Friday, 10 August 2012

PENDAPATAN TERTINGGI LTAT RM 859.9 JUTA



Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pendapatan tertinggi pernah dicatatnya sepanjang 39 penubuhan organisasi itu berjumlah RM859.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 naik 14.4 peratus berbanding RM751.5 juta berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi memberangsangkan itu telah membolehkan LTAT membuat pembayaran dividen sebanyak 15 peratus dengan nilai berjumlah RM680.4 juta berbanding 14 peratus atau RM616.3 juta sebelum ini.

Menurut Pengerusi LTAT, Laksamana Tan Sri Anwar Mohd. Nor, rekod keuntungan yang dicapai ini menunjukkan komitmen LTAT dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara berterusan kepada para pencarumnya.

"Berdasarkan kepada keputusan yang amat memberangsang, kami berupaya untuk membayar dividen yang tinggi dan melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial serta kebajikan demi manfaat anggota angkatan tentera serta keluarga mereka," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.


No comments:

Post a Comment