Tuesday, 7 August 2012

PAHLAWAN DIBELA KERAJAAN



1.         1 Oktober 2000 : Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV)  ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

2.         1 Januari 2001 : JHEV memulakan operasi dengan objektif mereka membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM. 

3.            Pihak Kerajaan menubuhkan Yayasan Veteren Angkatan Tentera. 

4.      Pihak Kerajaan melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia sentiasa menyalurkan bantuan kepada Kelab ini untuk tujuan kebajikan Pesara Tentera.

5.         Pihak Kerajaan melalui JHEV dan PBTM memberi sokongan penuh kepada pesara-pesara tentera yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, natijahnya ramai pesara tentera yang berjaya bukan sahaja meningkatkan pendapatan diri dan keluarga malah dapat membuka peluang kerjaya kepada orang lain. 

6.         JHEV memberi sokongan kepada pesara tentera melalui: 

a.         Faedah Persaraan
b.         Kerjaya selepas persaraan
c.         Kemudahan Perubatan
d.         Pembangunan Usahawan
e.         Bantuan Kebajikan 
f.          Program Bersama Majikan. 

7.         Bantuan Kebajikan dan Biasiswa juga disalurkan kepada anak-anak Pesara Tentera yang cemerlang dan ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading melalui pelbagai saluran termasuk melalui JHEV, PBTM dan PERHEBAT iaitu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera. 

8.         Tentera Untuk tempoh 3 tahun 2010-2012, Kerajaan telah memberi sumbangan sebanyak RM 82 juta kepada 79,000 pesara-pesara yang tidak berpencen untuk pelbagai perbelanjaan. 

9.         Bantuan -bantuan tidak menjurus kepada pesara sahaja, sebaliknya termasuk keseluruhan ahli keluarga tentera.

10.       Untuk jangka panjang, bantuan sara hidup diberikan RM 3 ribu kebawah juga diberikan di bawah JHEV.

No comments:

Post a Comment