Seramai
3,000 pesara tentera tidak berpencen bakal menerima bayaran bantuan kewangan
RM1,000, Jumaat ini. Pembayaran One-off itu akan dilancarkan di Bagan
Datoh, Hutan Melintang, Perak yang dijangka akan disempurnakan Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengapa
dilancarkan di Perak?
Mereka
yang bakal memperoleh bantuan kewangan itu veteran tentera tidak berpencen dan
sudah mengemukakan butir diri. Kebanyakan penerima bagi fasa ini menetap di
sekitar Perak. Selepas ini, pemberian bagi fasa seterusnya akan
diperluaskan di lokasi seluruh negara bermula 13 Januari ini.
Pemberian
hanya sekali sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak berpencen itu
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013
pada Oktober lalu. Sehingga kini ada kira-kira 240,000 veteran tentera
tidak berpencen di seluruh negara.
Katanya,
dianggarkan 180,000 daripadanya masih belum mendaftar untuk bantuan
terbabit. Inisiatif kerajaan ini perlu direbut oleh golongan berkenaan
kerana wang yang diterima berupaya membawa manfaat, khususnya dalam meringankan
beban belanja bekas tentera yang tidak mempunyai pendapatan.
Kepada
mereka yang belum memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan ini supaya berbuat
demikian pada majlis berkenaan atau menghubungi pejabat Persatuan Veteran
Tentera Tidak Berpencen (PVTTBM) di talian 06-6015979 atau 06-6015980 atau
019-3187898.
Borang
SVTB1M telah diedarkan di kesemua pejabat JHEV seluruh negara dan 82 Pusat
Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas
anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British
dan Sarawak Rangers.
tq atas maklumat terkini.
ReplyDeleteTapi sampai sekarang ni pun tak masuk lagi
ReplyDelete