Monday, 8 April 2013

TIAN CHUA TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI SABAH



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua Chang tidak dibenarkan memasuki Sabah pada Ahad.  Sebaik beliau mendarat di Kota Kinabalu pada pukul 11.05 pagi, Jabatan Imigresen Sabah mengarahkannya untuk kembali ke Kuala Lumpur. Beberapa laporan mendakwa beliau diberitahu kerajaan Sabah telah mengeluarkan larangan kemasukan terhadapnya. Selepas itu, beliau meninggalkan Sabah.

Tian Chua dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) tiba di LTAKK untuk acara politik, namun semasa pemeriksaan, Mat Sabu diberi pas lawatan sementara oleh para pegawai imigresen bertugas untuk memasuki Sabah, sebaliknya Tian Chua tidak diberikan dan diminta kembali semula ke Semenanjung


Setelah Tuan Chua mendakwa pasukan komando mati katak di Lahad Datu. Semua orang Sabah dah tidak suka kepada beliau. Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Dosa Tian Chua kepada rakyat Sabah terlalu besar. Inilah akibatnya...Kerana mulut badan binasa. 

Pengkhianat!!!!
 

No comments:

Post a Comment