Pelancaran Rumah Contoh RPT Perwira |
Selepas
menjadi negeri pertama menawarkan lebih 7,000 lot kediaman kepada pesara polis
dan tentera pada kadar premium serendah RM500, kerajaan negeri semalam
melancarkan pula projek Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Perwira khas untuk
golongan tersebut.
Menteri Besar,
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyempurnakan majlis perasmian projek serta
rumah contoh RPT Perwira di Mukim Bota yang turut dihadiri kira-kira 2,000
anggota serta pesara polis dan tentera. Bagi projek RPT Perwira di Sungai
Tumboh, sebanyak 800 lot kediaman ditawarkan dan bakal dibina berkonsepkan
banglo dengan harga antara RM75,000 hingga RM195,000.
Terima kasih kerajaan Negeri Perak |
Melalui idea bernas
ini, bekas tentera dan polis akan mendapat kemudahan untuk memiliki rumah
sendiri kerana majoritinya masih ramai lagi yang belum mempunyai kemudahan
berkenaan. Semua kawasan RPT Perwira yang dibangunkan itu akan diberikan kepada
orang awam sebanyak 30 peratus lot perumahan bagi membolehkan mereka bercampur
gaul dengan orang awam.
Seluruh warga bekas tentera dan polis mengucapkan terima kasih di atas
inisiatif yang dilaksanakan ini. Semoga inisiatif ini akan terus menjadi
dorongan kepada semua negeri yang lain bagi mendirikan lot perumahan bagi bekas
anggota keselamatan.
syabas,macamana nak buat permohonan untuk membeli rumah yang di tawarkan ini,dan apakah syarat2 nya..
ReplyDeletemacammana nak buat permohonan untuk membeli rumah yg ditawarkan dan apakah syarat2nya
ReplyDelete