Saturday, 16 February 2013

SIAPAKAH WARIS SULTAN SULU SEBENAR?



Fakta Utama yang perlu diketahui mengenai susur galur Kesultanan Sulu yang melibatkan Sultan Esmail Dalus Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata yang telah menceroboh masuk Lahad Datu.

Sultan Ismail Dalus Kiram
1. Kesultanan Sulu mempunyai 2 Pewaris yang dipanggil "Pewaris Pertama" (Iaitu keturunan dari zuriat Sultan Azimuddin/Alimuddin-I ibni Sultan Badaruddin-I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi) dan "Pewaris Kedua" (Iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin-I, dari isterinya seorang Puteri anak kepada pemerintah Puak Tidung di Borneo Utara). Kini keturunan "Pewaris Pertama" itu adalah Keluarga Kiram & Keluarga Shakiraullah. Manakala keturunan "Pewaris Kedua" adalah Keluarga Maharajah Adinda. (Kewujudan "2 Pewaris" ini ada dinyatakan dengan adanya 2 lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu, iaitu: Lambang Keris Sundang=Pewaris Pertama & Bujjak/Tombak=Pewaris Kedua).

2. Sistem Protokol Kesultanan Sulu mengkehendaki "Takhta" Kesultanan Sulu "DIGILIRKAN" diantara 2 Pewaris ini (Sepertimana sistem Protokol Kesultanan Perak lama). Ini ada dinyatakan oleh seorang historian, Prof. Dr. Cesar Adib Majul dalam bukunya " Muslims in the Philippines" mukasurat 398-399, yang beliau perolehi dari seorang Pemegang Buku Protokol Kesultanan Sulu yang dipanggil "Kitab Tartib Sulu" dari Datu Sangkula Amir Hussin dari Tawi-Tawi.


3. Keturuanan Waris Kesultanan Sulu adalah dari darah diraja Kesultanan Brunei. Maka dari itu, Kesultanan Brunei (Sultan Mohammmad Hassan-Sultan Brunei ke-9) telah menyerahkan satu "Lambang Pusaka, iaitu belahan Biji benih Coco de mer" yang di Sulu dipanggil "Pulau Janggi" dan di Brunei dikenali sebagai "Sepong/Sepoh Janggi" yang telah diberikan kepada Putera Bongasu baginda yang telah dihantar menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600. Putera Bongsu Baginda itu bernama "Pangiran Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu", dan setelah dilantik menjadi Sultan di Sulu bergelar "Sultan Mawalil-Wasit-I".

Sultan Jamal ul-Kiram US officers foreign Muslims 1899-1901
Maka persoalannya sekarang, "Pewaris Kesultanan Sulu Sebenar" adalah mereka yang telah diamanahkan menyimpan "Lambang Pusaka" tersebut sejak sekian lama. Diantara Keluarga Kiram, Shakiraullah (Pewaris Pertama) dan Keluarga Maharajah Adinda (Pewaris Kedua), barang tersebut hanya diamanahkan disimpan oleh "Pewaris Kedua-Keluarga Maharajah Adinda" dan bukannya Keluarga Kiram ataupun Keluarga Shakiraullah. Ini adalah kerana sebagai bukti kuat yang "Pewaris Kedua" mempunyai HAK juga ke atas Kesultanan Sulu.


Barang "Lambang Pusaka" ini telah dihantar ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama DATU ALIUDDIN BIN DATU SEH pada 1978 dan telah disahkan kebenaranya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu (Mr. Lim Jock Seng, kini Pehin Lim Jock Seng). Maka untuk mengetahui "Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu" ini bolehlah merujuk terus ke Muzium Brunei atau ke Pusat Sejarah Brunei di Bandar Sri Begawan. Kini kebanyakan dari keluarga Maharajah Adinda (Pewaris Kedua) ini berada di Sabah dan kebanyakannya telah menjadi rakyat Malaysia.

28 comments:

  1. salam..
    nak tanya sikit.klu x keberatan,boleh x dedahkn dr mna sumber utk artikel ni.terima kasih

    ReplyDelete
  2. KEBENARAN HANYA BOLEH DIRUJUK MELALUI PUSAT SEJARAH BRUNEI...KERANA PUNCA KESULTANAN DI BORNEO BERASAL DARI KESULTANAN BRUNEI...

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap saya, awal tahun 70an waris sultan sulu datang ke malaysia dan meminta suaka politik.Kedatangan mereka telah di atur oleh datu mustapha.ada sapa2 tau cerita ni....

    ReplyDelete
  4. BANYAK ORANG BOLEH MENGAKU & MENYAMAR SEBAGAI WARIS SULTAN SULU. TAPI APA "BUKTI FIZIKAL" YANG MEREKA ADA. SEKADAR SALASILAH, SEMUA ORANG BOLEH BUAT. MAKA KALAU NAK TAHU "SIAPA WARIS KESULTANAN SULU YANG SEBENARNYA KINI" PERLULAH MERUJUK KE BRUNEI (KE MUZIUM BRUNEI ATAU KE PUSAT SEJARAH BRUNEI) MEREKA ADA REKOD SIAPA PEWARIS SULTAN SULU SEBENARNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn ini, klu kta ingin mengetahui yg sahih siapa kah keturunan atau pewaris sultan sulu yg asli kta boleh rujuk ke muzium d Brunei..sbb setahu saya,sultan jamalul kiram adalah anak kepada sultan Brunei yg dulu,di abad yg ke 16/17..

      Delete
    2. Saya setuju dgn ini, klu kta ingin mengetahui yg sahih siapa kah keturunan atau pewaris sultan sulu yg asli kta boleh rujuk ke muzium d Brunei..sbb setahu saya,sultan jamalul kiram adalah anak kepada sultan Brunei yg dulu,di abad yg ke 16/17..

      Delete
  5. TAMBAHAN PULA, BUKAN SEKADAR "PULAU JANGGI" ITU YANG MENJADI BUKTI. ADA BUKTI LAIN YANG BOLEH MENGESAHKAN KEABSAHAN WARIS SEBENAR SULTAN SULU TERSEBUT, SEPERTI:

    1. KELUARGA TERSEBUT JUGA ADA MENYIMPAN "TANDUK DATU TETENG @ TATING". DI MANA DATU TETENG @ TATING ADALAH PAHLAWAN SULU YANG MENYERANAG PENEMPATAN BRITISH DI PULAU BALAMBANGAN PADA 1775, YANG MANA BELIAU ADALAH MERUPAKAN ANAK-SAUDARA KEPADA SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN (KELUARGA PEWARIS KEDUA-MAHARAJA ADINDA) IBNI SULTAN BADARUDDIN-I, MELALUI IBUNYA PUTERI SULU IBNI SULTAN BADARUDDIN-I. PEWARISAN "TANDUK DATU TETENG @ TATING" DIAMANAHKAN DIBERI KEPADA KELUARGA MAHARAJA ADINDA-PEWARIS KEDUA (*BUKAN KEPADA KELUARGA PEWARIS PERTAMA-KELUARGA KIRAM ATAU KELUARGA SHAKIRAULLAH ATAU KELUARGA KIRAM YANG LAIN) ADALAH KERANA IBU DATU TETENG & SULTAN BANTILAN MUIZUDDIN ADALAH SAUDARA KANDUNG (SEIBU-SEAYAH)(MELALUI ISTERI KEDUA SULTAN BADARUDDIN-I YANG MERUPAKAN SEORANG PUTERI PEMERINTAH KERAJAAN TIDUNG DI NORTH-BORNEO.BARANGAN PUDSAKA INI MASIH WUJUD SEHINGGA KINI & MASIH DALAM SIMPANAN KELUARGA MAHARAJA ADINDA.

    2. ADA MENYIMPAN SURAT PENGESAHAN BUAH PULAU JANGGI OLEH PIHAK MUZIUM BRUNEI YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK MUZIUM BRUNEI PADA 1978.

    UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, IANYA SEBAIKNYA MELALUI BADAN DIRAJA SEPERTI MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU & KESULTANAN BRUNEI.

    ReplyDelete
  6. The whole profile and write up of this episode of who is the Sultan of Sulu only shows the decendants dating back to the 1800's. Should he be the real Sultan of Sulu, then he should come forth and produce the codes to ICJ to authenticate his claim. But there is a forgotten piece of history and that is the heir to the throne is currently in Zamboanga. He has the codes and he comes from the Pulalon family which is dated back to the early 1300's. So now, which is which???

    ReplyDelete
  7. 1. Undenied that recently there's so many Sulu Sultanate heirs from many Sultan of Sulu. Anybody can claim they are the RIGHTS heir. So, to find the TRUE heir, the heir should can prove themselves with any royal physical-symbol's like Pulau Janggi, Horn of Datu Teteng, Sultan costume's or others royal symbols. By just showing their Geneology or Tarsilas, thats was not the strong Evidences, because everybody can proceed & make the Tarsilas. (The best solution to find the Sulu true heir, just better refer to Brunei).

    2. The Sulu royal families never denied the existances of the Kirams, Shakiraullah & The Maharaja Adinda families as the HEIRS to the Sulu Sultanate, But should to understand also the Sulu Sultanate Protocol system or TARTIB of SULU that the Sulu throne should ROTATE among the heirs & should NOT Occupied or Monopolies by One heirs only as the Kirams did for a long times.

    By so long Kirams & Shakiraullah families (First heir-apprents) were occupied & monopolized the Sulu throne, then recently the Sulu throne should SHIFT & GIVEN to the Sulu Sultanate Second heir-apparent (The Maharaja Adinda Families).

    And recently, there was one individual person from Maharaja Adinda family member was mandated sent to Sulu (*As Maharaja Adinda Ambasador) to REUNITE the Sulu peoples & to giving explaination to the peoples concering the Maharaja Adinda rights over the Sulu Sultanate. Even the such individual was installed by some Tausugs Group to be their Sultan, but for the Maharaja Adinda Royal Council he still as Maharaja Adinda Ambassador to Sulu, because the in Maharaja Adinda Royal Council still unsellected who's should be sellect as "Sultan" in the Maharaja Adinda Families. By the way, recently the Maharaja Adinda Royal Council should followed the Royal protocols, mean given priority to the Oldest (Seniority concept).

    Additionally, Anybody who's came from Sultan Azimuddin-I @ Datu Lagasan ibni Sultan Badaruddin-I either from Sultan Pulalon @ Sultan Mohd. Fadl, Sultan Jamlul-Kiram-I, Sultan Jamalul-Azam or Sultan Harun-Al Rashid, all of them still under the "The Sulu Sultanate First Heir-apparents) category.

    ReplyDelete
  8. BEGITULAH HIDUP MANUSIA.... BILA SULTAN DAH MININGGAL...RAMAI YANG SANGGUP MENGGAKU MEREKA NI SULTAN.... MALAH KLALAU PERNAH JADI KADADAM PADA SULTAN SULU PUN MEREKA AKAN KATA MEREKA NI DARI KETURUNAN SULTAN SULU.. SEJARAH TAH BOLEH DI UBAH.... TAPI MASIH ADA YANG BODOH DAN BONGGOK SEJARAH....MENTANG-MENTANGLAH MALAYSIA (SABAH DAN SARAWAK) DAH MAJU DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN SEKARANG....SONANG-SONANG JE..NAK RAMPAS...BEGITU JE... MUJURLAH POLIS DARAT, POLIS LAUT,TENTERA DARAT TENTERA LAUT... DAN MACAM-MACAM TENTERA YANG ADA UNTUK MEMPERTAHANKAN TANAH AIR KITA... DEPA BELUM TENGOK SEMANGAT RAKYAT MALAYSIA...LAGI... JANGAN INGAT KITA DOK DIAM KITA TAK ADA SEMANGAT UNTUK BERJUANG DISAMPING POLIS DAN TENTERA KITA..." JANGAN CUBA JOLOK SARANG TEBUAN DAN JANGAN CUBA KEJUT HARIMAU YANG SEDANG TIDOR " - FISABILLILLAH........ bersambong kemudian....

    ReplyDelete
  9. 1. Gambar wilayah kesultanan Sulu tu salah. Bukan seluruh Sabah tapi hanya separuh sahaja wilayah Sulu yang asal.

    2. Sepong/Pulau Jangi sudah dikembalikan ke Brunei. Maknanya, Sulu sudah tiada lagi sultan yang layak memerintah Sulu. Sepong/Pulau Jangi itu sepatutnya disimpan oleh pewaris/penyambung sampai bila2. Bila ia dikembalikan ketempat asal, maka mansuhlah kesultanan itu.

    -Panglima Ke 11

    ReplyDelete
  10. Dont dreaming of becoming the king of sulu and fighting the muslim of sabah. Why not the sulu people dream to be the president of phillipines? Maybe the sulu @ tausug are not "smart and mature" yet!!

    ReplyDelete
  11. macam2,kuase didunie smentareje wahai kerabat diraja sulu,bnde yg lepas jgn dikenang tkdir dh menentukan sabah masuk malaysia,dulu xnk jage,skrng knapr nk sebuk2 plak,ibarat mcm buang anak sbb xmmpu nk jage,tp bile anak da besar n brjayer,barula sebuk nk ngaku anak,xmaluker?

    ReplyDelete
  12. kiram ?! kalau daripada keluarga kiram mengaku sultan sulu bagus tutup telinga lah ! ada pun keturunan sebenarnya tidak akan mengaku dan menuntut kerana sumpahan sultan sulu sebenar masih segar ke hari ini.. kecuali lah hingga keturunan ke-7 nya.. pulau janggi adalah tanda pertalian antara brunei dan sulu bukan bukti kepada sultan sulu sebenar ! aQu bedarah suluk warganegara malaysia.. jgn laa hina suluk ! CUBA FIKIR SEJENAK ! 7 BATALION TENTERA DAN POLIS VS 200 ORANG SULUK = SELAMA 1 BULAN LEBIH BARU SELESAI ! KUAT KAH PERTAHANAN NEGARA KITA ?! aQu minat sangat mahu jadi tentera malaysia tapi belum ada rezeki.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahu fakta sebenar jangan buat komen laaa... bukan hanya 200 tentera kiram berada di lahad datu masa tu.....

      Delete
    2. 200 org tentera?....bodonya kau......lebih 200 org bodo org suluk pukimak yg ceroboh Sabah mo tuntut Sabah ni.....Sial punya suluk....bagus balik Pilipin laaaa.....

      Delete
    3. Klu x silap ada seorang yang berketurunan sultan sulu berasal fhilipina. Perna masuK news Bukti yang ada di tunjukn.

      Delete
  13. PENJELASAN DAN PENYELESAIAN..
    Begini bah...
    Daftar satu persatuan di Sabah, Malaysia, Kumpul dan daftar SEMUA ahlikeluarga dan saudara yang berkaitan. Kita kumpul semua fakta dan mengaku semua bersaudara. Setahun sekali atau dua kali kita dinner dan kongsi sejarah masing-masing, dokumentasikan, terbitkan jual, dapat dana. dah terkenal, boleh sama-sama menyumbang pada masyarakat Malaysia serta juga Selatan Filipina. Everybody happy.
    Soal siapa Sultan, nanti semua dah faham, tak payah gaduh dan debat. Insyaallah. ada rezeki, boleh lantik Pengerusi Warisan Sabah dan Sulu (organisasi sejarah, jangan politik)
    Macamana..? Setuju?

    ReplyDelete
  14. bagus dibaca artikel ini,kami dari keturunan Ratu Ikenawai masih memelihara dan menjaga persaudaraan kami.Semoga para saudara sekalian bersatu hati menuju masa hadapan yang lebih mencabar.

    ReplyDelete
  15. Mana perginya waris ke2?
    Keturunan ni x nak muncul2 sbb apa? Yg x nak sebok tentang tahta..eemmmhh!!!

    ReplyDelete
  16. salah admin pnya sjrh ni.. tbalik admin...kiram tu kluarga tiri bukan seayah..yg original ny tiada akan mgaku..smua pun dcni lhdtu. bwt ap mgaku? ko mau sabah ni sultan sulu memerintah ka?xda hal pnting x perang borneo n smnnjung...yg original ny tnya dgn sultan brunei sbb diorg la kluarga kandung sebapa..

    ReplyDelete
  17. salah admin pnya sjrh ni.. tbalik admin...kiram tu kluarga tiri bukan seayah..yg original ny tiada akan mgaku..smua pun dcni lhdtu. bwt ap mgaku? ko mau sabah ni sultan sulu memerintah ka?xda hal pnting x perang borneo n smnnjung...yg original ny tnya dgn sultan brunei sbb diorg la kluarga kandung sebapa..

    ReplyDelete
  18. PADA PENDAPAT SAYA YG AKAN MENGESIKAN JAWATAN KESULTANAN SULU ADALAH IMAM AL-MAHDI NURKHALIFATULLAH..ITU ADALAH KPSTIAN DARI ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Totally not agree bro..munculnya imam mahdi srta turunnya isa al maseh utk membunuh dajjal serta memenangkn islam akhir zaman nanti..sekian..utk maklumat lanjut kaji tafsir quran+hadis bro..

      Delete
  19. Allah menjanjikan kpda kaum yg tertindas itu akan mewariskan kepempinan dunia diantara timur dan barat kepada IMAM AL-MAHDI NURKHALIFATULLAH

    ReplyDelete
  20. Pewaris sebenar skrg berada di kg likas

    ReplyDelete
  21. Sultan sulu thu psalni dia tunggu imam mahadi muncul... Skrg bkn fokus dia nk jd raja... Tp fokusnya beribadah... Sma2 lah kita perbaiki diri... Ad Hikmah nya perancangn Allah lebih baik.. Jd org sabah jangan gaduh.. Fokus lah perbaiki diri... Ikut para habib...tuan guru.... Ikut ulama yg sunni....Yg penting kita ikut Allah rasul...

    ReplyDelete