Tuesday, 26 February 2013

PERKEMBANGAN PENCEROBOH DI LAHAD DATU SABAH



PDRM memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Tindakan  undang-undang berkaitan akan digunakan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pasukan keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. Mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara. Pasukan keselamatan akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

Media melaporkan berlaku perbalahan diantara penceroboh sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu namun perkara masih belum dapat dipastikan. PDRM menjelaskan mendengar bunyi tembakan dari kawasan penceroboh namun pengesahan samada tembakan yang dilepaskan ke atas binatang atau amaran dari kumpulan penceroboh masih belum dapat dipastikan.

Media Sabahkini.Net melaporkan maklumat tidak rasmi menyatakan bahawa dua daripada 100 orang penceroboh warga Filipina telah ditembak mati. Kematian mereka bukan disebabkan tembakan pihak berkuasa Malaysia, sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan bekalan makanan dan berselisih pendapat. Kematian dua penceroboh itu akan menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan ruang dan peluang oleh Kerajaan Malaysia. Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Haji Musa dan Majid. Menurut sumber, beliau dan saksi lain mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar kematian dan kecederaan belum dapat disahkan.

BRP Tagbanua AT 296
Media Filipina turut melaporkan Tentera Laut Filipina telah menghantar kapalnya ke perairan Malaysia untuk mengambil penceroboh beredar dari perairan Malaysia. Kapal Tentera Laut Filipina BRP Tagbanua (AT-296), belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perairan Malaysia pada hari ahad yang lalu. Kerajaan Filipina juga menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air. Turut berada di atas  kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, sukarelawan dan petugas perubatan.


Insiden pergaduhan sesama sendiri dan saling berbunuhan dipercayai menyebabkan kumpulan penceroboh ini semakin tertekan. Berkemungkinan mereka juga tertipu dengan dakyah ketua penceroboh tersebut yang mendakwa Sabah adalah milik mereka. Taktik psikologi yang digunakan pasukan keselamatan keatas kumpulan penceroboh kini membuahkan hasil. Admin menjangkakan perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa pertumpahan darah. Amaran kepada kumpulan penceroboh.. Jangan cuba untuk mencabul kedaulatan negara Malaysia.


12 comments:

  1. ya allah smoga semua ni berakhirlah tanpa blaku pkara buruk pd seluruh anggota kselamatan malaysia...

    ReplyDelete
  2. Tindakan tegas perlu diambil, jangan beri muka kepada penceroboh dan juga pendatang asing tanpa izin

    ReplyDelete
  3. Buat survey.. tanya org sabah.. depa nak ke jadi rakyat Sultan Sulu tu? depa nk ke jadi sebahagian rakyat Selatan Filipin? Let the people themselves speak for it.. nk kecoh2 polis sana sini pon xguna.. ok x boss?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HMMM... BETUL TU... KAMI ORG SABAH.. WARGANEGARA MALAYSIA.. BANGSA YANG MERDEKA, KAMI TELAH PENGANG 5 PRINSIP RUKUN NEGARA MALAYSIA.. TIDAK MAHU MENJADI KERAKYATAN FILIPINE... MEREKA DARI DULU HINGGA SEKARANG TAK HABIS-HABIS BUAT KACAU... DAH MENUMPANG NEGARA ORG... SUKA BUAT KACAU... TAK SEDAR DIRI BETUL MEREKA NI... MEREKA NI BUKAN APA... MEREKA PUNYA SISTEM PEMERINTAHAN MEREKA TIDAK TERURUS DENGAN BETULL... MAU AMBIL NEGERI SABAH PLAK YANG SEBAHAGIAN DARIPADA NEGARA MALAYSIA.... MANA BOLEHHHHHHH.... TAPI KAU SULTAN SULU.. YANG BOLEH HANYA BOLEHHHHHHH BELAHHHHHHHHHHHHHHHHHH LAAAAAAA.. BIKIN KACAU NEGARA ORG....

      Delete
    2. betul tu aku pun setuju kata-kata ko tu... bikin panas... sapa mau jadi warga negara piliping.... aku ini org sabah.. warganegara malaysia bah... apa kau pikir kunuk... cilaka ko.. tentera piliping.. tidak tau malu...

      Delete
  4. Betul ke tak gambar2 tu...kalu sekadar hiasan bg tahu..nanti terkeliru...

    ReplyDelete
  5. Kita habiskan sja mereka jgn kasi can..guna skuad sniper

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan guna kekerasan...semua hal boleh dibawa berbincang....jangan kucar-kacirkan tempat kita....

      Delete
  6. Moga anggota kslamatan kta sntiasa d lindungi Alllah SWT dari sbrang musibah...Amin

    ReplyDelete
  7. harap semuanya sudah selesai dan tiada ladi pertumpahan darah berlaku.. aku orang sabah mahukan negara malaysia aman.. kepada perwira-perwira yang masi menjalankan tugas tu aku doakan semoga semuanya selamat dan dilindungi oleh Allah.. kepada yang telah terkorban Al-Fatihah buat mereka.. jihad mempertahankan negara.. balasan syurga.. amin...

    ReplyDelete