Monday, 27 May 2013

PERANAN BELIA TERHADAP NEGARA; MENYERLAH PERANAN ORANG MUDA



Dunia sedang menghadapi alaf baru. Banyak perubahan sedang berlaku dan memberi kesan kepada cara hidup, sosioekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat yang terlibat dengan perubahan ini. Malaysia sebuah negara yang konservatif dengan budaya timur tidak terlepas daripada ancaman ini.  Persatuan Belia adalah alternatif atau jalan mudah bagi memperkasakan  belia dalam meningkatkan semangat patriotisme terhadap negara.

Keruntuhan nilai sosial dikalangan belia mula menular pada awal 1960an namun tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin meruncing hingga ke hari ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana golongan belia adalah aset penting bagi masa depan negara.

Pertubuhan belia di negara ini, bermula sejak tertubuhnya Pertubuhan Pengakap pada 1903. Sejak itu pelbagai pertubuhan belia telah tumbuh dan menjadi amat popular sebagai wadah menghimpunkan golongan belia dalam merencanakan pelbagai aktiviti untuk faedah masyarakat. Pada tahun 2000 terdapat 5,500 pertubuhan belia di seluruh Negara dan bilangan ini meningkat ke 8,000 pada tahun 2005. Keahlian juga telah meningkat kepada 2.8 juta pada tempoh yang sama.

 Persoalan timbul, dimana perginya baki belia seramai 9 juta yang tidak menyertai pertubuhan belia? Anggapan timbul menyatakan  kumpulan inilah yang sering dikaitkan dengan gejala sosial akibat kurangnya pendedahan dan penglibatan dalam kegiatan-kegiatan sihat yang dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus dengan gejala sosial, umpamanya penagihan dadah, lumba haram (Mat Rempit & Minah Rempit), gangsterism, perjudian, penagihan arak, pergaulan bebas, pelacuran dan lain-lain.

Pertubuhan belia mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai agen perubahan dalam membanteras gejala sosial. Potensi ini akan menjadi kenyataan apabila belia berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang terbabit. Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia samaada diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.

Dalam menguruskan era bordeless world yang bercirikan pengaliran maklumat dan dagangan secara bebas sedikit sebanyak telah  menyebabkan belia terdedah kepada gejala negatif yang bersifat global. Sehubungan itu, antara peranan yang boleh dijalankan ialah :

a) Menambah Keahlian Belia Dalam Pertubuhan
b) Merekayasa Dan Memperkasa Aktiviti
c) Rakan Bijak Dalam Membanteras Gejala Sosial
d) Memasyarakatkan Pertubuhan Belia
e) Memperkasakan Pertubuhan Belia

Festival Belia Putrajaya (FBP) yang berlangsung di Putrajaya boleh saja disifatkan tugas besar pertama YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menyifatkan FBP sebagai platform untuk menyerlahkan peranan golongan belia dalam arus pembangunan negara, Khairy percaya orang muda akan menyokong setiap usaha kerajaan jika mereka diberi ruang untuk berbuat demikian.

YB KJ yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu menangkis persepsi segelintir pihak bahawa FBP hanyalah sebuah pesta tanpa pengisian yang dapat dimanfaatkan golongan muda. Sebenarnya festival ini adalah seimbang, bunyi saja macam pesta tetapi bila kita lihat secara terperinci kita akan nampak sentuhan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai kandungan aktiviti termasuklah unsur kesukanan, pembangunan kerohanian, dan juga hiburan. Semoga pengisian seperti ini dapat menjadikan golongan muda sebagai pemangkin kepada pembaharuan dan pembangunan rohani dan jasmani golongan muda yang akan memacu negara pada masa hadapan.


Setelah terlepas peluang memasuki kabinet sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan yang baru Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata. Justeru, katanya, beliau akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda kementeriannya untuk menyahut seruan national reconciliation (kerukunan nasional) perdana menteri.

Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog. "Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation. "Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya. 


 

No comments:

Post a Comment