Tuesday, 2 April 2013

KENAPA SUBMARINE SCOPENE YANG DIBELI OLEH MALAYSIA MAHAL??



Inilah pertanyaan yang kerap ditanya dan dipersoalkan oleh pelbagai pihak.. ada juga yang membuat perbandingan dengan pembelian kapal selam oleh jiran2 serantau... Jadi,, biar saya jelaskan kenapa harga kapal selam itu mahal tapi sebenarnya sangat berbaloi...

Keperluan utk memiliki kapal selam bagi TLDM sebenarnya telah wujud sejak tahun 1997... Tapi disebabkan aset bawah permukaan (submarine) ni lebih mahal dari aset atas permukaan (kapal perang) dan ekonomi merundum,,, maka ia terus ditangguh... Namun penangguhan tersebut ada sebabnya... ini kerana aset permukaan TLDM ketika itu belum sesuai utk memiliki kapal selam.. Sebelum memiliki kapal selam,, TLDM perlukan aset permukaan seperti Frigate, Korvet, MPSS, dan lain2 kapal sokongan yang ampuh terutamanya aset yang berkemampuan menjalankan misi Anti Submarine Warfare (ASW).. Jadi Malaysia tiada pilihan lain dan segala bajet pertahanan ketika itu ditumpukan pada kapal permukaan dahulu..

PROGRAM KAPAL SELAM SERANTAU JIRAN.

1. Indonesia merupakan negara ASEAN pertama memperolehi kapal selam pada tahun 1960-an dan diikuti pada 1980-an. Dan bagi menggantikan kapal selam yang uzur ini, 3 buah kapal selam dari Korea Selatan , kelas Chang Bogo (sebenarnya model kelas 209 dari German) akan diborong.

2. Singapura sebaliknya memiliki kapal selam terpakai dari Sweden pada 1995 sebanyak 4 buah kelas Challenger dan 2 buah kelas Archer.

3. Vietnam pula bakal memiliki kapal selam pertama buatan Rusia pada 2014. Perancangan pemilikan enam kapal selam jenis Kilo ini dilakukan pada 2009 selepas beberapa peristiwa pertembungan dengan tentera laut China mengenai tuntutan bertindih Kepulauan Spratly.

4. Filipina yang pada ketika ini masih berdepan dengan pertembungan dengan China di perairan Scarborough Shoal membuat perancangan memperkukuhkan tentera laut (PN) melalui program Sail Plan 2020 yang akan merealisasikan kapal selam sebagai sebahagian dari aset PN.

5. Thailand juga membuat perancangan membuat perolehan enam kapal selam milik tentera laut Jerman untuk menjaga perairan Laut Andaman dan Teluk Thailand. Pemilikan kapal selam dari jenis U-206 ini yang akan menelan belanja lebih dari RM770 juta ini walaupun bersaiz kecil tetapi sesuai digunakan di perairan cetek seperti Teluk Thailand.

Malaysia secara amnya tidak mempunyai pengalaman yang luas mengenai kapal selam. Jadi, untuk memilih calon kapal selam terbaik, pengeluar kapal selam tersebut perlulah mempunyai rekod pengoperasian kapal selam yang terbaik mengikut teknologi semasa. Jerman dan Rusia ketika sudah pun mempunyai rekod insiden yang buruk. Korea sedang membangunkan kapal selam yang diciplak dari German. Manakala Perancis ketika itu sedang membangunkan generasi terkini kapal selam.. Di samping itu, 2 buah kapal selam Kelas Zwardwiss dari Belanda telahpun berada di Lumut untuk dijual kepada TLDM melalui syarikat PSC dari Malaysia.

JADI, KAPAL SELAM MANA YANG MALAYSIA PATUT PILIH??

Ok, saya berikan satu situasi yang lain pada anda. Pengguna A sedang membuat pilihan untuk membeli sebuah laptop baru, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman dalam memilih laptop. Dia cuma tahu serba sedikit spesifikasi tentang laptop terbaru. Oleh kerana dia bukan orang berada, jadi laptop tersebut akan digunakan untuk jangka masa yang lama. Dan selagi laptop tersebut berdaya, dia akan guna sampai rosak, baru la nak ganti yang baru.

Dalam pasaran ketika itu, ada beberapa model terbaru laptop dan ia dibahagikan mengikut tingkat upaya processor laptop tersebut. Antara yang ada ketika itu ialah i3, i5 dan i7... Jadi antara 3 kategori laptop ini, mana yang lebih bagus?

Laptop i3 memg murah, tapi yang terbaru masa tu ialah dari i5 yang sedikit mahal. i7 masih belum keluar. Kalau beli i3, nanti laptop i7 keluar, harga, spare part, teknologi yang ada pada laptop i3 tadi dah tentu semakin jauh tertinggal di belakang. Laptop i5 pula agak mahal tetapi kemampuan lebih baik dari laptop i3. Dan jurang spesifikasi antara i5 dan i7 yang akan keluar nanti tidaklah begitu jauh.. Jadi , mana 1 nak pilih?? Laptop kena beli skrang, tak sempat nak tunggu i7 keluar sbb nak kena pakai. So, kalau korang, nak pilih yang mana?

Sama juga situasi dengan Malaysia. Memg banyak alternatif murah dengan kapal selam sedia ada dari German dan Rusia, tetapi perancang TLDM mahukan kapal selam yang boleh kekal relevan untuk jangka masa lama dan mampu menandingi kesemua ancaman maritim. Jadi oleh kerana Scopene adalah kapal generasi terkini, maka pemilihan closed tender dilakukan dan Perancis dan Sepanyol diberikan tanggungjawab menghasilkan 2 buah kapal selam baru dan terkini pada TLDM dan ia mengenetepikan smua tawaran calon lain yang cuba menawarkan kapal selam pada TLDM.. Termasuklah 2 kapal Belanda yang tersadai di Lumut yang akhirnya dipotong menjadi besi buruk. Akan tetapi, kos untuk membeli kapal selam generasi terbaru ini dah tentu bukanya murah. Malah kos lain turut menyumbang peningkatan yang lebih mahal.

Memandangkan ia Kapal Selam pertama TLDM, Malaysia tidak mempunyai sebarang fasiliti untuk menempatkan Scopene, dan perlu melatih krew baru kapal selam. Untuk melatih krew kapal selam, simulator yang bakal dibeli tidak cukup untuk melatih krew baru menimba pengalaman,, dan sukar untuk Perancis meminjamkan kapal selam milik mereka utk tujuan latihan. Atas sebab itu, Perancis bersedia menjual sebuah kapal selam terpakai Agosta kepada Malaysia untuk melatih krew kapal selam. Dan fasiliti latihan dan logistik juga dibina di Lumut dan Teluk Sepanggar. Dan semua kos tersebut berjumlah kira-kira RM6.7 bilion untuk harga sub baru+sub terpakai+fasiliti+peluru+latihan. Tetapi sistem AIP untuk menjadikan kapal selam dapat menyelam lebih lama tidak dipasang.
Archer Class Submarine

Tetapi kenapa kapal selam yang dibeli oleh Thailand untuk 6 buah cuma bernilai RM770 juta ??? Vietnam pula beli 6 kapal selam dengan harga RM6.4billion..???

Tapi Malaysia beli 2 kapal selam dengan harga RM6.7 billion??. Sebelum admin jelaskan, korang tgok dulu rupa kapal selam ni.

1. Thailand beli Type U-206 terpakai dari Jerman (penah ditawarkan pada Malaysia.)
http://www.the-blueprints.com/blueprints-depot/ships/ships-germany/fgs-u-boat-type-206a.png

2. Vietnam beli Kilo-636 KMV baru dari Rusia.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f9/Kilo_class_SS.svg/500px-Kilo_class_SS.svg.png

3. Malaysia beli Scopene SSK baru dari Perancis.
http://www.newaustralia.net/images/amur1650.jpg

Dan ini penjelasanya.. Adakah berbaloi nak samakan kemampuan dan teknologi Type U-206 dengan Scopene??? Dah tentu tak patut la, umpama nak bandingkan kereta Proton Saga lama dengan Proton Preve terbaru,,, dh tentu banyak bezanya. Tapi kenapa Thailand beli jugak??? Takkan la Thailand nak tengok jirannya Singapore, Malaysia, Vietnam dan Indonesia borong kapal selam, jadi untuk mengimbangi kekuatan tersebut, Thailand yang dilanda krisis kewangan terpaksa membeli alternatif murah dan singkat dalam menghadapi peperangan dengan kapal selam. Lagipun, saiz kapal selam tersebut sesuai untuk laut Thailand yang lebih cetek.

 



636 Kilo Class Submarine

Kilo-636 dibeli agak murah utk 6 unit kapal selam berbanding hanya 2 Scopene sahaja di Malaysia. Dari segi teknologi, tidak jauh beza jurang tersebut, tetapi anda kena tahu, yang Vietnam bukanya kali pertama mengoperasikan kapal selam. Mereka telahpun mengoperasikan kapal selam Salmon Class dari Korea Utara, dan ini bermakna Vietnam sudahpun mempunyai fasiliti latihan, logistik, dan pelbagai perkhidmatan sokongan termasuk krew terlatih. Bukanya situasi yang sama dengan Malaysia sebagai pengguna pertama kapal selam.

Dan paling penting, Scopene antara kapal selam tercanggih di rantau ini dan dibuktikan apabila Singapura juga merancang untuk membeli kapal selam tambahan dari kelas Scopene biarpun telah mempunyai 2 buah kapal selam yang telah dinaiktaraf dan canggih. Dan spesifikasi Scopene juga tidak sama seperti Scopene yang dibeli oleh Chile dan India. Kalau ia spesifikasi yang sama dengan Malaysia, jadi untuk apa Singapura membeli Scopene kalau mereka boleh membeli maklumat spesifikasi dn dokrin tersebut melalui Chile dan India??? Jadi, adalah sangat penting sistem Scopene dirahsiakan kerana kalau beli mahal-mahal tapi rahsia tersebut disebarkan pada pengetahuan umum, maka tidak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar dalam memastikan TLDM mempunyai elemen kejutan dan cegah rintang jika ada kuasa luar cuba mengancam keselamatan negara. Dan harga keamanan jauh lebih mahal, dan mungkin tidak dapat dibeli dengan duit, tetapi dengan harga darah.

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." Surah An-Anfal ayat 60..”

8 comments:

  1. Penulis penipu......ibarat dah pegang taik, lepas tu cuci tangan dgn air taik jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu penulis penipu,mai hang try cerita yg btui bg kami tau..cerita la klu berani..

      Delete
  2. yang kata penipu pun mangkok taik bukan tau satu benda pun.

    ReplyDelete
  3. Anon 10:01 tu bukan tahu apa... pengikut tegar red bean army tuu

    ReplyDelete
  4. kilo dah terbakar di india dan kilo dah hadapi kerosakan beteri di china , type 206 dah produk lama sekarang orang pakai lagi bro penulis tak tahu apa belaku korean bagi tot pada indonesia kena tipu pun..korean beli type 214 germen baru

    ReplyDelete
  5. kilo dah terbakar di india dan kilo dah hadapi kerosakan beteri di china , type 206 dah produk lama sekarang orang pakai lagi bro penulis tak tahu apa belaku korean bagi tot pada indonesia kena tipu pun..korean beli type 214 germen baru

    ReplyDelete
  6. kilo dah terbakar di india dan kilo dah hadapi kerosakan beteri di china , type 206 dah produk lama sekarang orang pakai lagi bro penulis tak tahu apa belaku korean bagi tot pada indonesia kena tipu pun..korean beli type 214 germen baru

    ReplyDelete