Friday, 25 January 2013

ATM JADIKAN RAFOC MENTOR BAGI TUJUAN PEMANTAPAN PASUKAN



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadikan Persatuan Pegawai-pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC) sebagai mentor bagi memantapkan perkhidmatan pasukan keselamatan itu di negara ini.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata RAFOC memainkan peranan penting berdasarkan pengalaman yang dimiliki mereka sebelum ini meskipun sudah tidak berkhidmat lagi. Pengalaman mereka dalam aspek keselamatan dan sebagainya semasa berkhidmat dahulu dilihat mampu dimanfaatkan anggota pasukan ATM sekarang dan di masa akan datang.

RAFOC sebagai persatuan yang tetap releven dan yakin mampu menyalurkan cadangan bernas serta menyambut baik sebarang pandangan mahupun cadangan dari semasa ke semasa bagi kebaikan ATM sendiri.


Sementara itu, Presiden RAFOC Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth berkata RAFOC sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang pandangan atau pendapat dalam meningkatkan perkhidmatan ATM. “Kita ingin memberikan khidmat dan kudrat kita bagi menolong ATM tidak kira dari aspek pasukan angkatan tentera, kebajikan pegawai-pegawai yang telah bersara mahupun terhadap negara. RAFOC juga sedang berusaha menambah keahlian yang ketika ini hanya seramai 500,” katanya dan menambah usaha itu bagi memastikan suara RAFOC didengari dan lebih diyakini dengan keahlian yang lebih ramai.


Pada forum itu, PAT turut menyampaikan hala tuju dan transformasi ATM pada ketika ini manakala RAFOC mengetengahkan isu perbincangan antaranya berkaitan layanan, kemudahan kesihatan, perubatan, perwarisan pencen dan sebagainya.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment