Thursday, 30 May 2013

PASKAL : “SENTIASA YANG TERBAIK”




Pada tanggal 25 September 1982, perjawatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang terdiri dari 8 Pegawai dan 87 LLP telah diluluskan dan ditubuhkan secara rasminya mulai 1 Okt 1982. Perjawatan ini telah diluluskan di dalam mesyuarat khas jawatankuasa pasukan petugas organisasi dan perjawatan (Kuasa Perjawatan FED (M) NO. 2062/1/82). Tarikh tersebut telah dipilih sebagai tarikh rasmi ulangtahun penubuhan PASKAL setiap tahun.

Gugusan Semarang Peninjau

Justifikasi awal penubuhan PASKAL adalah untuk mempertahankan stesen luar pantai (SLP) yang kini dikenali sebagai Gugusan Semarang Peninjau (GSP) dan penguatkuasaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia selaras dengan peta baru Malaysia. Keanggotan dan kekuatan PASKAL terus berkembang sejajar dengan tugas utama dimana PASKAL sebagai salah satu pasukan penggempur anti keganasan di laut melalui arahan Majlis Keselamatan Dalam Negara (MKN), manakala penugasan di GSP bertambah dari Stesen Lima menjangkau ke utara iaitu Stesen Uniform, Mike, Sierra dan Papa.

Woodland, Singapore

Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah diasaskan secara tidak rasmi pada tahun 1977. Ketika itu ia dikenali sebagai Unit Komando Laut TLDM yang berpangkalan di Woodland Singapura, yang mana dulunya dikenali dengan nama HMS KD PELANDOK di Kem Khatib, Sembawang, Singapura. Unit ini adalah di bawah Organisasi Rejimen Keselamatan TLDM yang kini dikenali sebagai Provos Tentera Laut (Protela). Sebagai perintis unit ini mendapat latihan asas komando di dalam dan luar negara seperti di Pusat Latihan Peperangan Khas Sungai Udang Melaka, Pusat Pendidikan KOPASKA Mariner Surabaya, Indonesia dan Royal Marine Commando, United Kingdom.

KERJAYA

Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing – masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)


PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.


IDENTITI PASKAL
 
Beret Ungu

Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh,

Lanyard Biru Tentera Laut

Melambangkan identiti TLDM dan juga melambangkan hubungan akrab pasukan ini dengan unit yang melatih pasukan ini, Komando Marin Diraja British.

Celoreng

Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama dipakai oleh US Navy SEALs dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.

Trimedia

Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.

Trimedia Paskal

Maksud :

1. Lambang Sayap Terjun – Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara

2. Lambang Jet Fin & Face Mask – Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air.

3. Pisau Komando – mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.

4. Lambang Sauh – salah satu unit dalam TLDM.

Sumber : Sedia Berkorban

No comments:

Post a Comment