Wednesday, 29 August 2012

PAMERAN KEKEJAMAN PENGGANAS KOMUNIS



Zaman penjajahan komunis di Tanah Melayu

Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan pameran Kekejaman Pengganas Komunis di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong  selama tiga bulan mulai 3 Sept ini sempena program sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55.

Kekejaman Komunis Terhadap Anggota Keselamatan
Pameran dalam bentuk gambar, dokumen, senjata, peralatan dan model ini memaparkan kekejaman pengganas komunis khususnya sewaktu zaman darurat di Tanah Melayu (1948-1960) dan dibuka percuma kepada pengunjung.

Tentera Komunis
Selain itu, satu lagi pameran oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di perkarangan Muzium Negeri selama tiga hari mulai 3 Sept. Katanya pameran ATM ini akan menampilkan 'mock-up' pangkalan tentera dalam hutan, selain kenderaan dan senjata yang digunakan ATM. Forum pengkisahan sejarah semasa zaman darurat akan turut diadakan sempena perasmian pameran Kekejaman Pengganas Komunis ini pada 3 Sept.

NTB menjemput saudara saudari yang berkelapangan untuk hadir mambawa anak dan cucu kita melihat pameran tersebut sambil beraya di rumah sanak saudara di Nogori Sembilan. Sekurang-kurangnya anak cucu kita dapat melihat sendiri kepayahan anggota keselamatan dan pemimpin kita terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini. Semoga mereka menghargai usaha jerit perih mereka yang memperjuangkan kedamaian dan kemerdekaan kita.

Penghormatan kepada Perwira Negara


No comments:

Post a Comment