KD Gagah Samudera |
Upacara
Penamaan dan Pelancaran kapal latihan GAGAH SAMUDERA milik Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,
isteri YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd Sijangkang
pada 14 Dis 12.
Ships Dimension |
Pemilihan nama
GAGAH SAMUDERA merupakan kesinambungan dari Kapal Layar Diraja (KLD) TUNAS
SAMUDERA di mana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik
TLDM. Kapal latihan GAGAH SAMUDERA mempunyai spesifikasi 75.9 meter
panjang turut dilengkapi tempat pendaratan helikopter dengan berat 1366 tan
metrik serta mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti atau selama
21 hari di laut sebelum ulang bekal dilaksanakan. Kapal Latihan ini juga
bakal menempatkan 47 orang krew dan mampu menampung seramai 60 pelatih pada
setiap kali pelayaran. Istimewanya, kapal latihan ini turut dilengkapi
sistem kombat, radar, peralatan navigasi dan komunikasi serta senjata jarak
dekat yang bukan sahaja akan dijadikan platform latihan di laut malahan boleh
melaksanakan tugas operasi pada sebilang masa apabila diperlukan.
Ships Description |
Kapal Latihan
GAGAH SAMUDERA telah berjaya di bina dengan usaha sama NGV Tech Sdn Bhd dan
Syarikat Daewoo Shipbuilding Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.
Kejayaan pembinaan kapal ini telah membuktikan bahawa syarikat tempatan juga
berupaya untuk menguasai kemahiran pembinaan kapal yang berteknologi tinggi
serta mampu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membangunkan industri
maritim negara. Dalam pada itu, kehadiran kapal latihan ini juga dilihat
berupaya memperkasakan latihan dan kemahiran serta kecekapan the Navy People dalam mengendalikan operasi armada
TLDM. Latihan di laut yang bakal ditempuhi juga membuktikan bahawa TLDM
sentiasa melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap aset sedia
ada serta mutu kerja the Navy People agar lebih efisyen seiring dengan visi
TLDM iaitu Menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia.
Setelah
penamaan dan pelancaran ini, kapal latihan GAGAH SAMUDERA akan menjalani
kerja-kerja ujian penerimaan di pelabuhan dan di laut serta ujian penembakan
meriam sebelum diserahkan kepada TLDM secara rasmi pada 19 Mei 2013.
Kerja-kerja mengintegrasikan sistem dan ujian sebelum penerimaan kapal
merupakan satu cabaran yang paling getir dan penting kepada tim projek yang
terlibat secara langsung terhadap perolehan kapal latihan ini.
berilah nama yang best sikit kerana takut GAGAH PERKASA bertukar jadi lembut. yang universal sikit nama tu ......
ReplyDeleteSebok je rosmah tu.....
ReplyDeleteBetul wujud rupanya blog pengampu navy rupanya. Tak pe sebab kau nutral aku tak kisah. Cuma mintak kau jelaskan sket, apahal navy ambik si BETINA SUNDAL tu ntuk rasmikan kapal. Dah tak ada warisan kesultanan melayu dah ke. Habaq mai
ReplyDeleteSila ambil perhatian, pelancaran dan pentauliahan ada beza.
ReplyDeletePentauliahan akan memberikan status DIRAJA kepada kapal dan ia dilakukan oleh Permaisuri Agong @ Raja Perempuan mana2 sultan.
Pelancaran adalah menurunkan kapal tu ke air, dan dilakukan oleh isteri mana2 pemimpin tertinggi kerajaan. Jadi dalam isu pelancaran ni, kenalah dahulukan isteri PM.
Harap faham dgn prosedur, jangan main hentam je.
NAVY best bodoh..
ReplyDeletePTL pun bodoh...
KD bermaksud KapalDiRaja.
Pompuan puaka pula dijemput..
punya la sibuk berpolitik..semua perkara nak dipolitikkan..maaf nak cakap ..banggang punya org
ReplyDeletehe3.. tak boleh buat apa dah puak2 ni... nama pun dah pembangang malaysia
ReplyDeletepuak puak lu pula. PUSPAHANAS apa cerita?.
Deletedi manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
jangan buat bodoh kalau dah bodoh