
bakti mereka mengenang anggota tentera yang terkorban semasa berjuang
mempertahankan negara. Prinsip dan etika perang di era moden tidak lagi
mengandungi nilai kemanusian dan keadilan.
Dalam memenuhi misi
di peringkat antarabangsa, anggota tentera kita telah mengamalkan disiplin yang
tinggi, memperlihatkan sifat keinsanan yang mulia serta mengharumkan nama
negara. Mereka adalah satria bangsa, mereka adalah wira negara. Malaysia mampu
mencapai tahap kemajuan dalam bidang ketenteraan seperti negara-negara lain.
Malaysia selalu berusaha dan merancang langkah-langkah supaya angkatan tentera
Malaysia sentiasa berdikari dalam bidang-bidang tertentu.
Perebutan Kerusi DUN Pasir Panjang Oleh Pemimpin PAS Kawasan Lumut
ReplyDeletehttp://rasyidzamri.blogspot.com/2012/07/perebutan-kerusi-dun-pasir-panjang-oleh.html
Aduyai.....salah ruangan Bro...tapi untuk tak mengecewakan..artikel wa dah kuarkan
ReplyDelete