Tuesday, 28 May 2013

TEKNOLOGI UAV CHINA MELANGKAH SETAPAK LAGI: Malaysia bila lagi???



Prototaip dron tempur terbaru China kini sudah bersedia untuk penerbangan ujian pertama menurut laporan yang diterbitkan oleh Duowei News. Prototaip yang dinamakan ‘Lijian (“pedang tajam”) ini adalah hasil usahasama diantara Hongdu Aviation Industry Group dan Shenyang Aviation Corporation. Dron ‘stealth’ ini adalah yang yang pertama bagi China dan yang ketiga di dunia selepas X-47 yang direka oleh Northrop Grumman di Amerika Syarikat dan Perancis Dassault Neuron. Program Lijian ini telah dilancarkan pada tahun 2009.
Bentuk dan saiz menyerupai Prototaip X-47B yang dihasilkan oleh Northrop Grumman
Menurut laporan China Aviation, Lijian kini bersedia untuk ujian penerbangan. Dron ini akan digunakan oleh Tentera Udara China dan unit udara Tentera Laut China untuk misi pertempuran, dan juga untuk tujuan pengesanan dan peninjauan. Dengan terhasilnya prototaip ini bermakna China telah mendahului beberapa negara lain dalam aspek pembangunan pesawat stealth, termasuk Britain, Rusia, India, Sweden, Itali, Iran dan Israel, yang juga menjalankan program yang serupa.
Adakah jurutera China telah berjaya mengatasi masalah rekabentuk pesawat ini?

No comments:

Post a Comment