Friday, 5 April 2013

PERINGATAN UNTUK BANGSAKU – ORANG MELAYU




KALAU BUKAN MELAYU NAK NAIKKAN ORANG MELAYU, SIAPA LAGI?

Jangan sekali  kali jadi melayu pengkhianat, kerana kelak yang  akan menjadi mangsa nanti adalah anak cucu  cicit kita juga. Jangan kerana kebodohan dan sifat pentingkan diri kita negara menjadi mangsa.

Memang banyak laman blog yang mengembar-gemburkan dimana orang melayu ni hebat, tapi inilah   pemikiran strategik untuk menaikkan semangat orang Melayu., Tun Dr Mahathir sudah lama merancang perkara ini namun masih ada lagi orang melayu yang tidak nampak.

Sayangnya tak banyak media yang berusaha bersunggu- sungguh untuk menaikkan sifat jati diri  Orang Melayu, tapi yang menjahamkan banyak. Jadi tidak perlu lah  nak meremehkan  usaha segelintir blog / bloger yang sedang berjuang untuk menanam sifat jatidiri ini. Sedarlah wahai saudaraku..janganlah kita bergaduh disebabkan kita berlainan fahaman politik.

Tidak kira apa yang anda sokong samada BN @ PR..Jangan sampai tidak bertegur sapa dan saling bermusuhan. Kita semua sebangsa Melayu dan kekalkan muafakat. Ini negara demokrasi..Fikir-fikirkan....


No comments:

Post a Comment