Sunday, 28 April 2013

BEKAS TENTERA LANGGAR ETOS UTAMA KETENTERAAN



Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di kerusi Parlimen Johor Bahru, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein didakwa telah melanggar tiga etos atau etika utama ketenteraan apabila bertindak memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara. Bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin berkata, tindakan bekas Panglima Tentera Darat itu adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab dan memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara di mata masyarakat luar.

Jeneral Md Hashim Hussein (B)
Beliau mendakwa, Md. Hashim telah melanggar etos ketenteraan yang terdapat dalam ikrar kesetiaan angkatan tentera iaitu kesetiaan dan ketaatan, maruah serta integriti. Menurutnya, sebagai seorang bekas pegawai tertinggi pasukan keselamatan, beliau dilihat tidak setia kepada negara, pihak atasan, organisasi serta pemerintah. "Malah dia sudah melanggar maruah ketenteraan dan pasukan yang dipimpinnya. "Bagi saya juga dia sudah menjatuhkan maruah diri sendiri sekali gus memberi isyarat kepada lawan bahawa tentera Malaysia tidak pandai berperang dan lemah. "Bukan itu sahaja, dia bercakap demikian seolah-olah mempersoalkan angkatan tentera untuk jaga keutuhan negara kerana sudah menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga keutuhan negara, keselamatan kita, keamanan supaya tidak berpecah belah," katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum memulakan sesi ceramah di Kampung Plentong Tengah.




Amir yang dikenali sebagai Pak Guntur berkata, bantahan yang dibuat oleh ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) baru-baru ini bukan berkisar perihal penglibatan beliau dalam arena politik, sebaliknya adalah simbol perasaan kecewa atas penghinaan yang dibuat. "Dia sanggup putar belit kenyataan demi kepentingan politik. Kami tak bantah dia masuk PKR kerana itu hak dia, hak sebagai rakyat Malaysia untuk berpolitik, malah kami ucap selamat atas perjuangan dia. "Kami kecewa sebab sebagai bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, dia bagi kami telah memperlekehkan pasukan keselamatan negara," katanya.

No comments:

Post a Comment