Friday, 15 February 2013

POLIS KENAL PASTI KUMPULAN MNLF MENDARAT DI LAHAD DATU



PDRM telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

PDRM mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan. PDRM turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.

3 comments:

  1. Itulah.. Dulu bila isu kemasukan pti ke sabah dipandang enteng oleh kerajaan dan sekarang jumlah mereka dah ramai dan minta demand. .

    Perkara asas imigresen perlu dikuatkuasa untuk kedaulatan negara. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2 banyak pekerja2 kontrak yang sa jumpa rata2 dapat ic di lahat datu ni tapi senang sja mau kesan huruf "R" durg jd "L"

      Delete
  2. nama sahaja navy-the-best tapi penulisan seolah-olah sudah mengiktiraf kumpulan ini!... Navythebest memang pooyoooo!

    ReplyDelete