Thursday, 4 April 2013

LTAT TERIMA KONTRAK RM2.1B



1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memajukan lapan tapak untuk pemindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang bakal dijadikan Bandar Malaysia. LTAT akan melaksanakan pembangunan berkenaan melalui anak syarikat milik penuhnya, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).

“PPHM akan turut membuka peluang kepada kontraktor tempatan untuk bersama memajukan tapak pemindahan itu” Azmar Talib, Ketua Eksekutif 1MDB Real Estate Sdn Bhd”

IMDB dalam kenyataannya semalam berkata, pemindahan berkenaan membabitkan pelbagai unit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rejimen Artileri Diraja (31 RAD) dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari pangkalan udara di lapangan terbang lama Sungai Besi itu. PPHM, jelasnya, akan bertindak sebagai kontraktor untuk merekabentuk dan membina kemudahan di lapan lokasi pemindahan termasuk tiga tapak baharu, iaitu pangkalan TUDM di Sendayan, Negeri Sembilan; pangkalan 31 RAD di Kajang, Selangor; serta pangkalan Unit Udara PDRM di Subang, Selangor.


Lokasi lain ialah di Subang; Kuantan, Pahang; Butterworth, Pulau Pinang; Gong Kedak, Terengganu dan Ipoh, Perak. Tanah di Sendayan untuk pembangunan pangkalan TUDM dan di Subang untuk pangkalan Unit Udara PDRM itu dibeli oleh 1MDB baru-baru ini, katanya. Syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu berkata, ia juga akan menyumbang dana bagi menambah baik dan menaikkan taraf peralatan khusus di kemudahan berkenaan sebagai sebahagian daripada aktiviti pemindahan. PPHM akan turut membuka peluang kepada kontraktor tempatan untuk bersama memajukan tapak pemindahan itu.

No comments:

Post a Comment