Gambar Hiasan - Tentera Kesultanan Sulu |
Media melaporkan pihak polis,
tentera dan pasukan keselamatan maritim sedang menunggu untuk mengusir lebih
100 lelaki bersenjata yang mendakwa merupakan Tentera Kesultanan Sulu yang berada
di Kampung Tanduao di Felda Sahabat 17.
Menurut media Filipina, kumpulan itu
diketuai oleh Putera Mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kira abang, Sultan Jamalul
Kiram III. Kumpulan lelaki bersenjata telah memberitahu media bahawa mereka
akan kekal di pantai timur Sabah, kerana mendakwa ia adalah rumah nenek moyang
mereka. Pemimpin Rajah Muda juga telah dilaporkan berkata kumpulan itu akan
terus berada di situ dan tidak mempunyai niat untuk meninggalkannya sehingga
tuntutan dipenuhi.
Gambar Hiasan - Tentera Wanita MNLF |
Tindakan kumpulan ini dijangka akan
berlarutan sehingga tuntutan mereka dipenuhi namun pihak pasukan keselamatan
telah bersedia untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mendesak kumpulan ini
meninggalkan perairan Sabah dalam keadaan aman. Pendekatan psikologi juga telah
dilaksanakan oleh PDRM terhadap kumpulan tersebut dengan mengepung kedudukan
mereka dengan lebih dekat serta menyekat bekalan makanan mereka. Media di
Filipina juga melaporkan kerajaan Filipina mengecam tindakan kumpulan ini dimana
ia memberi petunjuk kepada penceroboh bahawa kerajaan mereka tidak mahu perkara
ini berlarutan. Tindakan pasukan keselamatan dan kerajaan Filipina dijangka
akan memberi tekanan serta merendahkan moral kumpulan tersebut seterusnya
membolehkan mereka berundur dari Lahad Datu dalam keadaan aman.
Pasukan Keselamatan sentiasa bersedia mengawal kawasan pencerobohan |
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
Hussien turut meminta semua pihak tidak mempolitikkan kejadian pencerobohan di
Lahad Datu kerana ia membabitkan isu keselamatan. Beliau turut mengesahkan
kumpulan itu bukan pengganas dan proses pengusiran sedang dilakukan bagi
membolehkan mereka pulang ke negara asal secepat mungkin. Kerajaan akan
melaksanakan tindakan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini tanpa pertumpahan
darah atau aktiviti kekerasan. Admin berharap agar semua pihak menyokong
tindakan pihak kerajaan disamping mengekalkan keamanan dan keselamatan sejagat
bumi Malaysia ini.
Menteri Dalam Negeri turun ke kawasan krisis bagi memantau perkembangan pengusiran kumpulan tersebut. |
melihat bilangan tentera Filipin yg ramai tu, mmbuatkan org ramai risau.. sya sdri tgok gmbr diorg tu pun takut.. Semoga hal ini dpt diselesaikan secepatnya.. :)
ReplyDeletesemoga pasukan keselamatan kita cekal tabah dan selamat dlm menjalan tugas mempertahankan Sabah ne khususnya lahad datu....Amin !!!
ReplyDeletesemoga seluruh anggota keselamatan kita pulang dengan selamat dan semoga segala masalah dpt di selesaikan dengan baik secepatnya...kesian anggota keselamatan kita..dah lama sgt tglkan anak dan isteri
ReplyDeletekesultanan sulu ni asal salasilah mereka memang ada campuran kesultanan brunei di borneo...cuma rakyat sulu memang pilipin..sejarah dulu dulu lah.......apapun semoga rundingan ini selesai dgn baik dan aman.....dan aku puji ketabahan dan kebijaksanaan anggota pertahanan negara kita dalam menangani situasi begini...tentera kita tetap hebat...jgn risau...pastinya sabah akan aman...
ReplyDeletekalau ada apa2x maklumat terbaru yang anda baca atau terdengar melalui apa2x juga sumber janganlah percaya membuta tuli. blockade yang dilakukan oleh join operasi keselamatan negara kita ini bukan hanya kepungan bagi tujuan sekatan bekalan makanan. banyak benda kita dah sekat. sepatutnya dalam konteks terkini, apa2x gambar, berita terkini hanya akan anda dengari melalui kenyataan rasmi atau berita yang dilepaskan oleh pihak kerajaan untuk mententeramkan pihak awam. terpulang kalau ada yang nak percaya atau tidak. al maklum kalau ada 1oo kepala tak semua berfikiran sama. dah fitrah manusia. yakin dan percayalah pada pihak keselamatan kita.
ReplyDelete