Tuesday, 12 March 2013

PUTERI KEPALA LANUN KIRAM TUDUH NAJIB TUN RAZAK PENGGANAS??!!



Dengan penuh tak malunya, anak perempuan kepala lanun Sulu yang mengakui Puteri Sultan menuduh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak sebagai PENGGANAS kerana telah mengarahkan serangan udara dan darat terhadap lanun-lanun Sulu yang menceroboh dan membunuh anggota-anggota keselamatan Malaysia.

Katanya, lanun-lanun Sulu yang menceroboh Sabah itu bukannya pengganas. Sebaliknya mereka hanya datang untuk tinggal di tanah mereka!

Tanah mereka?

Tanah apa yang mereka ada di Sabah?

Dia fikir ini zaman Pirates of Carribean yang boleh sesuka hati singgah mana-mana tempat, kemudian mengaku itu tanah mereka? Dia ingat ini zaman Christopher Columbus atau mana-mana orang Barat yang sampai ke suatu kawasan dan kemudian mengaku merekalah penemu tempat berkenaan lantas menjadikan tempat itu sebagai tempat mereka?

Barangkali Jacel Kiram ni jenis tak pernah pergi sekolah. Barangkali Jacel Kiram juga jenis tak sedar diri dan cuba nak menipu satu dunia, konon-kononnya mereka adalah daripada Kesultanan Sulu sedangkan bapanya, Jamalul Kiram III bukannya Sultan Sulu pun. Sebaliknya, Sultan Sulu sebenar, Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Bodoh punya betina!

Orang-orang kau datang menceroboh dengan senjata, kau kata itu tak mengganas. Orang-orang kau bunuh anggota pasukan keselamatan kami, buat kacau di negara kami, kau kata itu tak mengganas? Orang-orang kau berlagak macam samseng dan Sabah macam harta mak bapak diorang, kau kata Perdana Menteri kami yang mengganas? Kerajaan kami dah bagi peluang kepada orang-orang kau untuk menyerah dan meletak senjata, tapi orang-orang kau balas dengan membunuh anggota keselamatan kami, kau kata kami yang ganas?

Jenis tak sedar diri... sudahlah jadi puteri sultan palsu, buat tuntutan pun tuntutan palsu!

Awas Kiram

1 comment: