Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat tidak menghina anggota keselamatan
seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang
merupakan tonggak kekuatan negara.Sehingga kini ujar beliau, masih terdapat
segelintir rakyat yang tidak sedar pengorbanan anggota keselamatan itu dalam
mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
"Tiada
pengorbanan yang lebih besar daripada kesanggupan mereka mempertaruhkan jiwa
dan nyawa demi kepentingan negara."Bagi rakyat jelata, ada yang tidak
sedar betapa besar peranan pasukan keselamatan ini," katanya.
Beliau berucap pada
majlis penyampaian sumbangan kepada 49 penerima terdiri daripada balu, anak
yatim dan pesakit kronik di dataran pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia. Perdana
Menteri berkata, disebabkan pengorbanan anggota keselamatan itu juga rakyat di
negara ini dapat menjalani kehidupan dengan aman dan selesa tanpa peperangan. "Atas
sebab itulah kita tidak boleh hina anggota keselamatan kerana mereka tonggak
negara dan sebab merekalah negara kita bebas," katanya.
Sape yang dok hina ATM tu keparat namanya, mereka tahu tak tanpa ATM mereka tak leh nak tidor lena, makan dengan kenyang dan beranak pinak macam sekarang. Inilah dasar manusia, bila susah dulu, ATM lah baik, ATM lah penyelamat bangsa, segala-galanya ATM lah...bila dah senang lenang, duduk goyang ponggong...ATm ditarbi nya...kurang jaqqqq
ReplyDelete