Malacanang Palace,
Presiden Filipina menolak permintaan Sultan Jamalul Kiram III menuntut kerajaan
Filipina menyelesaikan tuntutan ke atas Sabah sebelum pengikut-pengikutnya meninggalkan
Kg Tandauo. Presiden Filipina menggesa mereka pulang semula ke Filipina sebelum
sebarang aktiviti pertempuran berlaku dengan agensi keselamatan Malaysia.
The Manila Standard memetik kenyataan
rasmi Istana sebagai berkata kebimbangan utama kerajaan sekarang ialah
kebajikan 800,000 warga Filipina di Malaysia yang mungkin terancam kerana
pencerobohan bersenjata kira-kira 100 pengikut Kiram, yang diketuai oleh
Agbimuddin dan saudaranya.
Ketua Polis Negara Filipina
mengugut untuk menangkap mana-mana mereka yang kembali ke Filipina dengan
senjata api haram. Jika Kiram mengizinkan penggunaan senjata api tanpa izin kepada
pengikut-pengikutnya, dia juga akan bertanggungjawab di bawah undang-undang. Interior Secretary Filipina, Manuel
Roxas II turut menggesa pengikut Kiram di Lahad Datu untuk mengelakkan
keganasan dan menyerah diri supaya tidak merosakkan hubungan negara dengan
Malaysia.
Risalah-risalah
dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri turut disebar
di sekitar kawasan Kampung Tanduo tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia
belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu. Pasukan keselamatan tidak
teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam. Sebarang tindakan
oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta
mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil.
Pasukan Keselamatan Bersedia Untuk Menggempur Pada Bila-Bila Masa Sahaja |
Demi kedaulatan negara...lakukan yg trbaik..moga anggota kslamatan kta d lindungi Allah SWT...AMIN.
ReplyDelete